Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Misi Yasmin Lukman: Rawatan tanpa trauma, senyum tanpa ketakutan

    Misi Yasmin Lukman: Rawatan tanpa trauma, senyum tanpa ketakutan

    By Umi FatehahFebruary 4, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Misi Yasmin Lukman: Rawatan tanpa trauma, senyum tanpa ketakutan

    INSPIRASI untuk menceburi bidang pergigian datang daripada kedua ibu bapanya yang merupakan doktor perubatan. 

    Pada mulanya, Yasmin Lukman bercadang untuk menjadi pakar dermatologi tetapi bapanya, Dr. Lukman Mohd Rashid melihat potensi artistik dalam dirinya yang lebih sesuai untuk bidang pergigian.

    “Saya selesa menggunakan tangan dalam kerja-kerja seni dan terperinci, jadi ayah mencadangkan bidang pergigian. 

    “Ternyata, selepas menceburi bidang ini, saya memang jatuh cinta dan rasa sejiwa dengan profesion ini,” katanya. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Gusi sihat, gigi kuat

    Menurut Yasmin Lukman, bidang pergigian adalah gabungan antara seni dan sains yang memerlukan ketelitian, kreativiti dan kepekaan tinggi terhadap butiran kecil.

    Impian jadi kenyataan

    Impian untuk membuka klinik pergigian sudah tertanam sejak zaman universiti. Namun, Yasmin Lukman tidak tergesa-gesa merealisasikan cita-cita tersebut. 

    Bagi merealisasikan impian ini, perjalannya tidak mudah malah dipenuhi dengan pelbagai rintangan yang menguji kecekalan diri. Ketika itu, Yasmin Lukman baru sahaja melahirkan anak kedua dan bercadang untuk berehat seketika daripada bekerja. 

    Yasmin Lukman bersama anak-anaknya

    “Pada mulanya, saya bimbang bagaimana untuk membahagikan masa antara menjaga anak-anak dan menguruskan klinik. Tetapi bila difikirkan semula, peluang sebegini mungkin tidak akan datang dua kali. 

    “Dengan sokongan suami, keluarga dan keyakinan pada diri sendiri, saya akhirnya memberanikan diri untuk melangkah. 

    “Majikan di klinik tempat saya berkhidmat sebelum ini turut memberi panduan, dari aspek pengurusan perniagaan hingga kepada penyediaan fasiliti dan rawatan berkualiti untuk pesakit. Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan dan ilmu yang mereka kongsikan,” katanya.

    Rawatan gigi bebas trauma dan ketakutan

    Sebagai seorang ibu, Yasmin Lukman juga memahami cabaran ibu bapa dalam membawa anak-anak berjumpa dengan doktor gigi. Oleh itu, kliniknya direka khas untuk menjadikan pengalaman rawatan pergigian lebih menyeronokkan. 

    Dia juga menyedari wujudnya masalah trauma atau dental anxiety dalam kalangan pesakit dewasa. Trauma terhadap doktor gigi yang bermula sejak kecil sering terbawa-bawa sehingga dewasa. 

    “Saya pastikan kanak-kanak selesa di klinik saya. Ada bilik rawatan khas untuk mereka, lengkap dengan sudut mainan.

    Bilik rawatan kanak-kanak di Klinik Pergigian Yes Dental

    “Matlamat saya ialah memastikan rawatan pergigian tidak lagi menjadi pengalaman yang menakutkan. Saya mahu pesakit rasa selamat, tenang dan yakin semasa mendapatkan rawatan,” katanya.

    Dengan visi dan dedikasi luar biasa, Yasmin Lukman berjaya merealisasikan impiannya seawal usia 30 tahun. 

    Dia juga berazam untuk terus memberi inspirasi kepada masyarakat, bukan sahaja melalui peranannya sebagai doktor gigi yang komited tetapi juga sebagai ibu yang cekal dan penyayang. – RELEVAN

    Previous ArticleGusi sihat, gigi kuat
    Next Article Hendak jadi pekerja idaman? Kuasai lima kemahiran ini!

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.