Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa kita perlu hormat Jalur Gemilang?

    Kenapa kita perlu hormat Jalur Gemilang?

    By Umi FatehahAugust 27, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa kita perlu hormat Jalur Gemilang?. - GAMBAR HIASAN MOHD FARIZWAN HASBULLAH

    SETIAP kali tibanya bulan Ogos, pendek kata setiap bucu, inci dan pelusuk kota raya akan dihiasi bendera Jalur Gemilang.

    Sinonim dengan bulan kemerdekaan, menggantung bendera merupakan salah satu cara kita zahirkan rasa patriotik kepada negara.

    Sering kita dengar orang berpesan, “jaga dan hormat bendera”. Tetapi mungkin ramai yang kurang faham pesanan tersebut. Apa yang perlu dilakukan untuk menghormati bendera?

    Walaupun niat kita cuma mahu menunjukkan semangat cintakan negara, ada adab dan pantang larangnya dalam menggunakan Jalur Gemilang yang sebelum ini mungkin tidak diketahui.

    Protokol kibar Jalur Gemilang. – INFOGRAFIK UTUSAN MALAYSIA

    ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui adab dan pantang larang ketika menggunakan Jalur Gemilang

    Berbalik kepada persoalan tadi: kenapa kita perlu hormat bendera?

    1. Tentang Jalur Gemilang

    Bendera kebangsaan Malaysia, iaitu Jalur Gemilang lebih daripada sekadar simbol patriotisme yang berkibar ditiup angin. Ia melambangkan semangat, identiti dan menjadi kebanggaan negara. 

    Setiap kibaran bendera mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan para perajurit negara untuk mencapai kemerdekaan. Setiap rona mengajarkan nilai-nilai rukun yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.

    1. Melambangkan identiti negara

    Jalur Gemilang adalah gambaran visual identiti Malaysia. 14 jalur merah dan putih berselang-seli pada bendera mewakili status sama rata bagi 13 negeri dan Wilayah Persekutuan. 

    Bulan sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Warna kuning yang digunakan pada kedua-dua lambang tersebut pula menjadi simbol kedaulatan Raja-Raja Melayu.

    14 bucu pada bintang membawa maksud perpaduan dan kerjasama semua negeri dalam Persekutuan manakala warna biru melambangkan perpaduan rakyat.

    Setiap elemen bendera menceritakan tentang siapa kita sebagai sebuah negara. Dengan menunjukkan penghormatan kepada Jalur Gemilang, kita mengakui dan menerima identiti yang diwakilinya. 

    Malaysia juga dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Maka, bendera juga berfungsi sebagai benang yang mengikat kita bersama. 

    Meskipun nasab keturunan, bahasa dan budaya berbeza-beza, kita berkongsi identiti kolektif, iaitu rakyat Malaysia. 

    1. Memuliakan pengorbanan para perajurit dan nenek moyang kita

    Upacara penurunan bendera kebangsaan Britain, Union Jack untuk digantikan dengan Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1957 menandakan Malaysia (pada ketika itu dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu) telah bebas daripada pemerintahan British.

    Kebebasan yang dinikmati hari ini dicapai melalui usaha dan pengorbanan individu yang tidak terkira banyaknya. 

    Menghormati Jalur Gemilang adalah satu cara untuk menghormati pengorbanan tersebut. Ia satu pengiktirafan kepada wira dan wirawati yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

    Setiap kali bendera dikibarkan, ingatlah bahawa kebebasan yang telah dinikmati selama 67 tahun ini tidak datang dengan percuma dan mudah. 

    Ia dicapai melalui keazaman dan pengorbanan mereka yang menentang penjajah dengan berani dan tidak takut mati. 

    Oleh itu, Jalur Gemilang bukan sekadar kebanggaan negara, malah kita wajib menghormatinya sebagai tanda penghargaan kepada perjuangan nenek moyang.

    Sebagai rakyat Malaysia, kita menggalas tanggungjawab untuk memastikan Jalur Gemilang terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang. 

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67, Malaysia. – RELEVAN

    Previous ArticlePenyakit Minamata dan keracunan metil merkuri
    Next Article Pekerja di Australia boleh abai panggilan majikan di luar waktu kerja

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.