Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mark Zuckerberg ikon teknologi dunia

    Mark Zuckerberg ikon teknologi dunia

    By JOHANNA MUMTAZ WANPADecember 4, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mark Zuckerberg ikon teknologi dunia. - GAMBAR HIASAN AFP

    MARK Elliot Zuckerberg, namanya tidak asing lagi dalam dunia teknologi. Beliau adalah pengasas Facebook, platform media sosial yang kini merupakan salah satu media sosial popular di dunia.

    Lebih dikenali sebagai Mark Zuckerberg, perjalanan kerjayanya telah membuktikan bahawa usaha, kreativiti dan keberanian mampu mencipta perubahan besar dalam kehidupan seseorang.

    Berbakat sejak kecil

    Dilahirkan pada 14 Mei 1984 di White Plains, New York, Amerika Syarikat, beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana namun ibu bapanya merupakan seorang doktor gigi dan seorang pakar psikiatri yang menyokong penuh minatnya terhadap teknologi.

    Sejak kecil lagi, Zuckerberg menunjukkan bakat luar biasa dalam bidang komputer. Ketika usianya mencecah 12 tahun, beliau mencipta perisian komunikasi bernama ZuckNet untuk memudahkan keluarganya berkomunikasi antara satu sama lain di rumah.

    Minat mendalam terhadap pengaturcaraan ini juga membawa beliau memenangi beberapa pertandingan sains semasa zaman persekolahan.

    Zuckerberg kemudian melanjutkan pelajaran ke Phillips Exeter Academy, sebuah sekolah berprestij di New Hampshire. Di sana, beliau terus mengasah kebolehannya dalam bidang teknologi dan mula mencipta permainan video serta aplikasi komputer untuk rakan-rakannya.

    Asal usul Facebook

    Pada 2002, Mark Zuckerberg diterima masuk ke Universiti Harvard, salah sebuah universiti terbaik di dunia. Di situlah beliau mencipta pelbagai projek teknologi.

    Salah satu projek yang berjaya menarik perhatian ramai ialah Facemash, sebuah laman web yang membolehkan pelajar membandingkan gambar rakan mereka.

    Walaupun projek itu ditutup kerana kontroversi, ia membuka jalan kepada Zuckerberg untuk mencipta sesuatu yang lebih besar.

    Pada 2004, Mark Zuckerberg bersama beberapa orang rakannya iaitu Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes telah melancarkan The Facebook.

    Pada mulanya, ia hanya bertujuan menghubungkan pelajar Harvard. Namun, sambutan yang diterima amatlah luar biasa dan dalam masa beberapa bulan, aplikasi itu diperluas ke universiti-universiti lain.

    Keberanian Mark Zuckerberg membuat keputusan besar untuk meninggalkan pengajiannya di Harvard demi memfokuskan kepada pembangunan Facebook adalah titik perubahan penting dalam kerjayanya.

    Tindakannya itu berjaya menjadikan Facebook fenomena global yang menghubungkan jutaan manusia di seluruh dunia.

    Kejayaan dan cabaran

    Mark Zuckerberg terus mengembangkan Facebook dengan menambah pelbagai ciri baharu seperti News Feed, Messenger dan Groups bagi memudahkan pengguna berinteraksi.

    Kemudian, pada 2012, Facebook telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dan menjadi salah satu syarikat teknologi paling bernilai di dunia.

    Namun, kejayaan yang diperoleh tidaklah semudah yang disangka. Sepanjang perjalanan kariernya, Zuckerberg sering berdepan kritikan terutama berkaitan privasi data pengguna dan penyebaran maklumat palsu di platform ciptaannya.

    Dalam menghadapi cabaran itu, beliau terus berusaha meningkatkan keselamatan platform dan bekerjasama dengan pakar untuk memastikan Facebook kekal relevan dan bertanggungjawab.

    Selain itu, Mark Zuckerberg turut memperkenalkan pelbagai projek inovatif seperti Oculus (teknologi realiti maya), Internet.org (usaha menyediakan akses internet kepada negara miskin) dan pengembangan ke platform popular lain seperti Instagram dan WhatsApp.

    Inspirasi kepada generasi muda

    Kejayaan Mark Zuckerberg mengajar kita bahawa usia bukan penghalang untuk berjaya. Beliau membuktikan bahawa dengan minat, kerja keras dan visi yang jelas, kita mampu mencapai setiap yang diimpikan.

    Mark Zuckerberg adalah contoh bagaimana minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang boleh membawa kejayaan besar. Kisahnya turut mengajar bahawa usaha gigih, kreativiti dan keberanian untuk mencuba adalah kunci utama untuk mencapai impian.

    Meskipun pernah gagal dalam beberapa projek, beliau tidak pernah berputus asa. Sebaliknya, beliau belajar daripada kegagalan tersebut dan terus maju ke hadapan.

    Kejayaannya dalam dunia teknologi menunjukkan pentingnya kemahiran digital dalam era moden kini. Jangan takut untuk berimpian besar dan berusaha keras untuk mencapai matlamat anda.

    Mark Zuckerberg bukan sahaja seorang pengasas syarikat media sosial terkemuka tetapi inovator yang berjaya membawa perubahan besar dalam dunia teknologi.

    Pencapaian beliau memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha dan jangan pernah berhenti berinovasi dalam apa jua bidang yang anda pilih.

    Jangan takut untuk bereksperimen dan mencuba sesuatu yang baharu. Seperti kata beliau, “The biggest risk is not taking any risk.” 

    Maka, beranilah bermimpi dan bertindak untuk merealisasikannya! – RELEVAN

    facebook featured mark zuckerberg pendidikan Utusan Pelajar
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.