Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

    By Umi FatehahMay 7, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita. - GAMBAR HIASAN IZLIZAN OTHMAN

    MEMILIH jurusan pendidikan demi kerjaya masa hadapan bukan satu keputusan yang mudah. Dalam dunia yang penuh dengan pilihan, cara terbaik untuk menentukan laluan kerjaya yang tepat adalah dengan memikirkan minat dan kecenderungan diri.

    Kerjaya yang bersesuaian dengan minat bukan sahaja menjadikan anda lebih bersemangat tetapi memberi peluang untuk berjaya dalam jangka masa panjang. Berikut adalah beberapa kategori minat dan contoh jurusan serta kerjaya yang boleh anda pertimbangkan:

    1.⁠ ⁠Bidang teknologi

    Bagi anda yang sentiasa tertarik dengan dunia teknologi seperti membina aplikasi, memahami sistem komputer, meneroka dunia digital atau kecerdasan buatan (AI), bidang ini menawarkan banyak peluang.

    Jurusan seperti sains komputer, kejuruteraan perisian, keselamatan siber, AI membina asas kukuh dan membuka peluang untuk bekerja sebagai pembangun perisian, jurutera sistem, pakar AI atau pakar keselamatan IT.

    Dengan dunia yang semakin bergantung pada teknologi, bidang ini akan terus berkembang pesat dan menyediakan banyak peluang pekerjaan.

    2.⁠ ⁠Bidang seni dan kreativiti

    Bagi mereka yang suka berkarya dan menggunakan ‘sel-sel’ kreativiti dalam otak, jurusan seperti reka bentuk grafik, seni visual atau fotografi adalah pilihan yang sesuai.

    Kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti pereka grafik, jurugambar profesional atau pengarah seni. Dalam industri yang sangat dinamik ini, anda dapat mengekspresikan diri dan mencipta karya yang memberi impak kepada orang ramai.

    Meskipun sekarang AI sudah boleh menghasilkan gambar atau ‘seni’ dengan manggunakan prompt atau arahan yang mudah, hasilnya kekurangan sentuhan manusia seperti emosi. Jadi, meskipun AI semakin maju, sentuhan manusia tetap diperlukan dalam bidang kreatif.

    3.⁠ ⁠Bidang sains dan kejuruteraan

    Bagi mereka yang suka mengkaji, bereksperimen dan menyelesaikan masalah, bidang kejuruteraan dan sains adalah pilihan yang sesuai dengan minat anda.

    Jurusan seperti kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal atau bioteknologi menawarkan peluang kerjaya sebagai jurutera elektrik, jurutera mekanikal atau ahli bioteknologi.

    Bidang ini bukan sahaja berfokus kepada inovasi teknologi tetapi juga memberikan impak besar terhadap kemajuan sains dan masyarakat.

    4.⁠ ⁠Bidang perubatan dan kesihatan

    Minat membantu orang lain atau terinspirasi dengan cerita doktor yang menyelamatkan nyawa? Pertimbangkan laluan dalam bidang perubatan, farmasi atau kejururawatan.

    Kerjaya seperti doktor, jururawat atau ahli farmasi bukan sahaja menawarkan kestabilan kerjaya tetapi juga memberi kepuasan peribadi kerana dapat memberi kesan langsung kepada kehidupan pesakit.

    Meskipun bidang ini menuntut komitmen tinggi tetapi ganjaran dari segi emosi dan kepuasan pencapaian sangat berbaloi.

    5.⁠ ⁠Bidang pendidikan

    Jika anda seronok berkongsi ilmu atau mahu menjadi sumber inspirasi kepada orang lain, bidang pendidikan adalah pilihan yang wajar.

    Jurusan dalam pendidikan membolehkan anda menjadi guru, kaunselor pendidikan atau pengarah program akademik.

    Anda bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga membentuk generasi masa hadapan dan memberi kesan jangka panjang kepada pembangunan masyarakat.

    6.⁠ ⁠Bidang perniagaan dan kewangan

    Minat terhadap angka, strategi atau dunia korporat? Bidang perniagaan dan kewangan berkemungkinan sesuai sebagai pilihan utama.

    Jurusan seperti pengurusan perniagaan, perakaunan atau kewangan membolehkan anda membina kerjaya sebagai akauntan, penganalisis kewangan atau pengurus syarikat.

    Dengan kemahiran ini, anda bukan sahaja berpeluang bekerja dalam pelbagai industri tetapi membuka peluang yang luas untuk anda melaksanakan cita-cita untuk mewujudkan dan mengurus perniagaan sendiri.

    7.⁠ ⁠Bidang sukan

    Jika anda seorang yang aktif, bersemangat tinggi dan mencintai dunia sukan, kenapa tidak pertimbangkan jurusan berkaitan sains sukan atau pengurusan sukan?

    Kerjaya sebagai jurulatih, pengurus acara sukan atau ahli terapi sukan memberi peluang untuk anda terus bergiat dalam bidang yang diminati.

    Siapa tahu, suatu hari nanti anda mungkin menjadi sebahagian daripada skuad negara yang bertanding di peringkat Olimpik, sama ada sebagai atlet mahupun jurulatih. Ini juga merupakan satu cara mulia untuk berbakti dan mengharumkan nama negara. – RELEVAN

    Previous ArticleDiet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    Next Article ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.