Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kurang berkeyakinan sebab pori muka besar? Cuba lakukan 6 tip ini 

    Kurang berkeyakinan sebab pori muka besar? Cuba lakukan 6 tip ini 

    By Umi FatehahMay 1, 2024Updated:May 2, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Salah satu mitos dalam dunia kecantikan yang perlu dibetulkan ialah pori boleh mengembang dan mengecut. - GAMBAR HIASAN EKATERINA BOLOVTSOVA/PEXELS

    ISU pori muka besar atau terbuka mungkin lebih banyak mengganggu kaum wanita berbanding lelaki. 

    Parut jerawat, pigmentasi dan kemerahan di muka mungkin boleh ditutup oleh alat solek, tetapi ia tidak mampu menutup pori. Ini juga salah satu faktor mengapa pori-pori muka mengganggu keyakinan para wanita. Dari sudut penjagaan kulit pula, individu dengan pori terbuka cenderung untuk mengalami masalah jerawat.

    Salah satu mitos dalam dunia kecantikan yang perlu dibetulkan ialah pori boleh mengembang dan mengecut. Pakailah apa sahaja produk pun, pori tidak dapat mengembang dan mengecut begitu sahaja. Mahu menghilangkannya dengan serta merta juga hampir mustahil.

    Ada juga yang berkongsi tip meletakkan kiub ais di muka untuk mengecutkan pori. Benar, cara ini boleh mengecutkannya tetapi hanya berkesan untuk beberapa minit sahaja.

    Jangan risau. Apa yang anda boleh lakukan ialah pilih produk yang bersesuaian untuk mengurangkan penampakan pori-pori muka. Berikut dikongsikan tip-tip yang diluluskan oleh pakar kulit untuk mengurangkan penampakan pori.

    1. Ikuti rutin penjagaan kulit yang baik

    Gunakan pencuci muka yang lembut untuk mencuci muka pada waktu pagi dan petang. Bagi memastikan pori bersih daripada minyak berlebihan, pastikan anda hanya menggunakan produk yang berlabel bebas minyak atau noncomedogenic (tidak akan menyumbat pori).

    ARTIKEL BERKAITAN: Panduan terbaik penjagaan kulit untuk kekal jelita

    1. Pakai pelindung matahari

    Pendedahan berlebihan kepada sinaran ultraungu (UV) matahari merosakkan kolagen dan elastin iaitu bahan binaan kulit. Pendedahan yang berlebihan akan mengurangkan ketegangan kulit dan menyebabkan liang pori membesar.

    Perlindungan daripada sinaran matahari yang mencukupi adalah satu kemestian untuk mengelakkan kehilangan kolagen dan elastin. Gunakan pelindung matahari dalam rutin penjagaan kulit siang hari anda. Pakar kulit menasihatkan untuk memakai pelindung matahari dengan sun protection factor (SPF) 30 dan ke atas.

    Topi dan payung juga boleh membantu melindungi wajah anda daripada sinaran UV.

    1. Pakai retinol

    Retinol adalah ramuan penjagaan kulit yang terkenal untuk melawan jerawat dan kedutan. Ia membantu membersihkan sel kulit mati, membersihkan liang tersumbat dan menggalakkan penghasilan kulit baharu yang sihat.

    Retinol juga meningkatkan pengeluaran kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit.

    Sebaik-baiknya gunakan serum atau pelembab yang mengandungi retinol pada waktu malam kerana ia boleh meningkatkan sensitiviti matahari kulit anda. 

    Mulakan perlahan-lahan dengan peratusan yang rendah dan lapisan nipis dua kali seminggu. Hal ini kerana retinol berpotensi menyebabkan kerengsaan. Oleh itu, kita mahu kulit dibiasakan dengan retinol secara perlahan-lahan. Selepas beberapa bulan, anda boleh menggunakan retinol dengan peratusan lebih tinggi untuk penggunaan yang lebih berkesan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Lambatkan penuaan dengan pemakaian retinol

    1. Dapatkan ubat preskripsi doktor

    Jika produk di pasaran terbuka tidak berkesan, pertimbangkan untuk dapatkan nasihat pakar kulit. Pakar dermatologi boleh memberi preskripsi produk retinoid yang lebih kuat, seperti Retin-A (tretinoin) yang lebih berkuasa.

    Bagi pesakit yang juga mempunyai kebimbangan tentang jerawat aktif, pakar akan memberi preskripsi ubat oral seperti Accutane (isotretinoin) atau spironolactone untuk merawatnya. Ubat-ubatan ini mengurangkan pengeluaran minyak dan mengurangkan penampilan pori.

    1. Microneedling

    Sebaiknya, dapatkan rawatan microneedling di klinik kulit atau klinik estetik berlesen. Meskipun ada dijual peralatan microneedling yang boleh dilakukan di rumah, ia agak berisiko kerana kita tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk melakukannya. 

    Sekiranya cara yang dilakukan tidak betul, risau pula keadaan kulit menjadi semakin teruk.

    Kaedah ini menggunakan alat microneedling untuk membuat tusukan halus pada kulit dengan jarum steril yang sangat kecil. Ini akan mewujudkan mikro-trauma pada kulit yang akan merangsang tindak balas penyembuhan luka. 

    Kaedah ini juga mencetuskan pengeluaran kolagen yang menguatkan lagi struktur kulit di sekitar pori.

    Takutkan jarum? Jangan risau, prosedurnya tidak menyakitkan cuma mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan yang minimum. 

    1. Laser

    Pakar dermatologi boleh memberikan rawatan terapi laser untuk menggalakkan pengeluaran kulit baharu yang lebih halus. Prosedur ini boleh membantu pelbagai masalah kulit, termasuk mengurangkan penampilan pori-pori besar.

    Laser mengelupas lapisan atas kulit dan menggalakkan kolagen terbentuk di bawah. Anda biasanya memerlukan beberapa sesi rawatan setiap empat hingga lapan minggu.

    Rawatan laser boleh membuat perbezaan yang lebih ketara berbanding rawatan asas di rumah. Bergantung kepada jenis laser, hasilnya juga akan tahan lebih lama. – RELEVAN

    Previous ArticleJaminan pendapatan asas dan orang kaya yang selalu anggap orang miskin bodoh
    Next Article Perkahwinan dan kewangan: Tip-tip sebelum berkahwin

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.