Facebook Twitter
    Trending
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    • Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian
    • Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu
    • Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis
    • Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’
    • Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini
    • 5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik
    • Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026

      Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

      May 4, 2026

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026

      Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

      April 29, 2026
    • Kewangan

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026
    • Pendidikan

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hidup sudah lengkap seadanya, henti bandingkan diri dengan orang lain

    Hidup sudah lengkap seadanya, henti bandingkan diri dengan orang lain

    By Umi FatehahJanuary 30, 2025Updated:January 31, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hidup sudah lengkap seadanya, henti bandingkan diri dengan orang lain. - GAMBAR HIASAN EUTAH MIZUSHIMA/UNSPLASH

    AINA merupakan seorang gadis berusia 25 tahun yang baru sahaja memulakan kerjayanya dalam bidang pemasaran. Setiap hujung bulan, dia dan rakan-rakannya dari zaman universiti akan berjumpa untuk meluangkan masa bersama dan mengeratkan hubungan. 

    Mereka semua bekerja di syarikat dan bidang yang berbeza dan setiap perjumpaan menjadi peluang untuk berkongsi cerita tentang kehidupan serta kerjaya masing-masing.

    Salah seorang rakannya, Farah, bekerja di sebuah syarikat multinasional terkenal. Farah sering berkongsi tentang ideanya untuk projek-projek besar diterima baik oleh bosnya, gaji dan faedah lumayan yang diterimanya.

    Aina turut gembira mendengar kejayaan Farah. Namun, jauh di sudut hatinya, ada satu perasaan halus yang mula timbul – cemburu.

    Sepanjang perjalanan pulang ke rumah selepas perjumpaan itu, fikiran Aina dipenuhi dengan persoalan. 

    “Kenapa hidup aku tak seperti Farah?” soalnya pada diri sendiri. 

    Malam itu, Aina mula membandingkan kehidupannya dengan Farah. Dia teringatkan bilik sewanya yang sempit. Setiap hari asyik tertekan dengan bebanan kerja tetapi gajinya cukup-cukup makan sahaja.

    Tanpa sedar, perasaan itu mula memakan dirinya sedikit demi sedikit.

    Hari-hari Aina yang dahulunya penuh dengan semangat dan senyuman kini berubah. Dia menjadi pendiam, mudah berasa rendah diri dan sering merasakan bahawa usahanya tidak pernah cukup. 

    Aina tidak sedar bahawa dia sedang menambah beban kepada dirinya sendiri dengan membandingkan hidupnya dengan orang lain.

    Keindahan hidup yang unik

    Setiap perjalanan hidup adalah unik. Apa yang kita lihat pada orang lain hanyalah secebis daripada kisah mereka. Mungkin mereka hanya berkongsi cebisan kebahagiaan sahaja. 

    Jika difikirkan kembali, tiada sesiapa yang dengan sengaja memilih untuk berkongsi kisah pahit dalam hidup mereka. Kita tidak tahu perjuangan sebenar yang mereka lalui di belakang tabir.

    Hidup kita sendiri sudah cukup indah dengan caranya tersendiri tetapi sering kali kita terlepas pandang terhadap keindahan itu kerana sibuk memandang dan mengagungkan kehidupan orang lain.

    Membandingkan diri itu ibarat cuba menilai ikan yang berenang di lautan dengan burung yang terbang di langit. Kedua-dua haiwan tersebut memiliki kelebihan masing-masing tetapi tidak akan pernah sama. 

    Begitulah juga manusia. Kita semua ada bakat, kekuatan dan tujuan yang berbeza dalam hidup. Mengapa perlu mengukur nilai diri dengan ‘pembaris’ orang lain?

    Luka tak berdarah

    Membandingkan diri tidak hanya membuat kita lupa menghargai apa yang dimiliki tetapi juga menyakitkan secara perlahan-lahan. 

    Setiap kali melihat kelebihan atau keindahan orang lain, kita menanamkan rasa tidak cukup dalam hati. Sedangkan, jika benar-benar menilai diri sendiri dari sudut positif, kita akan sedar betapa banyaknya nikmat yang telah dimiliki.

    Fikirkanlah, adakah pencapaian orang lain benar-benar mengurangkan nilai diri anda? Tidak. Tetapi fikiran kita sering mempercayai sebaliknya. Kita perlu ingat, kebahagiaan tidak pernah datang daripada perbandingan. Ia datang daripada penerimaan. Penerimaan terhadap siapa diri kita, dengan segala kelemahan dan kelebihan.

    Sayangi diri sendiri

    Untuk berhenti membandingkan diri, kita perlu memulakan langkah kecil untuk mencintai diri sendiri. Berterima kasihlah untuk segala yang anda miliki, walaupun sekecil-kecil kuman. Cuba tulis setiap hari tiga perkara yang membuatkan anda bersyukur. Ini akan membantu menyedarkan bahawa hidup anda tidak kurang apa-apa.

    Selain itu, kenali bahawa pencapaian orang lain tidak sepatutnya menjadi ukuran kejayaan anda. Kejayaan adalah apabila anda mampu melihat diri sendiri dengan rasa bangga, walaupun dunia tidak menyedari apa yang dicapai.

    Hidup ini sudah cukup

    Hidup bukan tentang siapa yang sampai ke garisan penamat dahulu tetapi tentang menikmati perjalanan. Ia tentang bagaimana setiap saat dihargai dan bagaimana anda memberikan makna kepada setiap langkah dalam kehidupan.

    Jadi, hentikanlah membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Jangan biarkan hidup anda hilang kerana terlalu sibuk melihat kehidupan orang lain. Kita adalah cerita yang sedang ditulis – cerita yang hanya anda boleh warnakan. Jangan biarkan bab yang indah terlepas kerana anda terlalu fokus pada cerita orang lain.

    Berhentilah membandingkan. Hidup anda sudah cukup. Dan anda, dengan segala yang dimiliki, juga sudah cukup. – RELEVAN

    Previous ArticleStetoskop, warisan abadi René Laennec dalam dunia perubatan
    Next Article Gusi sihat, gigi kuat

    Artikel berkaitan

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026

    Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

    May 5, 2026

    Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

    May 5, 2026
    Artikel Terkini

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026

    Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

    May 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.