Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Prestasi calon SPM 2023 mengikut mata pelajaran

    Prestasi calon SPM 2023 mengikut mata pelajaran

    By May 27, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CALON SPM 2023 dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya meraikan kejayaan mendapat keputusan cemerlang. - GAMBAR UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

    KURIKULUM baharu, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mula diperkenalkan di sekolah-sekolah bermula 2017, sebelum ia mula digunakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.

    Dalam KSSM, mata pelajaran di peringkat menengah atas dikategorikan kepada lapan kumpulan, iaitu mata pelajaran Teras, mata pelajaran Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan), mata pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi), mata pelajaran Elektif STEM (mata pelajaran Vokasional), mata pelajaran Elektif Bahasa, mata pelajaran Elektif Pengajian Islam, mata pelajaran Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas serta mata pelajaran Kesenian.

    Prestasi kesemua kumpulan mata pelajaran itu dalam SPM 2023 dijelaskan dengan komprehensif dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2023 yang diterbitkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada 27 Mei.

    Berikut Relevan senaraikan prestasi setiap kumpulan.

    Keseluruhan

    Prestasi mata pelajaran yang akan ditunjukkan dalam artikel ini merujuk kepada penguasaan calon terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diukur dalam setiap mata pelajaran yang diuji dalam SPM.

    Indeks yang digunakan ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Seperti Gred Purata Nasional (GPN), nilai GPMP yang lebih kecil menunjukkan prestasi yang lebih baik.

    Berbanding SPM 2022, sebanyak 66 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 25 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan empat mata pelajaran menunjukkan prestasi tidak berubah dalam SPM 2023.

    Mata pelajaran Teras

    Terdapat tujuh mata pelajaran dalam kumpulan Teras, iaitu Pendidikan Moral, Sains, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam.

    Ketujuh-tujuh mata pelajaran tersebut menunjukkan peningkatan dalam SPM 2023 dengan Pendidikan Moral mencatat peningkatan tertinggi, iaitu sebanyak 0.20 mata.

    Mata pelajaran Bahasa Melayu pula menunjukkan prestasi terbaik dengan 3.86 mata.

    Mata pelajaran Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) 

    Kumpulan Elektif STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) mengandungi empat mata pelajaran, iaitu Fizik, Matematik Tambahan, Biologi dan Kimia.

    Kesemua empat mata pelajaran tersebut menunjukkan peningkatan. Fizik merupakan mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan prestasi tertinggi dan mata pelajaran dengan prestasi terbaik.

    Mata pelajaran itu mencatatkan peningkatan sebanyak 0.22 mata untuk mencapai GPMP 4.15 mata.

    Mata pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi)

    Terdapat 12 mata pelajaran dalam kumpulan mata pelajaran Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi), iaitu Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Sains Komputer, Grafik Komunikasi Teknikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Lukisan Kejuruteraan, Reka Cipta, Sains Tambahan, Sains Rumah Tangga, Asas Kelestarian, Sains Sukan dan Pertanian.

    10 daripada mata pelajaran tersebut mencatatkan peningkatan manakala dua mata pelajaran, Sains Sukan dan Pertanian merekodkan penurunan. Penurunan terbesar dicatatkan Pertanian, iaitu sebanyak 0.41 mata.

    Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi bagi SPM 2023 dengan 0.46 mata. Asas Kelestarian pula merupakan mata pelajaran dengan prestasi terbaik dalam kumpulan tersebut, dengan GPMP 3.32 mata.

    Mata pelajaran Elektif STEM (Mata pelajaran Vokasional)

    Terdapat 22 mata pelajaran dalam kumpulan Elektif STEM (Mata pelajaran Vokasional). Daripada jumlah tersebut, 12 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi sementara 10 yang lain menurun.

    Mata pelajaran dengan peningkatan prestasi tertinggi ialah Landskap dan Nurseri yang meningkat 0.75 mata manakala Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut mencatatkan penurunan terbesar, iaitu sebanyak 0.29 mata.

    Gerontologi Asas dan Geriatrik pula merupakan mata pelajaran dengan prestasi terbaik dalam kumpulan tersebut, dengan GPMP 1.39 mata.

    Mata pelajaran Elektif Bahasa

    Terdapat tujuh mata pelajaran dalam kumpulan Elektif Bahasa, iaitu Bahasa Semai, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Punjabi, Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Bahasa Iban.

    Bahasa Semai menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi dengan 0.29 mata manakala Bahasa Iban menjadi satu-satunya mata pelajaran dalam kumpulan tersebut yang mencatatkan penurunan prestasi dengan 0.03 mata.

    Prestasi Bahasa Arab kekal pada GPMP 4.27 mata.

    Mata pelajaran Elektif Pengajian Islam

    Terdapat 13 mata pelajaran dalam kumpulan Elektif Pengajian Islam, iaitu Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Hifz Al-Quran, Maharat Al-Quran, Al-Adab Wa Al-Balaghah, Manahij Al-’Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Usul Al-Din, Pendidikan Syari’ah Islamiah, Al-Syariah, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah serta Turath Dirasat Islamiah.

    Sembilan daripada 13 mata pelajaran tersebut mencatatkan peningkatan manakala baki empat mata pelajaran menurun.

    Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah merekodkan peningkatan tertinggi dengan 0.47 mata manakala Turath Dirasat Islamiah menunjukkan penurunan prestasi terbesar sebanyak 0.63 mata.

    Turath Al-Quran dan Al-Sunnah pula mengekalkan prestasi sebagai mata pelajaran terbaik dalam kumpulan tersebut dengan GPMP 0.98 mata.

    Mata pelajaran Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas

    Terdapat 12 mata pelajaran dalam kumpulan Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas, iaitu Prinsip Perakaunan, Kesusasteraan Inggeris, Pengajian Keusahawanan, Ekonomi, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Kesusasteraan Cina, Geografi, Perniagaan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Bible Knowledge dan Kesusasteraan Tamil.

    10 daripada 12 mata pelajaran tersebut menunjukkan peningkatan sementara dua lagi menurun.

    Prinsip Perakaunan mencatatkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.48 mata manakala penurunan prestasi terbesar dicatatkan  Kesusasteraan Tamil dengan 0.18 mata.

    Pendidikan Muzik pula menunjukkan prestasi terbaik dengan GPMP 2.79 mata.

    Mata pelajaran Kesenian

    Daripada 18 mata pelajaran dalam kumpulan Kesenian, sembilan daripadanya meningkat, enam menurun dan tiga menunjukkan prestasi sama seperti tahun sebelumnya.

    Peningkatan tertinggi dicatatkan Sejarah dan Pengurusan Seni dengan 0.41 mata sementara Reka Bentuk Kraf merekodkan penurunan terbesar, iaitu sebanyak 0.65 mata.

    Terdapat enam mata pelajaran menunjukkan prestasi terbaik dengan GPMP 0.00, iaitu Sejarah dan Pengurusan Seni, Tarian, Apresiasi Tari, Lakonan, Penulisan Skrip dan Sinografi. – RELEVAN

    featured keputusan SPM pendidikan sekolah spm SPM 2023
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.