Facebook Twitter
    Trending
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sudah simpan duit setiap bulan tetapi masih tak kaya? Ini apa yang perlu anda tahu

    Sudah simpan duit setiap bulan tetapi masih tak kaya? Ini apa yang perlu anda tahu

    By Umi FatehahJanuary 16, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sudah simpan duit setiap bulan tetapi masih tak kaya? Ini apa yang perlu anda tahu. - GAMBAR HIASAN IQBAL ROSLI/UTUSAN

    SETIAP kali dapat gaji, kita mesti ada niat nak simpan duit. Sedikit demi sedikit, jumlah simpanan pun makin bertambah. Tapi peliknya, bila tengok semula keadaan kewangan, masih rasa jauh nak capai kebebasan kewangan. Duit ada, tapi kenapa tak rasa kaya?

    Sebenarnya, menyimpan duit sahaja tak cukup untuk bina kekayaan. Macam buat kek – kalau cuma ada gula dan tepung, kek itu takkan menjadi. Sama sahaja seperti buat kek dan bina kekayaan, semuanya perlu ada ‘resipi’ lengkap – simpanan, pelaburan, pengurusan hutang dan lain-lain. 

    Jom kita tengok sama-sama apa yang mungkin tak kena dengan cara kita simpan duit selama ini dan apa yang perlu dibetulkan.

    1. Menyimpan duit tanpa matlamat jelas

    Kita ni setiap bulan dah asingkan wang untuk disimpan. Setiap perbelanjaan harian juga sedaya upaya cuba untuk dikurangkan, nak jimat katanya. 

    Tapi, tahukah untuk apa kita simpan duit dan berjimat? Ada matlamat tak? Sehinggakan ada kalanya terdetik “Alah, simpan sahajalah. Janji ada simpanan.”

    Perkara itu tidak sepenuhnya salah tetapi tidak juga betul. Hal ini kerana bila tiada tujuan spesifik, duit itu lebih mudah bocor. Ada sahaja diskaun atau tawaran, mulalah mahu membeli. Takut terlepas peluang katanya. 

    Bila kawan ajak bercuti, dengan seronoknya anda bersetuju tanpa berfikir dahulu. “Ah, duit simpanan kan ada!” sorak anda. Lama kelamaan, simpanan mula menyusut. 

    Apa perlu buat?

    Tentukan matlamat yang jelas. Contohnya, nak beli rumah, nak kumpul dana kecemasan, kahwin atau nak pergi umrah. Bila ada matlamat, anda akan lebih bersemangat nak simpan. 

    Lebih baik lagi jika anda menetapkan tarikh sasaran. Contohnya, “Aku nak simpan RM30,000 dalam masa tiga tahun untuk kahwin!” 

    Bila ada target, duit yang disimpan pun ada makna. Anda juga akan lebih bermotivasi untuk teruskan menyimpan dan elakkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.

    1. Simpan tapi tak labur

    Kita selalu rasa lega bila sudah ada simpanan yang stabil. Tapi tahukah anda, kalau duit itu hanya duduk diam dalam akaun simpanan biasa sebenarnya nilai dia makin berkurang? 

    Ini semua berpunca daripada inflasi. Apabila harga barang meningkat, kuasa beli kita menurun. Jadi, walaupun simpan banyak, nilainya tidak akan sama macam dulu.

    Apa perlu buat?

    Selain fokuskan kepada menyimpan sahaja, cuba belajar tentang pelaburan. Mulakan dengan pelaburan yang rendah risiko seperti Amanah Saham Berhad (ASB), Tabung Haji atau unit amanah. 

    Kalau takut untuk melabur, belajar dan mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu. Zaman sekarang, banyak sumber atau cara untuk belajar secara percuma dalam talian.

    Sebelum mulakan pelaburan duit, laburkan masa terlebih dahulu untuk fahamkan bagaimana duit boleh berkembang melalui pelaburan.

    1. Tak kawal hutang

    Sesetengah daripada kita terlalu fokus simpan duit tetapi tidak mengawal hutang sedia ada. Perkara ini akan mengganggu perjalanan untuk menjadi orang kaya. 

    Walaupun sudah menyimpan RM500 sebulan, sekiranya terdapat hutang kad kredit atau pinjaman dengan faeda tinggi, sebahagian besar simpanan itu akan digunakan untuk bayar hutang sahaja. 

    Keadaan itu akan menyebabkan tidak ada perubahan meskipun sudah ada simpanan. Hutang yang tak dikawal sebenarnya boleh menjejaskan kewangan lebih teruk daripada yang difikirkan.

    Apa nak buat?

    Utamakan bayar hutang dengan faedah tinggi terlebih dahulu (seperti kad kredit). Elakkan menambah hutang baharu dan fokus kepada mengurangkan beban hutang secara sistematik. Bila hutang selesai, simpanan kita boleh berkembang dengan lebih bebas.

    1. Gaji naik, gaya hidup pun naik

    Ini merupakan salah satu dosa besar yang ramai buat. Bila sudah dapat kenaikan gaji, mereka tingkatkan pula gaya hidup. 

    Sejujurnya, kenaikan gaji memang seronok. Tetapi kadang-kadang kenaikan gaji ibarat ‘lesen’ untuk kita ubah gaya hidup. Contoh, sebelum ini tiada masalah pun makan di warung tetapi sejak naik gaji, selera bertukar jadi orang kaya pula, mahu makan di restoran mahal sahaja. 

    Kereta yang dipakai sebelum ini masih berfungsi dengan baik tetapi sejak kenaikan gaji, mula bernafsu mahu pakai kereta berjenama H. 

    Kalau begini, sampai bila-bila pun simpanan tidak akan bertambah atau makin berkurangan. 

    Apa nak buat?

    Perlu kawal diri bila pendapatan bertambah. Tak salah nak menikmati hidup tetapi buat secara berperingkat dan jangan lupa menyimpan dahulu sebelum berbelanja. 

    Seeloknya, bila gaji naik, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah tingkatkan jumlah yang disimpan setiap bulan. Kalau gaji naik RM500, cuba simpan sekurang-kurangnya RM300 daripadanya. Jangan terus guna semuanya untuk naik taraf gaya hidup.

    Ingat, kekayaan bukan datang secara tiba-tiba. Ia perlukan masa, strategi dan tindakan konsisten. Kalau anda rasa masih tak kaya walaupun dah menyimpan, jangan risau. Perbaiki apa yang boleh dan teruskan berusaha. 

    Siapa tahu, lima tahun dari sekarang, anda mungkin akan baca semula artikel ini sambil senyum sebab akhirnya berjaya capai matlamat kewangan yang ditetapkan. – RELEVAN

    Previous ArticleCabaran 24 jam bebas telefon: Beranikah anda?
    Next Article “Kami berpuisi bukan kerana nama”

    Artikel berkaitan

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026

    5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

    April 13, 2026

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026
    Artikel Terkini

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026

    5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

    April 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.