Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perancangan pusaka demi pemergian yang memudahkan

    Perancangan pusaka demi pemergian yang memudahkan

    By MOHAMAD FADZIL MOHAMADSeptember 9, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERANCANGAN pusaka membantu waris meneruskan kehidupan selepas pemergian ketua keluarga. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SEPERTI yang kita semua maklum, kematian adalah pasti. Bagi umat Islam, kita sering diingatkan tentang hakikat tersebut, sebagai mana firman Allah:

    “Bagi tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian”

    Surah Ali Imran, ayat 185

    Namun, persoalan yang perlu difikirkan, bagaimana mahu memastikan setiap kematian yang berlaku tidak meninggalkan beban kepada ahli keluarga? Lebih-lebih lagi jika yang pergi ialah pencari nafkah dalam keluarga.

    Tidak meninggalkan beban kepada ahli keluarga bermaksud waris-waris yang ditinggalkan tahu apa yang perlu dilakukan untuk meneruskan kehidupan. 

    Jawapan yang paling tepat: perancangan pusaka dan pengurusan harta sejak awal sebagai pelengkap kepada perancangan kewangan. 

    Ini bermakna, perancangan kewangan tidak akan lengkap tanpa memasukkan elemen perancangan pusaka dan pengurusan harta apabila kita meninggal dunia kelak.

    Demi kita, demi waris

    Kehilangan tunjang keluarga biasanya membawa impak yang besar kepada waris-waris yang ditinggalkan, terutamanya dalam aspek kewangan. Sebab itu penting untuk ada perlindungan kewangan.

    Dengan perlindungan kewangan, waris yang berhak akan menerima sejumlah pampasan wang selepas kematian untuk mengelakkan waris-waris yang ditinggalkan terabai. 

    Tanpa perlindungan dan perancangan, waris yang ditinggalkan mempunyai dua pilihan: (i) menurunkan taraf hidup atau (ii) menjual sebahagian harta yang masih dalam hutang/pinjaman agar tidak menanggung beban kewangan yang terlalu berat.

    Bagi orang Islam, perlindungan kewangan seperti Hibah Takaful ialah pilihan tepat untuk mereka yang mempunyai tanggungan. 

    Orang bukan Islam pula mempunyai pilihan yang lebih terbuka, sama ada memilih produk takaful atau insurans. Disebabkan insurans konvensional mempunyai unsur riba, maisir dan gharar, orang Islam tidak digalakkan melanggan produk tersebut.

    Tarik nafas lega kerana aku tak apa-apa

    Penyediaan takaful atau insurans ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Pampasan yang diterima waris akan dapat menampung kelangsungan hidup mereka seandainya ketua keluarga meninggal dunia.

    Ini sedikit sebanyak membantu waris menghela nafas lega ketika bersedih akibat kehilangan orang tersayang. 

    Bayangkan apabila anda meninggal dunia, waris-waris tak perlu bersusah payah memikirkan pendapatan keluarga yang bakal hilang, lebih-lebih lagi jika banyak komitmen belum terlunas, seperti pinjaman perumahan, kenderaan dan peribadi.

    Oleh itu, melaksanakan pengurusan sejak awal amat penting bagi memastikan nasib keluarga terbela. 

    Pilihan ada di tangan anda, terutamanya untuk yang masih muda. Memiliki perlindungan takaful atau insurans tidak merugikan memandangkan senarai komitmen masih belum panjang.

    Sehubungan itu, persiapkan diri dan keluarga untuk menghadapi hari yang mendatang. Mulakan dengan merancang pusaka demi masa hadapan mereka yang tersayang. – RELEVAN

    MOHAMAD FADZIL MOHAMAD merupakan pegawai Amanah Raya yang telah mengurus dan menyelesaikan pelbagai jenis kes pusaka dengan pengalaman selama lapan tahun. Pernah mewakili Amanah Raya dalam perbicaraan di Unit Pentadbiran Pusaka dan Mahkamah Tinggi selain menguruskan permohonan Sijil Faraid, Pengesahan Hibah dan Pengesahan Wasiat.

    Previous Article7 jenis rehat untuk capai kehidupan lebih sejahtera
    Next Article Bahaya jadi terlalu bijak di tempat kerja

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.