Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pedih bisa gout, simptom dan cara mencegah

    Pedih bisa gout, simptom dan cara mencegah

    By October 2, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TANGKAP layar babak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid. - GRAFIK OLEH RELEVAN

    SETIAP pagi Purnama hanya melihat isterinya, Yam keluar membawa berbakul ikan untuk dijual di kedai-kedai. Dia pula menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah.

    Yam wanita tabah dan gagah. Itu antara ciri yang buat Purnama tertarik dahulu. Isterinya itu bukan saja cantik, malah dominan dan berdikari sejak remaja.

    Pernah sekali sewaktu kampung mereka diserang zombi, Purnama yang ketika itu bekerja sebagai pemandu bas hampir diterkam. Yam datang dan menyergah zombi itu. Purnama terselamat.

    Namun, segagah-gagah Yam, dia takut pada hantu Melayu. Cerita Kak Limah yang sudah meninggal dan jadi hantu buat Yam tak berani lagi mahu keluar awal pagi. Purnama mula gusar.

    “Isteri saya, si Yam itu, dah tak mahu jual ikan subuh-subuh. Takut. Tak boleh jadi, Pak Abu,” kata Purnama dalam mesyuarat. Dia mahu ketua kampung, Pak Abu ambil tindakan segera.

    “Macam mana dia nak menyara keluarga saya?” sambung Purnama.

    Ketika itu, pembantu perubatan di klinik kampung, Zulfekar bertanya soalan: “Kenapa tak awak saja yang keluar jual ikan itu?”

    Balai raya senyap sekejap. Semua mata memandang Purnama. Perlahan-lahan dia angkat kaki kiri seraya berkata:

    “Saya ada gout”

    Cerita di atas saya adaptasi dari babak dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) arahan Mamat Khalid. Itu antara perkenalan awal saya dengan perkataan gout, selain babak Fahmi, menantu Abang Din yang diserang gout ketika goreng gitar solo dalam filem Rock Oo (2013), juga arahan Mamat.

    Di usia awal remaja, saya tak tahu apa-apa tentang gout. Saudara-mara pula, alhamdulillah, tiada yang diserang penyakit itu pada awalnya

    Tetapi gout menjadi penyakit popular di sekolah dan sesi melepak, semuanya gara-gara kebijakan komedi Mamat Khalid. Perkataan itu diulang-ulang menjadi lawak walaupun kami tak tahu bisa pedih yang terpaksa ditanggung penghidapnya.

    Menurut Mayo Clinic, penghidap gout mengalami simptom seperti sakit sendi yang teruk, kebiasaannya di ibu jari kaki. Kesakitannya paling teruk pada empat hingga 12 jam pertama. 

    Walaupun sakit sendi yang mencucuk akan hilang, sendi-sendi penghidap masih tidak selesa. Dan tempoh ketidakselesaan itu lebih panjang, boleh berminggu-minggu.

    Simptom lain termasuk keradangan dan bengkak pada sendi yang terjejas. Warnanya kemerahan dan terasa panas. Malah, pada tahap jangkitan yang serius, sukar untuk penghidap menggerakkan sendi seperti biasa.

    Mungkin sebab itu Purnama tak boleh keluar jual ikan.

    “Waduh, gout! Uh pedih berdarah ni!”

    Dalam keluarga artritis, gout yang paling lazim berlaku. Ia tiga kali lebih berkemungkinan menimpa lelaki, terutamanya lelaki berumur 40 tahun ke atas. Begitu juga perempuan selepas menopaus.

    Ini kerana lelaki dan perempuan pada umur dan keadaan itu sudah hilang kesan perlindungan daripada estrogen.

    Gout terjadi disebabkan tahap berlebihan asid urik yang berasal daripada purina – kimia semula jadi yang ada dalam semua sel dalam tubuh serta banyak makanan, terutamanya daging merah, organ haiwan, makanan laut tertentu, air soda bergula dan arak.

