Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hadiah buat ibu cetus minat gubah bunga

    Hadiah buat ibu cetus minat gubah bunga

    By Zahra Mohamad ZhahirOctober 14, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    gubah bunga
    Menurut Haaziq, sepanjang berkecimpung dalam bidang gubahan bunga, tidak pernah sekalipun soal jantina menjadi isu. - FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN

    Menurut Haaziq Mohamad, 26, minatnya terhadap gubahan bunga telah bertapak dalam hati sejak di bangku sekolah lagi. 

    Bagaimanapun, ada satu peristiwa manis yang membuatkannya semakin teruja dan bersemangat untuk belajar lebih lanjut mengenai gubahan bunga.

    “Sewaktu berusia 17 tahun, saya teringin berikan hadiah bunga untuk mak sempena hari lahirnya. Tetapi, pada waktu itu, saya tidak ada duit (yang banyak). Jadi, saya cuba buat gubahan sendiri berpandukan video di YouTube. 

    “Saya rasa seronok dapat gubah bunga untuk mak walaupun hasilnya tidaklah secantik mana. Tetapi, apa yang buatkan saya rasa terharu ialah reaksi mak ketika menerima hadiah tersebut.

    “Saya nampak mak benar-benar hargai hadiah bunga yang saya berikan. Selepas lihat mak gembira, minat saya makin bercambah. ” katanya. 

    Menurut Haaziq, peristiwa tersebutlah yang membuatkannya semakin teruja mendalami minat menggubah bunga. Malah, hari demi hari, gubahannya juga nampak lebih kemas dan cantik. 

    “Jika dahulu saya perlu ambil masa berjam-jam untuk menyiapkan satu gubahan bunga, kini saya boleh siapkan dalam masa yang lebih pantas. 

    “Yang mengharukan, apabila saya tengok semula gubahan-gubahan saya sebelum ini, saya sedar ada perubahan positif – nampak lebih cantik dan kreatif berbanding sebelumnya,” katanya.

    Artikel berkaitan: Ubah dunia dengan bunga

    Artikel berkaitan: Burung ‘sampah’ ini yang pertama beracun di dunia

    Tidak wujud stereotaip jantina

    Apabila ditanya mengenai stereotaip jantina, Haaziq berkata, sepanjang berkecimpung dalam bidang gubahan bunga, tidak pernah sekalipun soal jantina menjadi isu.  

    Malah, ibu bapanya juga memberikan sokongan penuh kepada kerjaya pilihannya.

    Tambah Haaziq, jantina juga tidak sepatutnya menjadi penghalang dalam apa-apa jua bidang pekerjaan pada zaman sekarang.

    “Lelaki atau perempuan, kedua-duanya boleh menggubah bunga. Malah, ramai juga lelaki yang memasak walaupun orang kata itu kerja perempuan. 

    “Apa yang penting, kita lakukan perkara yang diminati. Selain itu, perlu ada usaha dan keinginan untuk mencuba,” jelasnya. 

    Dalam pada itu, Haaziq juga sempat menitip pesan kepada pemula agar membuang rasa takut sekiranya ingin mencuba perkara baharu, walaupun ia dilihat sebagai melawan norma masyarakat. 

    “Bagi mereka yang baru bermula, jangan takut untuk mencuba. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, buat sahaja. Apa yang penting, jangan guna plastik. Pastikan gubahan yang dibuat itu mesra alam. 

    “Kepada mereka yang turut sama berkecimpung dalam industri bunga, mari kita sama-sama perjuangkan perusahaan bunga yang lestari. Peace, love and all the good stuff, hanya itu yang saya inginkan,” katanya. 

    Previous ArticleSedih, resah menjaga orang tua sakit
    Next Article Belanjawan 2025: Defisit, GST dan gaji minimum

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.