Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ketahui adab dan pantang larang ketika menggunakan Jalur Gemilang

    Ketahui adab dan pantang larang ketika menggunakan Jalur Gemilang

    By Umi FatehahAugust 19, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bendera Malaysia, Jalur Gemilang. - GAMBAR HIASAN UTUSAN MALAYSIA

    TAHUN ini, negara kita bakal meraikan kemerdekaan negara yang ke-65 tahun. Setiap kali sambutan kemerdekaan, kita sering diceritakan tentang peristiwa malam 30 Ogos 1957 di mana orang ramai berkumpul untuk menyaksikan upacara penurunan bendera kebangsaan Britain, Union Jack bagi digantikan dengan bendera kebangsaan Tanah Melayu yang ketika itu masih tidak bernama.

    Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka. Bendera dinaikkan seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.

    Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada asalnya mempunyai 11 jalur melintang berwarna merah dan putih bersama bentuk bulan dan bintang kuning di atas hamparan berwarna biru. Sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, jalur pada bendera tersebut telah ditambah menjadi 14 jalur dan ia kekal sehingga hari ini.

    Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.  

    Kenali Jalur Gemilang

    Jalur pada bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju dan arah yang sama yang disemat dalam hati rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

    ‘Gemilang’ pula memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya.

    Dalam setiap sambutan kemerdekaan, rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing. Selain itu, sekolah-sekolah terutamanya sekolah rendah pula menganjurkan pelbagai pertandingan bertemakan kemerdekaan termasuk pertandingan menghias kelas dan pertandingan kostum berinspirasi daripada Jalur Gemilang.

    Walaupun niat kita cuma mahu menunjukkan semangat cintakan negara, ada adabnya dalam menggunakan Jalur Gemilang yang sebelum ini kita mungkin tidak tahu.

    Baru-baru ini, Media Mulia TV menemu bual Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka Jabatan Penerangan Malaysia, Nor Ezwaty Mohd Bahron.  Dalam temu bual tersebut, beliau telah menerangkan adab dan pantang larang dalam menggunakan Jalur Gemilang. 

    Relevan menghuraikan beberapa adab menurut perkongsian Nor Ezwaty seperti yang termaktub di dalam Akta 414, Akta Lambang Dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

    • Hasilkan kostum menggunakan bendera

    Kita sebenarnya tidak dibenarkan untuk memanipulasikan bendera. Ini membawa maksud bentuk bendera tidak boleh diubah menjadi baju, samping ataupun tengkolok.

    Jika mahu menghasilkan kostum bertemakan kemerdekaan sebaiknya gunakan warna-warna yang terdapat pada Jalur Gemilang sebagai inspirasi. 

    • Jalur Gemilang tidak boleh dibayangi objek lain

    Ini bermaksud, dalam penghasilan poster atau apa-apa visual sama ada secara digital atau lukisan tangan, bendera tidak boleh dibelakangi oleh objek lain. Sekiranya terdapat objek atau visual lain di hadapan, ini menunjukkan bentuk bendera sudah tidak sempurna. Jalur Gemilang perlu digambarkan dalam bentuk yang sempurna.

    • Menghias kenderaan dengan Jalur Gemilang

    Bagi yang mengambil bendera dan membalut sebahagian kenderaan atau seluruh kenderaan, ini sudah dikira melanggar adab Jalur Gemilang. Jika mahu menghias kereta dengan bendera, sebaiknya gunakan bendera kecil dan letakkan di atas bumbung kenderaan. Bendera hanya boleh dikibarkan sahaja dan tidak boleh diubah suai bentuknya.

    Jalur Gemilang merupakan bendera kebangsaan negara Malaysia. Ia menjadi lambang kedaulatan negara.  Hormati bendera kita kerana ia menjadi simbol maruah negara. – RELEVAN

     

    featured jalur gemilang Merdeka
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.