    Menurut Yayasan Artritis, apabila asid urik bertambah, ia membentuk kristal berbentuk jarum yang tersekat pada sendi. Ini yang mendatangkan rasa sakit mencucuk serta bengkak pada sendi.

    Asid urik boleh bertambah mendadak disebabkan dua punca. Satu, kegagalan buah pinggang menyingkirkannya. Dua, penghidap ambil terlalu banyak makanan atau minuman tinggi purina.

    Ini tujuh faktor risiko gout yang disenaraikan Yayasan Artritis:

    • Makan banyak makanan tinggi purina. Ini termasuk daging merah dan makanan laut tertentu, terutamanya kerang, sardin dan tuna. Namun, manfaat kesihatan ikan biasanya mengatasi risiko gout.
    • Minuman manis dan alkohol. Makanan dan minuman yang mempunyai kadar gula tinggi, terutamanya daripada sirap jagung boleh meningkatkan risiko gout. Begitu juga pengambilan alkohol dalam kadar tinggi, terutamanya bir.
    • Obesiti. Berat badan yang tinggi menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik. Berat badan tinggi juga menyukarkan tubuh menyingkirkan asid urik.
    • Warisan. Jika ada ahli keluarga pernah menghidap gout, ada kemungkinan ia boleh turun kepada anda.
    • Keadaan kesihatan. Beberapa keadaan kesihatan kronik seperti kencing manis, obesiti, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang juga boleh meningkatkan risiko gout.
    • Ubat darah tinggi. Ubat darah tinggi seperti diuretik dan penyekat beta boleh meningkatkan risiko gout.
    • Ketidakseimbangan mikrobiom. Mikrobiom merupakan jutaan bakteria, virus dan kulat yang tinggal dalam usus kita dan mengawal sistem imun. Kebiasaannya, mikrobiom akan terkesan akibat penyakit melibatkan keradangan, seperti artritis.

    “Gout tu boleh menjatuhkan negara, Mi”

    Gout tidak boleh dirawat. Ia cuma boleh dikawal dan dikurangkan, dengan cara merendahkan tahap asid urik.

    Institut Artritis dan Rangka Otot dan Penyakit Kulit Kebangsaan Amerika Syarikat (NIAMS) mencadangkan langkah berikut untuk mengawal gout:

    • Turun berat badan. Mengurangkan berat badan melalui diet dan senaman boleh membantu mengurangkan tahap asid urik, sekali gus mengurangkan serangan gout.
    • Ubah diet. Kurangkan pengambilan minuman beralkohol (termasuk bir tanpa alkohol), air soda, daging merah dan organ haiwan serta makanan laut tertentu, terutamanya udang, ikan sardin dan ikan bilis.
    • Diet DASH. Diet DASH dapat mengurangkan tekanan darah tinggi serta tahap asid urik dalam darah.
    • Kurangkan kesakitan. Apabila diserang gout, cuba letakkan ais dan angkat tinggi sendi yang sakit. Ini dapat mengurangkan bengkak dan sakit. Juga, rehatkan sendi tersebut. Elakkan pergerakan melibatkannya.
    • Makan ubat. Dapatkan nasihat doktor untuk ubat-ubatan yang boleh mengurangkan rasa sakit apabila diserang gout.

    Untuk yang belum diserang gout, anda boleh ambil langkah pencegahan. Dan cara terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi purina.

    Minum air kosong dengan cukup juga boleh membantu kerana ia menambah baik fungsi buah pinggang dan mengelakkan dehidrasi.

    Menurut Cleveland Clinic, senaman yang kerap dapat mengurangkan tekanan pada sendi selain mengurangkan risiko obesiti. Tanpa faktor risiko tersebut, anda kurang berkemungkinan mendapat serangan gout. – RELEVAN

    Previous ArticleNikmati zaman muda sepenuhnya sebelum terlambat
    Next Article Hati-hati dengan rakan dalam talian

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.