Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 Tip ulang kaji pada saat akhir

    7 Tip ulang kaji pada saat akhir

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 17, 2024Updated:July 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ulang kaji
    Kajian menunjukkan, hampir 48 peratus pelajar bawah 24 tahun gemar mengulang kaji pelajaran pada saat akhir. - GAMBAR HIASAN FIRMBEE/UNSPLASH

    MENGULANG kaji pelajaran pada saat akhir merupakan perkara biasa bagi pelajar. Saya pasti, semua orang pernah mengorbankan tidur malam untuk mengingat dan menghafal poin-poin penting dengan harapan ia akan masuk dalam peperiksaan pada keesokan hari.

    Bagaimanapun, sukar untuk kekal fokus sekiranya badan sudah penat. Ditambah pula dengan kehadiran telefon pintar, segala notifikasi yang masuk melalui aplikasi seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp sudah pasti akan menganggu produktiviti.

    Menurut kajian oleh Chartered Institute of Education Assessors (CIEA) terhadap 1,500 pelajar dari Universiti Indiana, hampir 48 peratus pelajar bawah 24 tahun mengakui terpaksa mengorbankan tidur malam semata-mata untuk mengulang kaji pelajaran pada saat akhir.

    Kadangkala, pelajar bukanlah sengaja menangguhkan ulang kaji pada saat akhir. Tetapi, ada banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan seperti kerja rumah, kelas tambahan dan aktiviti lain yang turut menagih komitmen masa tersendiri.

    Tambah lagi, rasa stres dan gelisah kerana terpaksa mengulang kaji saat akhir juga boleh mengganggu tumpuan. Sebab itulah, belajar pada saat akhir selalunya tidak membuahkan sebarang hasil. Kebanyakan pelajar akan rasa terlalu penat dan sukar untuk menumpukan perhatian.

    Akhirnya, keputusan peperiksaan tidaklah secemerlang mana. Bukankah lebih baik tidur sahaja daripada penat-penat bersengkang mata sepanjang malam?

    Namun, bagaimana ada sesetengah orang boleh mendapat keputusan yang baik walaupun belajar pada saat akhir? Rahsianya terletak pada strategi mengulang kaji yang lebih berkesan.

    Asas jika ingin belajar saat akhir

    ULANG KAJI
    Pilih tempat belajar yang selesa jika ingin belajar dengan lebih efektif – GAMBAR HIASAN MINDANDI/FREEPIK

    Sekiranya anda memilih untuk belajar pada saat-saat akhir, ada beberapa perkara yang perlu disediakan. Antaranya:

    1. Pilih tempat belajar yang selesa – Simpan telefon pintar dan cari tempat yang sunyi serta jauh dari sebarang gangguan.
    2. Sediakan alat tulis yang diperlukan – Pastikan anda mempunyai pen, pensil dan kertas yang mencukupi. Jika anda suka gunakan warna, pastikan anda ada pen penyerlah (highlighter) dan nota lekat berhampiran.
    3. Beri masa untuk otak rehat – Jika belajar selama satu jam, pastikan anda peruntukkan sekurang-kurangnya lima minit untuk berehat.
    4. Pastikan anda tidur dengan cukup dan jangan tinggal waktu makan – Tidur dan makan yang cukup dapat membantu anda kekal bertenaga pada hari peperiksaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Anak tidak minat belajar? Buat perkara ini untuk pupuk minat mereka

    ARTIKEL BERKAITAN: Belajar tentang kewangan dengan Monopoly

    Strategi utama

    Buat latihan untuk uji kefahaman diri sendiri. – GAMBAR HIASAN HEADWAY/UNSPLASH

    Jangan cuba untuk ‘sumbat’ segala maklumat dalam kepala pada saat-saat akhir. Ini adalah kesalahan pelajar yang paling lazim dilakukan pada minggu peperiksaan.

    Cuba lakukan sesuatu yang sedikit berbeza. Kali ini, Relevan akan kongsikan beberapa strategi yang mungkin dapat membantu:

    1. Kenal pasti topik penting

    Fokus pada konsep penting, formula atau fakta yang berkemungkinan ditanya pada waktu peperiksaan. Buat jadual ringkas supaya anda tidak membaca satu topik terlalu lama sehingga tidak mampu menghabiskan ulang kaji pada masanya.

    2. Baca sambil tulis

    Pastikan tangan anda bergerak ketika mengulang kaji pelajaran. Sediakan kertas kosong dan tulis isi penting dalam satu-satu topik. Hafal menggunakan nemonik (gabungan perkataan atau nama yang digunakan untuk memudahkan proses mengingat) jika perlu.

    Selain itu, anda juga boleh terangkan konsep tertentu kepada rakan. Kadangkala, cara ini boleh membuatkan anda mengingat dengan lebih baik.

    3. Buat latihan

    Setelah habis mengulang kaji satu-satu topik, cuba buat latihan untuk uji kefahaman masing-masing. Rujuk ujian atau kuiz sebelumnya untuk kenal pasti soalan popular serta format soalan yang selalu ditanya dalam peperiksaan.

    4. Fokus pada topik lemah

    Luangkan lebih banyak masa untuk ulang kaji topik yang sukar. Satu cara untuk kenal pasti topik mana yang belum dikuasai adalah dengan melakukan latihan atau dengan menyemak semula kesalahan dalam ujian terdahulu.

    5. Belajar secara teratur

    Buat nota ringkas untuk memudahkan pembacaan semula. Selain itu, anda juga boleh gunakan pen penyerlah jika perlu untuk pastikan fakta tertentu nampak lebih jelas. Gunakan kad imbas (flashcard) atau carta bagi memudahkan proses mengingat.

    6. Jangan abaikan diri

    Belajar, belajar juga. Namun, jangan sesekali abaikan kesihatan diri. Pastikan anda tidur dengan cukup dan makan tepat pada masanya. Sediakan air kosong untuk pastikan anda kekal terhidrat.

    7. Minta tolong orang lain jika perlu

    Jika anda mempunyai masalah untuk memahami topik tertentu, minta tolong rakan untuk jelaskannya. Jangan malu untuk meminta tolong. Kadangkala, proses ulang kaji jadi lebih mudah jika ada orang lain yang membantu.

    Ingatlah…

    Jangan biasakan diri mengulang kaji pada saat akhir. Cara belajar terbaik adalah dengan mengulang kaji secara sistematik dan berstruktur. Belajar saat akhir hanya akan:

    • Membuatkan anda mudah lupa.
    • Menjadikan anda orang yang gemar melakukan sesuatu pada saat akhir.
    • Menyebabkan anda berhadapan dengan stres yang dahsyat pada minggu peperiksaan.

    Sebenarnya, ada banyak strategi untuk belajar dengan lebih efektif. Tinggalkan amalan buruk belajar pada saat akhir jika tidak mahu keputusan peperiksaan nanti sekadar cukup makan. – RELEVAN

    Previous ArticleReda Coffee yang membandung kopi dengan muzik
    Next Article Makanan kaya dengan kolagen untuk kekal awet muda

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.