Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baik buruk minum air reverse osmosis

    Baik buruk minum air reverse osmosis

    By Umi FatehahNovember 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Baik buruk minum air reverse osmosis. - GAMBAR HIASAN 21 SWAN/UNSPLASH

    BEBERAPA tahun belakangan ini, penapis air telah menjadi salah satu keperluan utama di kebanyakan rumah. Sama ada di bandar besar atau kawasan luar bandar, ramai yang kini lebih berhati-hati terhadap kualiti air yang digunakan setiap hari. 

    Walaupun bekalan air paip dikatakan selamat untuk diminum, kebimbangan terhadap pencemaran seperti logam berat, klorin, bakteria dan bahan kimia lain menyebabkan orang ramai mencari alternatif yang lebih selamat dan bersih.  

    Di Malaysia, kesedaran tentang kesihatan semakin meningkat dan masyarakat mula memahami bahawa air bersih adalah asas kepada gaya hidup sihat. 

    Selain itu, faktor seperti rasa air paip yang kurang menyenangkan serta keraguan terhadap kebersihannya selepas melalui paip lama turut menyumbang kepada populariti penapis air.  

    Salah satu sistem penapisan yang menjadi pilihan utama ialah osmosis terbalik (reverse osmosis, RO) teknologi yang mampu menyingkirkan hampir semua kekotoran dalam air. 

    Tetapi, adakah air RO benar-benar sesuai untuk kegunaan harian? Sebelum anda membuat keputusan untuk memasangnya, mari kita perhatikan kelebihan dan kekurangannya.  

    Apa itu air osmosis terbalik?

    Air RO dihasilkan dengan menolak air melalui membran separa telap untuk menyingkirkan kekotoran. Proses ini mampu menghapuskan bahan cemar seperti logam berat, kimia dan mikroorganisma.  

    • Kelebihan Air RO

    Penapis RO menawarkan air yang lebih bersih dengan kemampuan menyingkirkan sehingga 99 peratus kekotoran seperti plumbum, arsenik, fluorida dan nitrat. 

    Proses penapisan yang teliti ini menjadikan air lebih selamat untuk diminum dan digunakan. Selain itu, ketiadaan bahan cemar dan klorin memberikan rasa air yang lebih segar dan menyenangkan, menjadikannya lebih digemari untuk kegunaan harian.  

    Air RO juga selamat digunakan untuk penyediaan makanan dan minuman, memberikan jaminan bebas daripada risiko pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan. 

    Di samping itu, penggunaan penapis RO di rumah dapat mengurangkan kebergantungan kepada botol plastik sekali guna, menjadikannya alternatif mesra alam yang membantu mengurangkan pencemaran plastik di persekitaran.  

    • Kekurangan Air RO

    Walaupun penapis RO menawarkan air yang bersih dan selamat, terdapat beberapa kelemahan yang perlu dipertimbangkan. 

    Salah satu isu utama ialah kehilangan mineral berfaedah seperti kalsium, magnesium dan kalium yang penting untuk kesihatan tubuh. Pengambilan air tanpa mineral dalam jangka masa panjang berpotensi membawa kepada kekurangan nutrisi yang diperlukan badan. 

    Selain itu, proses menghasilkan air RO dianggap membazir kerana untuk setiap satu liter air yang ditapis, kira-kira tiga hingga lima liter air akan terbuang menjadikannya kurang mesra alam dan boleh meningkatkan bil air.  

    Dari segi kos, pemasangan dan penyelenggaraan sistem RO memerlukan pelaburan awal yang agak tinggi. 

    Penapis dan membran perlu ditukar secara berkala. Perkara ini mungkin membebankan pengguna dari segi kewangan. Tambahan itu, air RO sering dianggap mempunyai rasa yang menghambarkan atau ‘kosong’ kerana ketiadaan mineral. 

    Disebabkan itu, sesetengah orang kurang menyukainya berbanding air yang mengandungi mineral semula jadi.

    Untuk mengatasi kelemahan air RO, anda boleh;

    • Menambah mineral menggunakan suplemen atau kartrij mineral tambahan.
    • Menggunakan air RO hanya untuk minuman dan masakan. Manakala air paip digunakan untuk keperluan lain.  

    Walaupun air RO menawarkan tahap kebersihan yang tinggi, ia juga mempunyai kekurangan yang perlu dipertimbangkan.  

    Sebelum membuat keputusan, teliti pilihan anda dan dapatkan nasihat profesional untuk memastikan sistem penapis air yang dipilih memenuhi keperluan kesihatan dan gaya hidup. – RELEVAN

    Previous ArticleInflasi, pembunuh senyap kekayaan anda
    Next Article Kampung Boy: Karya ikonik sepanjang zaman

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.