Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rawat jerawat, pori dan garis penuaan dengan produk yang betul

    Rawat jerawat, pori dan garis penuaan dengan produk yang betul

    By Umi FatehahSeptember 24, 2024Updated:September 24, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rawat jerawat, pori dan garis penuaan dengan produk yang betul. - GAMBAR HIASAN ROSA ISELA/PEXELS

    JERAWAT, pori dan garis penuaan. Ketiga-tiga perkara itu menjadi masalah kulit utama yang dialami oleh lelaki dan perempuan tanpa mengira usia.

    Bayangkan situasi ini: setiap kali menatap cermin, kita menyedari ada jerawat baharu yang muncul atau pori-pori pada wajah kelihatan semakin besar. 

    Mungkin juga, ada garis-garis halus yang mula terbentuk di sekitar mata dan dahi. 

    Perasaan resah dan bimbang tidak dapat dielakkan. Kulit muka yang selama ini menjadi cerminan keyakinan berubah menjadi punca runtuhnya keyakinan diri.

    Pemakanan yang tidak seimbang dan banyak mengambil makanan berminyak dan manis menjadi salah satu penyebab jerawat. 

    Keadaan kulit muka boleh mempengaruh keyakinan diri. – GAMBAR HIASAN COTTONBRO/PEXELS

    Hormon yang tidak stabil pula boleh mencetuskan masalah kulit yang berpanjangan. Gaya hidup – sama ada terlalu stres atau kurang tidur mempercepat kemunculan garis penuaan.

    Lelaki sering mendapati kulit mereka lebih berminyak, menjadikan mereka lebih cenderung mempunyai jerawat dan pori besar. 

    Wanita pula, terutamanya mereka yang kerap memakai alat solek, perlu berhadapan dengan risiko pori tersumbat dan kulit yang terdedah kepada penuaan lebih awal jika tidak dijaga dengan baik.

    Namun, masih ada jalan penyelesaian. Salah satu cara untuk membaiki atau mengurangkan masalah tersebut adalah dengan menggunakan produk yang mempunyai kandungan yang betul. 

    Tetapi, apakah produk atau kandungan yang tepat untuk merawat jerawat, pori dan garis penuaan?

    1. Asid suksinik

    Asid suksinik ialah sejenis asid organik yang diperoleh daripada sumber semula jadi, seperti tumbuh-tumbuhan. 

    Asid suksinik berperanan mengawal pengeluaran minyak berlebihan (sebum) pada kulit. Ini penting kerana minyak berlebihan boleh menyebabkan pori tersumbat dan jerawat.

    Penggunaan asid itu secara berkala dapat membantu membaiki tekstur kulit, menjadikannya lebih halus dan lembut. Ia juga boleh membantu mengurangkan penampakan pori dan seterusnya membuatkan kulit kelihatan lebih mulus.

    1. Asid salisilik

    Asid salisilik ialah sejenis asid beta-hidroksi (BHA) yang banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit, terutamanya untuk merawat masalah kulit seperti jerawat. 

    Asid ini mampu menembusi jauh ke dalam pori-pori kulit untuk membersihkan sebum berlebihan, sel-sel kulit mati dan kotoran yang boleh menyebabkan pori tersumbat. 

    Salah satu faedah utama asid salisilik adalah keupayaannya untuk membuang lapisan luar sel-sel kulit mati dan mempercepat proses pembaharuan sel. 

    Dengan membersihkan pori tersumbat, asid salisilik mengurangkan pembentukan bintik hitam dan bintik putih, menjadikan kulit lebih licin dan bersih.

    1. Kompleks peptida

    Kompleks peptida merujuk kepada sekumpulan rantai asid amino yang berfungsi sebagai blok binaan protein seperti kolagen dan elastin. Bahan ini penting untuk mengekalkan kekuatan, keanjalan dan struktur kulit. 

    Seiring dengan usia yang semakin meningkat, kandungan protein kulit semakin berkurang. Hal ini menyebabkan kulit menjadi kendur dan garis penuaan semakin ketara. 

