Facebook Twitter
    Trending
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu kerja bersungguh atau ala kadar saja?

    Mahu kerja bersungguh atau ala kadar saja?

    By July 23, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    “KITA kerja kuat-kuat, nanti mati, majikan ganti kita dengan orang lain juga,” kata kawan saya. Waktu itu kami tinggal berdua di pejabat, menghampiri lewat malam.

    Hanya kami berdua di situ, kawasan lain dalam pejabat dah gelap. Sudah tiga jam sejak waktu bekerja habis tapi kami masih di situ, menyiapkan laporan khas yang perlu dihantar esok.

    “Aku ini terdesak. Kalau tak kerja, takkan nak bagi anak bini makan pasir? Tapi kau bujang lagi, pergilah cari kerja tempat lain,” kata kawan saya, sambil matanya terpaku pada skrin, jarinya laju menaip.

    Bunyi papan kekunci kami berlaga-laga. Ada masa ia rawak, ada masa bermelodi. Dalam kepala saya, itu ambien paling tenang dalam dunia. Kalah bunyi arus sungai yang memecah sepi hutan. Sebab saya suka kerja ini.

    “Tak berbaloi,” suara kawan saya merendah. Bibirnya mengukir senyum tipis yang sinis. “Kerja macam orang gila tapi tak dihargai”.

    Renggang diri dengan kerja

    Cerita di atas hanya rekaan. Saya sedang berseorang di pejabat ketika menaip artikel ini. Cuma saya bayangkan ada seorang kawan di sebelah yang pesimis dengan situasi kerja kami.

    Nak membayangkan itu tak susah sebab memang pernah ada kawan yang mengadu hal sama dengan saya, tak lama dulu. Dia semacam putus asa dengan kerja sebab rasa tak dihargai majikan dan pengurus atasan. Tapi ceritanya lebih rumit, tak sesuai dicatat di sini.

    Saya juga banyak membaca hal sama dalam media sosial. Banyak nasihat tentang merenggangkan diri dengan kerja. Jangan bersungguh sangat kerja sebab kalau kita mati nanti, syarikat akan segera cari pengganti.

    Saya faham sentimennya tapi hati tak boleh nak bersetuju. Nak menerangkan ketidaksetujuan itu bukan mudah. Saya dah cuba Google, haram tak jumpa jawapan. Tapi saya nak cuba juga terangkan.

    Pertama, kalau hujah untuk tidak bekerja bersungguh itu sebab kita akan diganti selepas mati, saya susah nak terima. Sebab saya yakin, selepas roh saya terpisah dari jasad nanti, tak ada hal tentang dunia yang boleh saya fikirkan.

    Saya banyak dosa. Pasti nanti roh saya sibuk memikirkan dosa-dosa silam. Bos nak cari ganti dah tak penting. Ada hukuman akhirat yang saya nak hadap.

    Kedua, saya buat kerja bersungguh sebab saya suka. Ini sepenuhnya motivasi dalaman. Berseorang di pejabat ketika orang lain sudah berbaring di rumah bukan untuk memuaskan hati sesiapa kecuali diri sendiri.

    Saya tambah baik kemahiran, belajar dan belajar menulis dengan lebih baik sebab saya sukakan kerja menulis. Bukan untuk kagumkan bos atau orang lain. 

    Jadi, “kerja bersungguh” yang orang lain nampak ini adalah usaha saya mengisi makna dalam hidup. Bukankah itu tujuan kita hidup, untuk mencari makna sebelum tubuh terlerai dalam tanah nanti?

    John yang suka senyum

    Saya teringatkan John Keating. Watak lakonan Robin Williams dalam filem Dead Poets Society itu antara yang paling membekas.

    Dia selalu senyum pada awal filem. Saya fikir, itu sebab dia dapat buat kerja yang dia suka – mengajar. 

    Dari awal hingga babak peleraian pada akhir filem, John menunjukkan nyala rasa yang terang terhadap kerjayanya. Dia malah berani melanggar kelaziman dalam pengajaran, memilih kaedah yang tidak ortodoks.

    Semua itu risiko sebab dia tahu, guru-guru ‘otai’ di sekolah itu tidak akan bersetuju dengan kaedahnya. Tapi kerana nyala rasa, dia teruskan juga.

    Akhirnya, anak muridnya yang berpotensi tinggi, Neil Perry membunuh diri kerana tekanan keluarga. Anak muridnya yang lain dipaksa memalsukan pengakuan, mendakwa John yang menyebabkan kematian Neil.

    Dia dibuang kerja. Nyala rasanya dipadam paksa oleh ketidakadilan.

    Pada akhir filem, John diberi tabik oleh murid-muridnya yang berdiri di atas meja ketika dia melangkah keluar dari kelas. Dia hilang kerja, hilang nyala rasa tapi masih dapat penghargaan dari kumpulan terpenting dalam kerjayanya, iaitu anak murid.

    Saya selalu fikir, kalau saya jadi John, saya akan gembira atau menyesal?

    Antara hak dengan pilihan

    Berbalik kepada hal kerja bersungguh tadi, saya fikir, setiap orang akan ada alasan tersendiri atas tindakannya.

    Ada yang kerja bersungguh sebab sukakan kerjanya. Ada yang bersungguh untuk dapat perhatian bos, sebab dia perlukan kenaikan gaji untuk tampung perbelanjaan keluarga. 

    Ada juga yang kerja ala kadar sebab tak dapat penghargaan. Ada yang tersekat dalam kerjaya bukan pilihan, membuatkan dia tak mampu nak beri sepenuh hati untuk kerjaya.

    Semua ini tidak membawa masalah asalkan kita masih berlaku adil, tidak menzalimi rakan sekerja lain. Mahu kerja bersungguh atau tidak, ia sebahagian hak anda sebagai pekerja. 

    Sebab asasnya, anda hanya perlu buat kerja yang diwajibkan dalam kontrak bersama majikan. Mahu buat lebih, itu pilihan.

    Dan ini membawa saya kembali kepada angan-angan awal tadi. Tentang rakan rekaan yang ada di sebelah, mengeluh tentang kerja sambil jari laju menaip laporan.

    Kalau angan-angan itu kenyataan, mendengar keluhannya, saya mahu tersenyum semesra John Keating sambil mengangguk pada setiap kata-katanya.

    Sebab kita tak perlu membantah semua yang tidak disetujui. Ramai orang mengeluh hanya untuk didengari. Kita hanya perlu mendengar, mengangguk dan iktiraf perasaannya. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.