Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hendak jadi pekerja idaman? Kuasai lima kemahiran ini!

    Hendak jadi pekerja idaman? Kuasai lima kemahiran ini!

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAFebruary 5, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hendak jadi calon pekerja idaman? Kuasai lima kemahiran ini! - GAMBAR HIASAN HEADWAY/UNSPLASH

    DALAM dunia pekerjaan hari ini, majikan bukan sekadar mencari tenaga kerja dengan keputusan akademik cemerlang tetapi juga mengutamakan kemahiran lain yang dapat menyokong prestasi kerja dan meningkatkan keupayaan organisasi.

    Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk mengasah dan memupuk kemahiran tambahan yang relevan dengan keperluan majikan seperti berikut:

    1.⁠ ⁠Kemahiran komunikasi yang baik

    Majikan kini lebih memilih individu yang mampu berkomunikasi dengan jelas dan berkesan. Ini termasuk kebolehan menyampaikan maklumat menerusi e-mel atau laporan yang berkaitan. Kemahiran ini penting untuk memastikan setiap urusan pekerjaan dapat berjalan dengan lancar.

    2.⁠ ⁠Kerjasama dalam pasukan

    Dalam dunia pekerjaan, kita tidak bekerja sendirian. Kemahiran bekerjasama dalam pasukan membantu untuk menyelesaikan tugasan dengan lebih cekap. Majikan memerlukan pekerja yang mampu bekerjasama, mendengar pendapat orang lain dan bertolak ansur untuk mencapai matlamat bersama.

    3.⁠ ⁠Penyelesaian masalah dan pemikiran kritis

    Cabaran pekerjaan akan sentiasa wujud dan menyelubungi setiap individu yang bekerja dalam mana-mana bidang sekalipun.

    Justeru itu, majikan lebih tertarik kepada individu yang mampu mencari penyelesaian bagi setiap masalah, berfikir secara kritis dan tidak mudah berputus asa apabila berdepan pelbagai kekangan. Kemahiran ini bukan sahaja mencerminkan kreativiti seseorang malah ia juga menunjukkan keupayaan untuk berdikari.

    4.⁠ ⁠Kepimpinan dan tanggungjawab

    Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi ketua atau pemimpin. Namun begitu, mempunyai sikap kepimpinan dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan adalah penting.

    Setiap majikan pastinya menginginkan pekerja yang proaktif, boleh membuat keputusan dan bersedia menggalas tanggungjawab tanpa perlu disuruh.

    5.⁠ ⁠Kemahiran digital dan teknologi

    Dunia semakin maju dengan perkembangan teknologi. Kemahiran menggunakan komputer, media sosial dan aplikasi digital menjadi kelebihan yang dicari oleh majikan.

    Walaupun seseorang itu bukanlah pakar dalam bidang teknologi maklumat namun penguasaan asas sudah cukup untuk memudahkan urusan pekerjaan dan meningkatkan daya saing.

    Previous ArticleMisi Yasmin Lukman: Rawatan tanpa trauma, senyum tanpa ketakutan
    Next Article Ganjaran diri sendiri vs pembaziran: Hadiah atau perangkap?

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.