Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    • Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    • Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    • Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026
    • Kewangan

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UiTM dan FRIM ganding bahu terap cinta alam sekitar dalam kalangan anak muda

    UiTM dan FRIM ganding bahu terap cinta alam sekitar dalam kalangan anak muda

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 1, 2024Updated:July 2, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGETUA KTEA, Saiful Hisham (tiga dari kiri) bersama Ketua Unit Perhubungan Awam, Pengurusan Acara dan Perhubungan Media, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Nora Nordin (tiga dari kanan) menyiram pokok yang ditanam dalam program GlowINC Green. - GAMBAR IHSAN UITM

    BAGI memupuk kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menanam 30 anak pokok menerusi program GLOWINC GREEN: READY, SET, GLOW (GlowINC Green) di Kuantan, 26 Jun lalu. 

    Menurut Ketua Pengarah FRIM, Dr. Ismail Parlan, usaha tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok yang telah bermula sejak 2021 sehingga 2025.

    Beliau berkata, kerjasama tersebut juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada anak muda untuk berbakti terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

    “Penghijauan Malaysia adalah sebuah tanggungjawab yang kita ingin semai kepada rakyat dalam usaha memastikan hutan di negara ini sentiasa dipelihara dan dipulihara.

    “Saya amat berbangga dengan minat yang ditunjukkan pelajar tahun akhir Komunikasi Antarapersonal UiTM Shah Alam untuk turut menyumbang usaha dalam menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini,” katanya. 

    Difahamkan, program yang dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam Astana (KTEA) Kuantan itu berjaya menarik minat lebih 200 peserta yang terdiri daripada guru-guru, wakil pensyarah dan mahasiswa UiTM.

    Kempen Penanaman 100 juta Pokok yang diterajui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan penglibatan aktif daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah, FRIM serta Yayasan Hijau Malaysia ini telah menyaksikan kejayaan penanaman sebanyak 89,876,122 pokok sehingga kini.

    Perkara tersebut dapat direalisasikan dengan sokongan dan sumbangan pelbagai pihak termasuk pusat-pusat pengajian tinggi, sekolah-sekolah, jabatan serta agensi kerajaan yang lain, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta. – RELEVAN

    Previous ArticleTangis, tawa, konfeti rasa dalam teater Persiapan Seorang Aktor
    Next Article Berat badan tak turun-turun, ini punca dan cara mengatasinya

    Artikel berkaitan

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.