Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 12 klien AADK lulus SPM 2023

    12 klien AADK lulus SPM 2023

    By Zubaidah IbrahimMay 28, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SERAMAI 12 daripada 14 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berjaya lulus dalam mata pelajaran yang diambil.- FOTO NGUYEN DANG HOANG NHU/ UNSPLASH

    SERAMAI 12 daripada 14 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 berjaya lulus dalam mata pelajaran yang diambil.

    Daripada jumlah itu, seramai 11 orang adalah klien dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar, Sabah manakala seorang calon lagi adalah dari PUSPEN Seri Iskandar, Perak.

    Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Shobah Jamil, semua klien ini sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) di kedua-dua PUSPEN berkenaan yang menawarkan modul khas iaitu Program Akses Pendidikan Klien (PAPK) khususnya kepada klien di bawah umur 18 tahun sebagai peluang kebajikan pendidikan.

    “Menerusi program PAPK ini, semua klien yang layak akan mengikuti jadual kelas yang sistematik dan diajar oleh guru yang dilantik menerusi Skim Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

     “Guru-guru tersebut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berpengalaman dalam bidang pendidikan.

    “Kami juga mendapat bantuan tenaga pengajar daripada pejabat pendidikan daerah,” katanya dalam kenyataan akhbar.

    Beliau yang juga Pemangku Ketua Pengarah AADK berkata, program PAPK mula diperkenalkan AADK pada tahun 2015 bagi membantu klien yang berdepan dengan keciciran pelajaran ketika menjalani program RPDI di PUSPEN.

    “Usaha ini adalah untuk memberi peluang kepada klien bagi memajukan diri dalam aspek akademik. Sijil yang diperoleh ini juga boleh digunakan mereka untuk meneruskan kehidupan sekali gus, dapat mengekalkan kepulihan sepanjang hayat. 

    “Berdasarkan pengalaman kami, ada diantara mereka yang berdepan masalah seperti tidak pandai membaca, mengira dan menulis pada awal kemasukan ke PUSPEN.

    “Namun, selepas mengikuti program PAPK di PUSPEN, mereka beroleh kemahiran tersebut sehingga berjaya lulus dalam SPM. 

    “Sebanyak enam mata pelajaran diambil klien AADK iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral,” katanya.

    Kesemua klien yang lulus SPM 2023 berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GiatMara Malaysia dan politeknik.- RELEVAN

    Previous ArticlePrestasi calon SPM 2023 mengikut mata pelajaran
    Next Article Apa anda perlu buat selepas dapat keputusan SPM

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.