Facebook Twitter
    Trending
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perbandingan ialah pencuri rasa gembira

    Perbandingan ialah pencuri rasa gembira

    By August 21, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    perbandingan
    Sering membandingkan diri dengan orang lain merupakan perkara sia-sia yang hanya akan menyebabkan keresahan. - GAMBAR HIASAN/ FREEPIK

    PERBANDINGAN ialah pencuri rasa gembira (comparison is the thief of joy). Itu merupakan kata-kata yang pernah diungkapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-26, Theodore Roosevelt Jr.

    Roosevelt melakar sejarah setelah dilantik sebagai presiden termuda AS pada usia 43 tahun, selepas pembunuhan presiden sebelumnya, William McKinley pada 1901.

    Usai pelantikannya, Roosevelt berjanji akan menjadi “steward of the people” (pelayan rakyat) dan tidak akan sesekali menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan peribadi. 

    Malah, beliau juga pernah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan setelah menjadi orang tengah yang menjadi penyelesai Perang Jepun-Rusia. 

    Tidak pasti bila Roosevelt mengutarakan kata-kata tersebut. Carian saya dalam Google juga tidak membuahkan sebarang hasil.

    Bagaimanapun, ungkapan tersebut membawa maksud yang sangat besar. Ia mengingatkan kita bahawa perbandingan sering datang dengan pemikiran negatif yang boleh membunuh kebahagiaan diri. 

    Manakan tidak, perbandingan membuatkan kita rasa sangsi dengan kejayaan sendiri.

    Tambahan pula, dengan wujudnya media sosial, sukar untuk manusia tidak membuat perbandingan antara diri sendiri dengan orang lain. 

    Kini, sebarang hantaran yang sepatutnya menimbulkan rasa gembira mungkin disalah tafsir oleh sesetengah orang. 

    Siapa tahu dalam diam ada yang terasa hati dengan kejayaan yang dikecapi. Ada pula yang rasa rendah diri melihat diri yang seakan-akan masih di takuk yang lama. 

    Mengapa manusia bandingkan diri?

    kegembiraan
    Manusia merupakan makhluk kompetitif. Jadi tidak hairanlah kita suka membandingkan pencapaian diri dengan orang lain. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut Psychology Today, manusia membandingkan diri dengan orang lain sebagai satu cara untuk mengukur pencapaian diri, sama ada dari aspek kerjaya, hubungan atau pencapaian peribadi.

    Ada juga yang melihat kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat. 

    Jangan lupa, manusia bersifat kompetitif. Melihat kejayaan orang lain boleh membuatkan kita melipatgandakan usaha supaya pencapaian diri setaraf dengan rakan-rakan lain. 

    Ini merupakan satu sisi positif sikap sering membandingkan diri dengan orang lain. 

    Sebagai manusia, ada dua jenis perbandingan yang sering kita lakukan, iaitu perbandingan ke atas dan ke bawah. 

    Seperti namanya, perbandingan ke atas bermaksud kita membandingkan diri dengan orang yang lebih bagus. 

    Perbandingan ke bawah pula menandakan kita sering membandingkan diri dengan orang yang kurang berjaya. Kajian mendapati, perbandingan jenis akan akan membuatkan kita rasa gembira. 

    Bagaimanapun, kedua-duanya ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya, ia boleh memupuk perasaan ego, cemburu, terlalu yakin dan kesombongan dalam diri. 

    Namun, manusia juga boleh menjadi berat sebelah (bias) ketika membandingkan diri dengan orang lain. 

    Jika anda merupakan orang yang aktif bersenam, jangan bandingkan diri dengan atlet Olimpik. Itu merupakan satu perbandingan tidak realistik dan boleh memakan diri. 

    Artikel berkaitan: Media sosial bukan diari peribadi anda

    Artikel berkaitan: Kurangkan ketagihan TikTok, ubah tabiat demi kehidupan sejahtera

    Jangan jatuh dalam perangkap perbandingan diri

    perbandingan
    Terlalu banyak menatal media sosial boleh membuatkan kita menjadi resah sehingga sukar fokus pada perkara yang penting. – GAMBAR HIASAN SARA KURFESS/UNSPLASH

    Tidak dinafikan, kewujudan media sosial telah membuatkan kita menjadi FOMO (takut ketinggalan). 

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal International Journal of Environmental Research and Public Health, FOMO boleh menyebabkan kita menjadi resah, suka tidur malam dan tidak boleh fokus ketika melakukan kerja harian. 

    Malah, ia juga boleh menyebabkan kita semakin bergantung kepada penggunaan media sosial kerana rasa takut ketinggalan. Akibatnya, kita akan jadi semakin resah. Namun, penggunaan media sosial tidak pula berkurangan. 

    Kajian sama turut mendedahkan kebanyakan orang akan rasa lebih teruk tentang diri sendiri sekiranya terlalu lama menghabiskan masa menatal media sosial. 

    Menurut Forbes, sikap kerap membandingkan diri juga boleh menyebabkan seseorang itu jatuh bankrap. 

    Mereka mendapati, sekiranya seorang penduduk di sebuah taman menang loteri, jiran-jirannya bekemungkinan besar akan menghabiskan duit untuk beli perabot baharu kerana ‘tidak mahu ketinggalan’.

    Benar, memang seronok jika kita mampu beli rumah besar, pakai kereta mewah dan mengenakan pakaian berjenama. Tetapi, adakah pembaziran tersebut setimpal dengan rasa gembira yang mungkin singgah sesaat cuma?

    Tidak salah jika anda ingin memiliki barang berjenama. Walau bagaimanapun, ukurlah baju di badan sendiri. Tidak perlu ikut orang lain hanya semata-mata ingin membuatkan orang lain berasa kagum. 

    Benarlah, perbandingan itu pencuri rasa gembira. Sebagai manusia, kita mungkin tidak dapat mengelak daripada merasakan diri kita lebih atau kurang daripada orang lain. 

    Petikan comparison is the thief of joy mengingatkan saya kepada satu baris puisi oleh Max Ehrmann yang bertajuk Desiderata. 

    “Jika anda selalu membandingkan diri dengan orang lain, anda mungkin akan jadi manusia yang kosong, lompong dan pendengki, kerana akan sentiasa ada orang lain yang lebih berjaya dan lebih sengsara.” – RELEVAN

    featured fomo media sosial membandingkan diri membandingkan diri dengan orang lain perbandingan

    Artikel berkaitan

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025
    Artikel Terkini

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.