Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAJuly 9, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    HANYA kerana sehelai rambut yang tersangkut di karpet, terlahirnya sebuah revolusi dalam dunia pembersihan moden.

    Siapa sangka masalah kecil di rumah mampu mencetuskan idea yang mengubah cara kita membersih selama-lamanya?

    Inilah permulaan perjalanan seorang pencipta bernama James Dyson yang tidak pernah mengalah meskipun berdepan lebih 5,000 kali kegagalan sebelum berjaya mencipta vakum tanpa beg pertama di dunia.

    Kehidupan awal

    James Dyson dilahirkan pada 2 Mei 1947 di Cromer, Norfolk, England dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Beliau juga kehilangan bapanya ketika masih muda. Kehilangan itu menjadikan beliau seorang yang berdikari dan tidak mudah putus asa.

    Setelah tamat persekolahan, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang seni di Byam Shaw School of Art sebelum menyambung pengajian dalam reka bentuk produk di Royal College of Art, London.

    Pada awalnya, Dyson tidak menunjukkan minat dalam bidang kejuruteraan tetapi minatnya terhadap penyelesaian masalah dan ciptaan mula berkembang apabila beliau terlibat dalam projek reka bentuk yang memerlukan pemikiran kritikal dan kreatif.

    Inspirasi daripada kipas

    Pada era 1970an, James Dyson mula bosan dengan prestasi vakum tradisional yang sering kehilangan kuasa sedutan apabila beg di dalamnya penuh. Situasi itu telah mencetuskan ideanya untuk mencipta sistem baharu yang tidak lagi bergantung kepada beg untuk menyimpan habuk.

    James Dyson terinspirasi dengan sebuah menara pemisah udara di kilang yang menggunakan teknologi ‘cyclone’ untuk mengasingkan zarah. Beliau mengambil konsep itu dan mengaplikasikannya ke dalam vakum rumah.

    Namun, jalan menuju kejayaan bukanlah mudah. Dyson mengambil masa lima tahun dan menghasilkan lebih 5,000 prototaip sebelum berjaya mencipta vakum tanpa beg pertamanya yang dinamakan G-Force.

    Kejayaan di peringkat dunia

    Walaupun ciptaannya terbukti hebat, banyak syarikat besar enggan mengeluarkannya kerana bimbang akan kehilangan pendapatan daripada penjualan beg vakum. Namun, Dyson tidak berputus asa. Beliau akhirnya berjaya melancarkan produknya di Jepun pada 1980an. G-Force mendapat sambutan luar biasa dan hasil jualan itu digunakan untuk menubuhkan Dyson Ltd pada 1991.

    Pada 1993, Dyson memperkenalkan vakum DC01 di United Kingdom dan ia menjadi produk pembersih terlaris dalam masa yang singkat. Sejak daripada itu, syarikatnya berkembang pesat dan dikenali sebagai pelopor dalam teknologi rumah seperti pengering tangan Dyson Airblade, kipas tanpa bilah, pengering rambut berteknologi tinggi dan pelbagai lagi produk inovatif.

    Fokus kepada inovasi

    James Dyson bukan sekadar ahli perniagaan tetapi juga seorang perintis dalam bidang teknologi moden. Beliau menubuhkan James Dyson Foundation, sebuah yayasan pendidikan yang memberi inspirasi kepada pelajar muda untuk menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Yayasan itu menyediakan sumber pendidikan dan menganjurkan pertandingan reka cipta untuk golongan muda.

    Salah satu anugerah terkenal yang diwujudkan adalah James Dyson Award yang memberi pengiktirafan kepada pelajar dan graduan muda yang berjaya menghasilkan ciptaan inovatif untuk menyelesaikan masalah harian. Melalui yayasan itu, Dyson berharap dapat melahirkan lebih ramai pencipta masa depan yang berani mencuba dan berfikir di luar kotak.

    Nilai ketekunan dan usaha

    Apa yang paling menarik tentang James Dyson bukan hanya pada ciptaannya tetapi juga semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkannya. Beliau menghadapi banyak penolakan, kerugian dan kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Namun, setiap kegagalan dianggap sebagai satu langkah ke arah penyelesaian.

    Dyson pernah berkata, “Kita belajar lebih banyak daripada kegagalan berbanding kejayaan.” Kata-kata itu menggambarkan betapa pentingnya sifat gigih dan tidak berputus asa dalam mengejar impian. Ia adalah nilai penting yang harus diterapkan oleh setiap individu dalam menempuh kehidupan seharian.

    Inspirasi untuk pelajar

    James Dyson membuktikan bahawa kehebatan bukannya datang daripada latar belakang mewah atau jalan yang mudah tetapi daripada kesungguhan, idea yang bernas, keberanian dan keinginan untuk menyelesaikan masalah. Daripada sehelai rambut yang tersangkut di karpet maka terlahirlah satu revolusi dalam dunia pembersihan.

    Pelajar hari ini boleh mengambil inspirasi daripada kisah hidup beliau. Tidak kira apa cabaran yang mendatang, jangan takut untuk mencuba dan terus berusaha. Mungkin satu hari nanti, anda pula yang akan mencipta perubahan besar kepada dunia. – RELEVAN

    Previous ArticleTak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    Next Article Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.