Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak ada pasangan, tidak ada masalah

    Tidak ada pasangan, tidak ada masalah

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 16, 2024Updated:September 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    A pedestrian walks along a flyover amid smoggy conditions in Ghaziabad on November 5, 2021. (Photo by Prakash SINGH / AFP) SEORANG lelaki berjalan di sebatang jalan raya dalam keadaan cuaca berjerebu di Ghaziabad, India, 5 November 2021. Terbitan Kosmo 07/01/2022

    “ORANG yang membujang sehingga ke hari tua selalunya lebih sunyi, tidak gembira.” 

    Namun, benarkah begitu? 

    Semua orang ingin hidup berpasangan. Ramai juga yang memasang cita-cita untuk berkahwin dan berkeluarga. Namun, bukan semua orang bertuah dalam pencarian cinta. 

    Situasinya seakan-akan sama seperti pencarian teman membuat tugasan (assignment) di universiti. 

    Jika pensyarah minta kita buat kumpulan berdua, pasti akan ada seorang manusia malang yang tidak ada pasangan. 

    Kebarangkaliannya rendah tetapi akan ada antara kita yang akan membujang sampai ke tua.

    Kadangkala mereka bukanlah tidak menarik atau bermasalah, cuma tuah tidak menyebelahi dalam perkara-perkara berkaitan cinta. 

    Pada pandangan orang lain, mereka nampak sunyi dan tidak gembira. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut adalah seorang wanita, tidak ada pasangan dan sudah berusia. Sudah pasti orang akan tanya, ‘bila dah tua siapa mahu jaga?’

    Sebenarnya, pemikiran sebegini hanyalah satu stereotaip yang dilemparkan kepada mereka yang sudah berusia tetapi masih bujang. 

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Marriage and Family, lelaki atau wanita yang tidak berkahwin sebenarnya sama gembira dengan orang yang sudah berkahwin atau berkeluarga. 

    Orang bujang tidak sunyi

    Kajian sama mendapati, wanita yang belum berkahwin tidak sunyi, malah kurang tertekan berbanding wanita sama usia yang sedang bercinta. 

    Ramai juga yang beranggapan lelaki yang tidak berkahwin lebih sengsara. Namun, itu juga tidak benar. 

    Malah, lelaki yang sudah berkahwin lebih berkemungkinan mengalami masalah mental seperti kegelisahan dan depresi. 

    Semakin berusia, lelaki dan wanita bujang akan semakin kurang berasa sunyi. Keinginan mereka untuk mempunyai pasangan juga berkurangan. 

    Pendek kata, mereka sudah terbiasa menyibukkan diri dengan kerja atau hobi masing-masing.

    Oleh sebab itu, menurut artikel yang ditulis oleh Bella DePaulo dalam The Washington Post, orang bujang mempunyai pelbagai pencapaian yang mungkin tidak dapat diraih sekiranya mereka berkeluarga.

    Mereka juga boleh buat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira perasaan atau kesannya kepada orang lain. Pendek kata, hidup orang bujang lebih spontan dan penuh kejutan.  

    Dalam kajian yang dimuatkan dalam jurnal Journal of Happiness Studies, orang bujang sangat menghargai kebebasan yang dinikmati. 

    Walaupun hubungan romantik itu penting, mereka dapati diri lebih gembira sekiranya dapat melakukan apa yang disukai tanpa sebarang halangan. 

    Malah, orang bujang juga tidak takut berhenti kerja atau mencuba perkara baharu. Perubahan dalam hidup merupakan satu perkara biasa bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan. 

    Bagi wanita pula, kebanyakan orang tidak percaya mereka boleh hidup aman damai walaupun tanpa pasangan. Oleh itu, mereka mengakui sedikit terkilan kerana terpaksa ‘menjelaskan’ kepada orang lain bahawa mereka tidak menderita. 

    Orang bujang lebih berisiko alami masalah kewangan 

    Namun, bukan semuanya indah bagi mereka yang memilih untuk membujang sehingga akhir hayat. 

    Kajian sama mendapati, lelaki atau wanita yang tidak berkahwin lebih berisiko mengalami masalah kewangan pada usia tua. Kebanyakan orang bujang yang berusia juga tidak mempunyai insurans kesihatan. 

    Tetapi mengapa? Semuanya disebabkan mereka ini hidup dengan satu pendapatan. Malah, sebarang bantuan kerajaan juga tidak memihak mereka yang bujang. 

    Bagaimanapun, kebanyakannya mampu hidup sendirian walaupun hingga ke akhir hayat. 

    Disebabkan mereka sudah biasa berseorangan, orang bujang sudah biasa melakukan kerja rumah dan menguruskan hal-hal kecemasan bersendirian. 

    Walaupun dipandang serong, orang yang membujang sehingga usia 60 tahun kebanyakannya bahagia, sama seperti orang lain. – RELEVAN

    Previous ArticleKenapa sekarang susah nak cari kerja?
    Next Article Kesetiaan media kepada pemerintah dalam filem The Post

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.