    Jadi, peptida memainkan peranan dengan menggalakkan penghasilan protein kulit secara semula jadi untuk melambatkan penuaan dan membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan segar.

    1. Asid hyaluronik

    Asid hyaluronik merupakan molekul semula jadi yang berfungsi mengekalkan kelembapan. Dalam penjagaan kulit, asid hyaluronik dikenali sebagai bahan pelembap yang sangat berkesan kerana ia mampu menahan air sehingga 1,000 kali ganda beratnya. 

    Ia sering digunakan dalam serum, pelembap dan produk antipenuaan kerana keupayaannya mengekalkan kelembapan dan memberi kesan hidrasi yang mendalam kepada kulit.

    Kulit yang terhidrat dengan baik akan kelihatan lebih licin dan berseri, serta mampu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. 

    Anda sudah tahu kandungan yang boleh merawat masalah jerawat, pori besar dan garis penuaan. Kini, anda perlu mencari pula produk yang mengandungi kesemua kandungan di atas. 

    Contoh produk yang ada di pasaran

    Antara produk yang mengandungi kandungan yang disebutkan ialah:

    • Naturopathica Rosemary and Salicylic Acid Acne Clearing Moisturizer

    Pelembab ini mengandungi asid salisilik. Seperti yang diterangkan di atas, asid ini berkesan untuk merawat bintik hitam dan mencegah jerawat.

    Selain itu, pelembab ini juga mengandung minyak pati rosemary. Walaupun ia boleh menghidrat, menenangkan dan baunya harum, minyak pati ini mungkin kurang bersesuaian dengan semua jenis kulit. 

    • Well Well Salicylic Acid 2% Serum + Hyaluronic Acid Moisturiser

    Gandingan sempurna antara asid salisilik dan asid hyaluronik akan membuatkan kulit anda lebih sihat dan bersih.

    Selain itu, ia juga mampu melambatkan penuaan. Meskipun peningkatan usia dan kedutan pada wajah tidak dapat dielakkan, kita mampu mengurangkan penampakannya agar kulit tidak mudah kendur dan kusam.

    Meskipun kedua-dua produk di atas mengandungi bahan penting bagi merawat jerawat, pori dan garis penuaan, harganya agak mahal. Tambahan pula, produk-produk tersebut merupakan produk antarabangsa.

    Harga produk sahaja sudah mahal, jika ditambah dengan kos penghantaran dari luar negara, anda mungkin perlu membayar harga yang mahal demi kecantikan.

    Namun begitu, ada juga produk tempatan buatan rakyat Malaysia sendiri yang boleh menjadi pilihan anda. 

    Salah satu produk tempatan yang dilengkapi semua kandungan di atas ialah Blumarine Refining Serum keluaran Kayman Beauty. 

    Blumarine Refining Serum oleh Kayman Beauty. – GAMBAR IHSAN KAYMAN BEAUTY

    Istimewanya serum itu, ia diformulasi menggunakan dua peratus asid salisilik terkapsul (encapsulated salicylic acid).

    Menurut pakar kimia yang mencipta formulasi Blumarine Refining Serum, Nur Faizah Mansor, asid salisilik terkapsul bersifat lebih lembut berbanding asid salisilik biasa. 

    Pakar kimia, Nur Faizah Mansor (kiri). – GAMBAR IHSAN KAYMAN BEAUTY

    “Kami menggunakan bahan itu bagi mengurangkan kadar kerengsaan pada kulit. Individu dengan kulit sensitif juga selamat untuk menggunakan serum ini.

    “Disebabkan bahan yang kami gunakan lebih lembut dan berkesan, tidak kiralah apa peringkat umur atau jenis kulit sekalipun, semua orang sesuai untuk menggunakan serum ini,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleHelah psikologi untuk bina tabiat menyimpan
    Next Article Elon Musk si jutawan genius yang mengubah dunia

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.