Facebook Twitter
    Trending
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berkongsi makan di pejabat: keajaiban sebuah acara bernama potluck

    Berkongsi makan di pejabat: keajaiban sebuah acara bernama potluck

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    POTLUCK kami ringkas tapi meninggalkan banyak makna. - GAMBAR RELEVAN/KU SYAFIQ KU FOZI

    KAMI namakannya sebagai Kongsi Makan: acara potluck yang dibuat secara suka-suka. Di Media Mulia Sdn. Bhd., amalannya tidak berkala. Bila nak buat, kami buat.

    Tapi hari itu meriah. Masing-masing datang dengan makanan yang dijanjikan – ada yang bawa nasi putih, ada yang masak sardin, ada yang goreng telur dan paling penting, ada yang bawa tembikai.

    Acara ringkas itu, entah bagaimana, buat kami makin rapat sebagai rakan sekerja. Berkumpul dan makan air tangan masing-masing terasa manis dan mengikat, lalu kami atur perkumpulan seterusnya dalam bentuk sebuah piknik di tepi sungai.

    Potluck atau acara berkongsi makanan di pejabat boleh wujudkan suasana senang dalam kalangan rakan sekerja. Syarikat insurans Kanada, Benefits by Design juga percaya hal sama dan ini manfaat potluck untuk hubungan rakan sekerja menurut mereka.

    • Menggalak sapa, membunuh curiga

    Ini cara berkesan untuk menghubungkan rakan sekerja. Letak makanan atas satu meja, seperti semut menghidu gula, ramailah yang akan datang menghurung.

    Sepanjang waktu makan, para pekerja akan berbual dan mengunyah, bersembang dan meneguk serta berketawa dan sendawa.

    Biarlah mereka nak berbual apa pun – tentang hidup, keluarga, kerja atau lawan bola malam semalam – yang penting mereka bersapa dan memetik kata Usman Awang, “bukankah kecurigaan akan terbunuh ketika kita bersapa?”.

    Perbualan ketika mulut mencicip air tangan rakan sekerja bukan sahaja menggalakkan hubungan positif, malah menjauhkan hubungan negatif dan toksik. Kadang-kadang sesama pekerja mengata satu sama lain bukan sebab apa, mereka hanya tak pernah bersapa. 

    Dengan berkongsi makan, hubungan baik dapat dibenih dan disemai. Tak perlu modal besar hantar pekerja pergi kem; biar nasi, sardin dan tembikai menjalankan tugasnya.

    • Tempat merembes hormon kreatif

    Pekerja yang menghadap tugasan rutin setiap hari perlu diberi ruang menjadi kreatif sekali-sekala. Hal sebegini boleh dapat di luar juga – sesi karaoke bersama kawan-kawan atau aktiviti melukis mangkuk tembikar – tapi lebih baik kalau boleh dibuat di pejabat juga.

    Kreatifnya acara potluck adalah apabila setiap peserta perlu memikirkan hidangan yang bukan sahaja paling sedap dan menarik, malah berbeza dari yang lain. Mana boleh menu sama.

    Waktu inilah kita pergi kampung balik hari demi mendapatkan resipi langka dari nenek yang pasti tak dibuat orang lain. Kita ketuk pintu jiran berbeza bangsa untuk belajar hidangan turun-temurun keluarga mereka.

    Paling kurang pun, kita masak hidangan yang biasa-biasa tapi ada twist. Kek batik bercorak kain pelikat, contohnya.

    Acara potluck di pejabat menjadi kuliah gastronomi paling berkesan pernah dihadiri. Makanannya pelik-pelik tapi sedap. Baru kita tahu rakan sepejabat yang selama ini diam-diam jarang bersembang rupanya kreatif dalam memasak.

    PENULIS Relevan, Umi Fatehah (kiri) dan Zubaidah Ibrahim menikmati makanan potluck. – GAMBAR RELEVAN/KU SYAFIQ KU FOZI

    Dengan langkah ringkas dan – ini penting – murah, pekerja boleh menambah baik hubungan sesama mereka dan mencari ruang untuk mengekspresikan kreativiti. Ini keajaiban sebuah acara bernama potluck.

    Di Media Mulia, kami berusaha menjalankan Kongsi Makan dengan lebih kerap supaya lebih banyak manfaatnya dapat dituai. Sebab tekanan kerja perlu diserap dengan acara-acara sosial yang menyenangkan.

    Pejabat dengan udara persaudaraan yang erat dan antitoksik membawa banyak kelebihan kepada syarikat. Itu yang cuba dicapai dengan Kongsi Makan, selain keinginan perut yang mahukan makanan yang dimasak dengan rempah cinta di rumah. – RELEVAN

    Previous ArticleKenali duck syndrome dan kaitannya dengan gangguan mental
    Next Article 5 kesilapan kewangan, No.5 ramai orang buat

    Artikel berkaitan

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026

    5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

    April 13, 2026

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026
    Artikel Terkini

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026

    5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

    April 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.