Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026
    • Kewangan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026
    • Pendidikan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    By Umi FatehahJune 13, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Buli di tempat kerja: Tak tengkip tapi licik. - GAMBAR HIASAN YANKRUKOV/PEXELS

    BULI di tempat kerja bukan lagi perkara luar biasa. Ia bukan berlaku dalam gelap atau sekadar di pejabat besar. Hakikatnya, ia wujud hampir di setiap organisasi dan lebih merisaukan, ia sering dianggap perkara biasa, dipandang remeh oleh pihak yang tidak ada empati.

    Aril (bukan nama sebenar) merupakan seorang pekerja baharu yang muda, mempunyai perwatakan menarik dan disenangi ramai orang di syarikat dia bekerja. Dia juga rajin, sanggup bekerja di luar kawasan dan tidak berkira. Apa sahaja tugasan yang diberi, semua diselesaikan dengan baik.

    Malangnya, salah seorang senior Aril, Zulaiha (juga bukan nama sebenar) kurang senang dengan kebolehan Aril. Dia risau dilihat kurang menyerlah berbanding junior. 

    Sejak itu, bermulalah episod manipulasi. Zulaiha menghasut bos untuk pindahkan Aril ke jabatan lain, menyebar cerita buruk yang tak benar dan meyakinkan rakan sekerja lain untuk menjauhkan diri.

    Paling pedih, kesemua ‘hukuman’ itu menghempap Aril tanpa diberikan peluang untuk bersuara dan menceritakan perkara sebenar. Zulaiha tetap kelihatan ‘profesional’ di depan orang ramai dan bekerja seperti biasa. Tetapi secara senyap, dia sedang menjatuhkan imej seorang pekerja lain yang tidak bersalah hanya kerana iri hati.

    Buli bukan sekadar jeritan atau maki hamun

    Ramai menganggap buli hanya berlaku bila seseorang dimarah secara terbuka, dihina di hadapan ramai atau ditengking dengan kata-kata kesat. Tetapi dalam dunia pekerjaan, buli jauh lebih licik, bersifat halus dan terselindung di sebalik profesionalisme.

    Buli kini boleh berlaku tanpa sebarang suara ditinggikan. Ia hadir dalam bentuk sindiran berulang, pujian palsu yang merendahkan atau arahan kerja dengan niat untuk menjatuhkan seseorang. 

    Contohnya, pekerja tertentu sengaja tidak dimaklumkan tentang mesyuarat penting, dikecualikan daripada projek besar atau tidak diajak menyertai perbincangan kumpulan yang sepatutnya melibatkan dia. 

    Lebih teruk, ada yang dikenakan beban kerja tak setimpal atau diasingkan secara sosial tanpa sebarang sebab yang munasabah.

    Penyisihan sosial ini amat menyakitkan terutama apabila rakan sekerja yang dahulu mesra dan rapat mula menjauh dan menyebelahi pembuli. 

    Dalam kebanyakan kes, pembuli menyebarkan cerita negatif atau memutar fakta secara diam-diam untuk mencipta persepsi buruk terhadap mangsa. Mangsa akhirnya dipandang sebagai bermasalah walaupun tiada bukti kukuh.

    Akibatnya, mangsa berada dalam keadaan serba salah dan keliru. Mereka sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi sukar untuk menjelaskan atau membuktikan secara nyata. Apabila mereka akhirnya beranikan diri untuk bersuara, jawapan yang diterima seringkali menyakitkan.

    “Jangan fikir bukan-bukan.”

    “Dia memang begitu dengan semua orang.”

    “Kau kena kuat sikitlah.”

    Respons seperti ini tidak membantu. Sebaliknya, ia mematikan keyakinan dan membuatkan mangsa rasa bersalah kerana hatinya terluka. Mereka mula menyoal diri sendiri: 

    “Adakah aku terlalu sensitif?” 

    “Kenapa aku tak boleh tahan macam orang lain?”

    “Mungkin memang salah aku…”

    Inilah yang menjadikan buli tempat kerja sebagai satu bentuk penderaan emosi yang berbahaya kerana ia tidak berdarah tetapi menikam jiwa perlahan-lahan.

    Apa yang mangsa boleh lakukan?

    Bukan mudah berhadapan dengan pembuli yang licik dan disukai ramai tetapi mangsa masih ada pilihan. Berikut ialah cara untuk anda ‘lawan’ pembuli dan pertahankan diri sendiri.

    1. Simpan rekod dan bukti

    Catat segala kejadian, perbualan dan arahan mencurigakan terutamanya yang berbentuk sabotaj atau menjatuhkan reputasi. Simpan e-mel, mesej atau sebarang bukti berkaitan.

    1. Dapatkan sokongan

    Kenal pasti sekurang-kurangnya seorang rakan sekerja yang dipercayai. Sokongan sosial mampu memberi semangat dan ruang untuk meluahkan perasaan.

    1. Laporkan melalui saluran rasmi

    Jika syarikat ada sistem aduan dalaman, gunakan ia. Walaupun risiko tetap ada, laporan rasmi adalah langkah berani yang meletakkan pembuli di bawah pemerhatian.

    1. Jaga kesihatan mental

    Jangan abaikan emosi sendiri. Dapatkan bantuan profesional seperti kaunselor atau pakar terapi. Ia bukan tanda anda lemah tetapi bukti kekuatan menjaga diri.

    1. Nilai pilihan yang ada

    Jika keadaan semakin memudaratkan, jangan takut pertimbangkan peluang kerja di tempat lain yang lebih sihat. Kadangkala, keluar dari persekitaran toksik adalah bentuk keberanian dan sayangkan diri sendiri yang paling tinggi. – RELEVAN

    Previous ArticleKurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    Next Article 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.