Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Defisit kerja wajar: cabaran-cabaran untuk pekerja di Malaysia menikmati hidup wajar

    Defisit kerja wajar: cabaran-cabaran untuk pekerja di Malaysia menikmati hidup wajar

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 5, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    EKONOMI gig antara sektor yang sukar mendapat kerja yang wajar, terutamanya dari segi perlindungan sosial. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PERBUALAN tentang pekerjaan yang wajar sudah berlangsung lama dan ia menjadi lebih signifikan apabila Keadilan Sosial dan Kerja Wajar untuk Semua diangkat sebagai tema Hari Pekerja global pada 1 Mei lalu.

    Kerja yang wajar meliputi pelbagai aspek. Pertumbuhan Buruh Antarabangsa (ILO) meletakkan empat lingkungan substantif, iaitu guna tenaga penuh dan produktif, hak di tempat kerja, perlindungan sosial dan galakan dialog sosial.

    Keempat-empat lingkungan tersebut boleh diukur melalui indikator-indikator dalam 10 sublingkungan.

    Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perkembangan tuntutan kerja wajar. Pada 2019, Program Negara Kerja Wajar (DWCP) telah dilancarkan.

    Ia merupakan rangka kerja yang melibatkan kerjasama ILO, kerajaan Malaysia, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi menggalakkan kerja yang wajar untuk semua.

    “Mempunyai kerja tidak semestinya menjamin kerja yang wajar,” tulis Hawati Abdul Hamid yang menggelar kekurangan-kekurangan dalam lingkungan pasaran pekerjaan, dalam konteks kewajaran pekerjaan, sebagai defisit kerja wajar.

    Dalam artikelnya yang bertajuk Tackle Decent Work Deficits for Sustainable Growth, penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) itu menghurai defisit kerja wajar di Malaysia berdasarkan lima indikator.

    • Gaji wajar

    Kerja yang wajar membolehkan pekerja menjalani kehidupan yang wajar. Antara faktor penting untuk kehidupan wajar ialah pendapatan. Wajarkah gaji yang diperoleh pekerja di Malaysia?

    Pastilah berbeza untuk setiap orang tetapi secara keseluruhannya, gaji untuk pekerja di Malaysia masih rendah.

    Kajian Belanjawanku oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan julat RM2,060 (di Alor Setar) hingga RM2,600 (di Lembah Kelang) sebagai gaji yang wajar untuk individu bujang di kawasan bandar.

    Ia lebih tinggi berbanding gaji minimum yang diwajibkan, iaitu RM1,500 dan gaji median rakyat Malaysia pada 2022 ialah RM2,424.

    Hawati meletakkan anggaran kira-kira separuh individu bujang di Malaysia menerima gaji di bawah paras yang membolehkan mereka menjalani kehidupan wajar.

    • Jam bekerja

    Satu lagi komponen penting kerja wajar ialah jam bekerja. Waktu berlebihan yang diluangkan untuk bekerja (lebih 48 jam seminggu) boleh memberi kesan kepada kualiti hidup pekerja dan mungkin menjadi petanda upah per jam yang rendah.

    Di Malaysia, secara am, jam bekerja berlebihan bukan masalah yang lazim. Bagaimanapun, ada jenis pekerjaan yang biasanya menuntut waktu bekerja yang panjang dan berlebihan.

    Contoh jelas ialah pekerjaan yang melibatkan aktiviti isi rumah seperti pekerja domestik yang secara purata bekerja 70 jam seminggu. 

    Ini diikuti pekerja sektor perlombongan (49.3 jam) dan aktiviti perkhidmatan sokongan (49 jam). Dari segi jenis pekerjaan, operator mesin bekerja sehingga 49.8 jam seminggu.

    Kurang jam bekerja juga boleh menjadi masalah. Pekerja yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu tergolong dalam kategori guna tenaga tidak penuh berkaitan masa. 

    Ini kebanyakannya melibatkan mereka yang bekerja sendiri yang turut diancam ketidakstabilan kerja, pendapatan tak tentu dan kekurangan perlindungan sosial.

    • Ketidaksepadanan kerja

    Kerja yang wajar turut mengambil kira kesepadanan pekerjaan dan gaji dengan kelayakan serta kemahiran pekerja. Tidak ketinggalan, kemajuan kerjaya dengan prospek pendapatan yang lebih tinggi.

    Ini biasanya berkaitan pekerjaan mahir dengan peluang latihan peningkatan kemahiran yang membolehkan pekerja mendapat gaji yang lebih tinggi.

    Bagaimanapun, masalah yang semakin terserlah kini ialah guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran, iaitu pekerja dengan kelayakan tinggi yang terpaksa menerima kerja dengan kelayakan rendah.

    Ini terjadi disebabkan jurang penciptaan kerja mahir dengan bekalan tenaga kerja berkelulusan tinggi yang semakin melebar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kita lahirkan ramai siswazah tapi peluang kerja mahir terus terhad 

    Walaupun 95 peratus siswazah mempunyai pekerjaan, hanya separuh yang memperoleh kerja mahir, menandakan peratusan besar siswazah kini mempunyai pekerjaan berkemahiran rendah atau separa mahir.

    • Kerja yang selamat

    Tempat kerja yang selamat dan selesa merupakan satu lagi dimensi pekerjaan yang berkualiti. 

    Malaysia ada pencapaian yang baik dari sudut keselamatan tempat kerja. Kadar kecederaan maut setiap 100,000 pekerja menurun daripada 8.2 pada 1984 kepada 3.1 pada 2018.  Kadar kecederaan bukan maut pula jatuh daripada 2,117 kepada 573 dalam tempoh sama.

    Begitupun, pekerja dalam sektor tertentu seperti pertanian, pembinaan dan perlombongan mempunyai kadar kecederaan yang lebih tinggi berbanding sektor lain. 

    Malah, pekerja dalam sektor-sektor tersebut juga mempunyai gaji median yang lebih rendah, sekali gus menafikan pampasan yang cukup untuk risiko kecederaan yang ditanggung.

    Menurut Hawati, terdapat petunjuk bahawa pegawai pemeriksa buruh di Malaysia terbeban dan kurang pekerja. Ini berpotensi mengehadkan kemampuan mereka untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan berkaitan keselamatan pekerjaan secara berkesan.

    • Perlindungan sosial

    Di Malaysia, perlindungan sosial pekerja secara amnya bergantung kepada insurans sosial dan skim tanggungan majikan (seperti Perkeso), khususnya untuk mengurus risiko kehilangan pendapatan akibat kecederaan, ilat dan pengangguran.

    Bagaimanapun, peruntukan tersebut hanya diwajibkan untuk pekerja dalam sektor formal dengan tanggungjawab sumbangan majikan yang eksplisit. Untuk kira-kira separuh lagi populasi umur bekerja, ia tidak diwajibkan.

    Ini termasuk mereka yang bekerja sendiri dan bekerja dalam sektor tidak formal, termasuk suri rumah yang bekerja tanpa gaji. – RELEVAN

    Previous ArticleSeorang brader bernama Pyanhabib yang selalu suruh kita makan nasi
    Next Article Imbuhan misteri bernama sisipan: fungsi dan maknanya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.