Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerja 9 hingga 5 bakal pupus pada 2034

    Kerja 9 hingga 5 bakal pupus pada 2034

    By Zahra Mohamad ZhahirDecember 6, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kerja 9 hingga 5 bakal pupus pada 2034. - GAMBAR HIASAN AMIR KHALID/UTUSAN

    PENGASAS bersama platform rangkaian profesional LinkedIn, Reid Hoffman menjangkakan bahawa model pekerjaan tradisional dari jam 9 pagi hingga 5 petang akan pupus sepenuhnya pada tahun 2034. 

    Menurut Hoffman, perkembangan dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi gig bakal menjadi pemangkin kepada perubahan besar dalam landskap pekerjaan global.

    Tambahnya, ramai individu mula berminat untuk melakukan pekerjaan bebas (freelancer) atau menyertai ekonomi gig kerana fleksibiliti dan peluang yang ditawarkan.

    “Revolusi ekonomi gig akan berlaku dan kesannya lebih besar daripada apa yang dijangkakan,” katanya dalam sebuah video di YouTube yang tular di platform media sosial X.

    Beliau turut meramalkan dalam masa satu dekad, hampir separuh daripada tenaga kerja di Amerika Syarikat (AS) akan berstatus pekerja bebas. Perkara tersebut menunjukkan peralihan besar dalam cara masyarakat memahami pekerjaan tradisional.

    Masyarakat akan mula melakukan dua tiga kerja 

    Kemajuan teknologi AI juga dijangka membolehkan individu untuk bekerja bagi dua atau tiga syarikat dalam satu masa. 

    Hoffman berpendapat bahawa ini tidak lagi mustahil kerana AI mampu mengurangkan beban kerja manual dan mempermudah kolaborasi jarak jauh.

    Sebagai contoh, kini hampir separuh daripada generasi X sudah menjalani kehidupan sebagai pekerja bebas sepenuh masa atau memiliki kerja sampingan di luar pekerjaan utama mereka. 

    Malah, statistik terkini oleh Institut Penyelidikan Upwork turut menyokong pandangan ini:

    • 52 peratus pekerja Gen Z kini memiliki kerja bebas.
    • 44 peratus Milenial juga terlibat dalam pekerjaan fleksibel.
    • 30 peratus Gen X memilih kerja bebas.
    • 26 peratus generasi Boomer turut menyertai trend ini.

    Perubahan ini memberikan isyarat bahawa tenaga kerja global sudah mula menerima konsep pekerjaan yang lebih fleksibel, sekaligus mempersiap diri untuk menghadapi revolusi ekonomi gig.

    AI: Peluang baharu atau ancaman?

    Ramalan ini turut dikuatkan oleh laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menjangkakan bahawa AI akan menggantikan sebanyak 85 juta pekerjaan di seluruh dunia menjelang 2025. Namun, pada masa yang sama, AI juga bakal mencipta sebanyak 89 juta pekerjaan baharu.

    Walaupun angka tersebut kelihatan seimbang, wujud kebimbangan bahawa pekerjaan baharu yang dicipta oleh AI mungkin memerlukan kemahiran tertentu yang tidak dimiliki oleh ramai pekerja hari ini. 

    Oleh itu, Hoffman menegaskan bahawa adalah penting untuk pekerja mempelajari kemahiran baharu agar kekal relevan dalam pasaran kerja.

    Ramalan Hoffman telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ada yang melihatnya sebagai peluang untuk bekerja dengan lebih fleksibel, terutamanya dalam kalangan generasi muda yang sudah terbiasa dengan gaya hidup dinamik.

    Namun, terdapat juga kebimbangan tentang ketidakstabilan pekerjaan yang mungkin timbul akibat peralihan ini. 

    Tanpa rangka kerja yang kukuh untuk melindungi pekerja bebas, ramai mungkin terdedah kepada risiko seperti ketiadaan perlindungan sosial, pendapatan tidak menentu dan tekanan kerja yang tinggi.

    Ramalan Hoffman selalunya tepat

    Neal Taparia, seorang usahawan dan pelabur menegaskan bahawa ramalan Hoffman tidak boleh dipandang enteng.

    “Ramalan Hoffman selalunya benar belaka,” kata Taparia dalam satu hantaran di X. Beliau merujuk kepada beberapa ramalan Hoffman sebelum ini yang terbukti tepat, termasuk:

    1. Pada tahun 1997, Hoffman meramalkan bahawa rangkaian sosial akan merubah dunia. Ramalan ini terbukti dengan kemunculan platform seperti Facebook, LinkedIn dan Twitter.
    2. Beliau merupakan pelabur awal Airbnb, menunjukkan visinya terhadap potensi ekonomi perkongsian (sharing economy).
    3. Hoffman juga telah melihat kebangkitan revolusi AI beberapa tahun sebelum kemunculan ChatGPT dan aplikasi serupa.

    Menurut Taparia, masyarakat harus memandang serius pandangan Hoffman mengenai ‘kematian’ model kerja 9 hingga 5. Lagipun, beliau mempunyai rekod luar biasa dalam meramalkan tren masa depan.

    Oleh itu, pekerja digalakkan untuk mempersiap diri dengan pelbagai kemahiran, terutama yang berkaitan dengan teknologi dan AI. 

    Malah, Hoffman juga mencadangkan agar pendidikan dan latihan kerja disesuaikan dengan keperluan era baharu ini.

    Selain itu, kerajaan dan organisasi juga perlu memainkan peranan dalam menyediakan ekosistem sokongan untuk pekerja bebas. Ini termasuk dasar perlindungan sosial, program latihan semula (reskilling) dan insentif untuk meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja.

    Kesimpulan

    Walaupun ramalan Hoffman mungkin kelihatan seperti satu senario yang sukar diterima akal, perubahan dalam teknologi dan budaya kerja menunjukkan bahawa ramalan tersebut mungkin akan menjadi realiti lebih cepat daripada apa yang kita sangka. 

    Revolusi ekonomi gig dan kebangkitan AI bukan sahaja akan mengubah cara kita bekerja tetapi juga cara kita mendefinisikan pekerjaan itu sendiri. 

    Oleh itu, pekerja, majikan dan kerajaan harus bersiap sedia untuk menyesuaikan diri dengan landskap baharu ini agar dapat merebut peluang yang tersedia dan mengatasi cabaran yang mendatang. – RELEVAN

    Previous ArticleMark Zuckerberg ikon teknologi dunia
    Next Article Kerjaya dengan permintaan tinggi pada 2025

    Artikel berkaitan

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.