Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elon Musk si jutawan genius yang mengubah dunia

    Elon Musk si jutawan genius yang mengubah dunia

    By Umi FatehahSeptember 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Elon Musk si jutawan genius yang mengubah dunia. - GAMBAR HIASAN AFP

    Tahukah anda bahawa orang paling kaya di dunia tidak hanya menikmati kekayaannya, malah mengubah cara dunia berfikir tentang teknologi? 

    Ya, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk adalah antara individu paling berpengaruh dalam membentuk masa depan teknologi global.

    Setakat September 2024, kekayaan Musk mencecah AS$239 bilion (RM1.123 trilion)! Namun, kekayaannya tidak datang bergolek. Dari automotif elektrik hingga penerokaan angkasa, usaha keras Musk telah menjadikannya tokoh penting dalam inovasi teknologi dan keusahawanan.

    Siapa Elon Musk?

    Musk dilahirkan pada 28 Jun 1971 di Pretoria, Afrika Selatan. Sejak kecil, minatnya terhadap teknologi sangat luar biasa. 

    Pada umur 12 tahun, Musk sudah mencipta dan menjual permainan video yang diprogramkannya sendiri, menghasilkan keuntungan sebanyak AS$500 (RM2,109.15). Bagi seorang kanak-kanak, jumlah itu sangat mengagumkan!

    Kisah kejayaannya membuktikan bahawa minat dan hobi yang dimanfaatkan dengan betul boleh membuka pintu kepada peluang yang lebih besar. Bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah boleh membangunkan kemahiran dan pengetahuan.

    Perjalanan pendidikan

    Pada umur 17 tahun, Musk berpindah ke Kanada untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Queen’s sebelum meneruskan pengajian di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat. Di sana, dia memperoleh ijazah dalam ekonomi dan fizik. 

    Namun, cita-citanya lebih besar. Musk sempat mendaftar untuk program PhD di Universiti Stanford tetapi hanya bertahan dua hari sebelum memutuskan untuk meninggalkan pengajian dan terus mengejar impiannya dalam dunia teknologi.

    Kejayaan awal: Zip2 dan PayPal

    Musk mula membangunkan syarikat pertamanya, Zip2 bersama abangnya, Kimbal. Syarikat itu mencipta perisian panduan bandar untuk syarikat akhbar dalam talian. Pada 1999, Zip2 dijual kepada Compaq dengan nilai AS$300 juta (RM1.27 bilion), menjadikan Musk jutawan.

    Tetapi, dia tidak berhenti di situ. Musk kemudian menubuhkan X.com, sebuah bank dalam talian yang akhirnya bergabung dengan syarikat perisian Confinity untuk membentuk PayPal. 

    Pada 2002, eBay membeli PayPal dengan harga AS$1.5 bilion (RM6.33 bilion). Keuntungan penjualan itu memberi Musk modal besar untuk terus meneroka bidang teknologi.

    Tesla: Revolusi kereta elektrik

    Musk tidak terlibat dalam penubuhan asal Tesla Motors tetapi pada 2004, dia menjadi pelabur utama. 

    Beberapa tahun kemudian, dia memimpin syarikat tersebut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan berjaya melancarkan model kereta elektrik pertama – Tesla Roadster, pada 2008.

    Kereta itu mendapat perhatian dunia dan Tesla mula menghasilkan lebih banyak model elektrik, membawa revolusi dalam industri automotif.

    Bukan sahaja kereta, Tesla juga menghasilkan peranti penyimpanan tenaga dan sistem tenaga solar. Pembelian SolarCity oleh Musk membolehkan Tesla terus memperluas pengaruhnya dalam industri tenaga hijau.

    Meluncur ke angkasa dengan SpaceX

    Selain Tesla, Musk juga mengasaskan SpaceX, sebuah syarikat penerokaan angkasa. SpaceX bekerjasama dengan NASA dan pada 2012 dan menghasilkan SpaceX Dragon – kapal angkasa komersial pertama yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). 

    Ia merupakan pencapaian besar yang meletakkan Musk sebagai peneraju dalam penerokaan angkasa lepas.

    Elon Musk hari ini

    Pada 2020, Tesla disenarai dalam S&P 500, menjadikannya salah satu syarikat terbesar di dunia. 

    Pada 2024, Elon Musk dinobatkan sebagai individu paling kaya di dunia tetapi bukan sekadar kekayaan yang membuatkan dia dikenali. Dedikasi dan inovasinya dalam teknologi telah memberi kesan besar kepada pelbagai industri – daripada automotif hingga angkasa lepas.

    Walaupun ada yang kurang menyukai peribadi atau perubahan yang dilakukan Musk, ada satu fakta yang tidak akan berubah. Kejayaan Musk dalam mencipta teknologi dan inovasi yang memberi manfaat kepada dunia tidak boleh disangkal sesiapa.

    Jadi, apa yang kita boleh belajar daripada Elon Musk? 

    Dedikasi, inovasi, dan keberanian untuk berfikir di luar kotak boleh membuka pintu kepada kejayaan yang luar biasa. Siapa tahu, mungkin anda juga boleh menjadi pencipta teknologi masa depan! – RELEVAN

    Previous ArticleRawat jerawat, pori dan garis penuaan dengan produk yang betul
    Next Article Baik buruk berkawan rapat dengan rakan sekerja

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.