Facebook Twitter
    Trending
    • Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya
    • Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat
    • Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama
    • Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda
    • Risiko guna telefon sambil makan
    • Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling
    • Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini
    • Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026

      Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

      April 29, 2026

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026
    • Kewangan

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026
    • Pendidikan

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026

      Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

      April 29, 2026

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026
    • Kerjaya

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kami menulis untuk siapa?

    Kami menulis untuk siapa?

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAK semua orang ada cukup wang untuk diurus, maka perkongsian pengurusan kewangan untuk apa? - GAMBAR HIASAN/KU SYAFIQ (Relevan)

    ENAM tahun lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan laporan yang mendapati, kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia tidak boleh menyediakan RM1,000 ketika kecemasan.

    Itu mungkin laporan komprehensif terakhir yang diterbitkan. Selepas enam tahun, sama ada situasi menjadi lebih baik atau tidak, tak dapat dipastikan.

    Tapi kita tahu, dua tahun selepas laporan tersebut, dunia dimendungi pandemik. Ramai yang terkesan, termasuk dari segi ekonomi.

    Pekerjaan hilang, pendapatan menyusut dan untuk meneruskan kehidupan, ramai yang terpaksa mengorbankan simpanan persaraan.

    Negara sudah pulih daripada impak pandemik. Ini dapat dilihat dalam statistik-statistik ekonomi dalam tempoh dua tahun ini. Namun, adakah kocek rakyat kebanyakan juga sudah pulih?

    Gaji cukup makan

    Masalah kadar gaji menjadi barah yang sekian lama mengancam kewangan rakyat. Kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada 2021 mendapati, 60 peratus graduan baharu menerima gaji di bawah paras RM2,000.

    Jika mereka hidup di bandar, kadar itu hanya cukup makan untuk menjalani kehidupan sederhana. Itu mereka yang berstatus graduan, ada kelulusan. Bagaimana dengan yang tiada?

    Kerajaan tak mahu lagi guna kategori B40, M40 dan T20. Kali terakhir Jabatan Perangkaan menerbitkan statistik berkenaan kategori tersebut adalah pada Julai tahun lalu.

    Menurut statistik tersebut, terdapat lebih tiga juta isi rumah di Malaysia berpendapatan bawah RM5,000. Itu golongan B40. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Cara terbaik dapatkan wang tambahan

    Mengambil kira anggaran yang dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui aplikasi Belanjawanku, sebuah keluarga dengan dua anak memerlukan antara RM5,430 hingga RM6,890 untuk hidup secara wajar. 

    Merujuk statistik Jabatan Perangkaan semula, ada hampir empat juta isi rumah tidak mencapai jumlah pendapatan tersebut.

    Ini membuatkan kami di Relevan berfikir, segala tip dan nasihat kewangan yang ditulis dalam portal ini sebenarnya untuk siapa?

    Tiada wang untuk diurus

    Kami mencadangkan belanjawan, simpanan dan pelbagai kaedah bagi memastikan kewangan terjaga. Tapi untuk empat juta isi rumah yang belum mencapai pendapatan kehidupan wajar, adakah mereka mampu menurut tip dan nasihat kami?

    Dalam 75 peratus rakyat Malaysia yang tak mampu menyimpan waima RM1,000, ada yang sedemikian kerana kealpaan sendiri. Duit ada tapi dibelanja sesuka hati tanpa memikirkan simpanan.

    Namun, mungkin lebih ramai yang tidak menyimpan sebab memang tak ada duit untuk disimpan. Pendapatan mereka cukup-cukup makan. Untuk golongan sebegini, kecelikan kewangan tidak membawa impak yang besar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sampai bila nak hidup dengan gaji cukup makan?

    Kemampuan mereka untuk meningkatkan pendapatan yang lebih penting. Sebab tip dan nasihat yang disediakan dalam Relevan hanya untuk mereka yang ada wang untuk diurus. Kalau wang hanya cukup untuk keperluan asas, secara logiknya, mereka tiada apa-apa yang nak diurus. 

    Ini mungkin dilema peribadi tapi saya mahu catatkan juga kecanggungan menulis pelbagai nasihat kewangan sedangkan saya dikelilingi kawan dan keluarga yang mengais pendapatan secukup makan.

    Kadang-kadang rasa serba salah nak kongsi artikel sendiri sebab saya tahu, mereka tak ada sumber untuk mengikuti apa yang dinasihatkan.

    Harapnya perkongsian kami memberi manfaat kepada yang mampu dan lebih penting lagi, kami berharap lebih ramai pembaca yang dapat keluar dari belenggu kemiskinan, sekali gus mampu menguruskan kewangan dengan panduan yang kami sediakan. – RELEVAN

    Previous ArticleKisah Icarus yang terbang terlalu dekat dengan matahari
    Next Article Perjalanan mencari disiplin diri

    Artikel berkaitan

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    May 1, 2026

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    May 1, 2026

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026
    Artikel Terkini

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    May 1, 2026

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    May 1, 2026

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.