Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan terbaik penjagaan kulit untuk kekal jelita

    Panduan terbaik penjagaan kulit untuk kekal jelita

    By Umi FatehahNovember 2, 2023Updated:November 3, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAMAI antara kita mengimpikan untuk mendapatkan kulit yang sempurna. - GAMBAR HIASAN KEVIN LAMINTO/UNSPLASH

    RAMAI antara kita mengimpikan untuk mendapatkan kulit yang sempurna. Walaupun kulit yang “sempurna” tidak wujud, kita masih boleh meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit.

    Secara realistik, kebanyakan daripada kita mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua masalah kulit. Sama ada masalah jerawat hormon, minyak berlebihan atau garis penuaan, kita semua mempunyai keinginan untuk mendapatkan kulit yang sihat.

    Masalah kulit yang dialami bukan salah diri sendiri. Tidak dinafikan penampilan kulit muka sangat memainkan peranan dalam meningkatkan keyakinan. 

    Justeru itu, bagi individu yang mengalami kulit yang bermasalah, pasti akan ada beberapa ketika keyakinan mereka berkurangan. Ada juga yang tidak mahu keluar rumah kerana malu dan tidak yakin dengan diri sendiri. 

    Sesungguhnya, perasaan sebegitu adalah normal. Tetapi jangan biarkan perasaan itu memakan diri sendiri.

    Rutin asas penjagaan kulit

    Langkah pertama untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah memahami  jenis kulit dan masalah kulit yang dihadapi. Kemudian, wujudkan rutin asas penjagaan kulit. 

    Peraturan pertama penjagaan kulit yang baik adalah memastikan ia mudah. Hal ini kerana kita perlu konsisten melakukannya setiap hari.

    Dalam rutin asas penjagaan kulit, kita perlu ada pencuci muka, pelembab dan pelindung matahari. Di samping penjagaan luaran dengan produk-produk tersebut, kita juga perlu memastikan pengambilan air dalam sehari yang mencukupi dan amalkan pemakanan yang seimbang.

    Sekiranya anda sudah mahir dan konsisten melakukan rutin asas penjagaan kulit dan mahukan kesan yang lebih baik, tiba masanya untuk membawa penjagaan kulit anda ke peringkat seterusnya.

    Tip penjagaan kulit yang lebih teliti

    1. Double cleansing

    Apakah yang dimaksudkan double cleansing? Ia bermaksud anda mencuci muka sebanyak dua kali menggunakan produk yang berbeza.

    Bagi kaum wanita yang memakai solek wajah, langkah pertama dalam double cleansing ialah mencuci solek wajah menggunakan penanggal solek. Terdapat pelbagai jenis penanggal solek yang dijual di pasaran seperti micellar water, oil-based makeup remover, cleansing balm dan sebagainya.

    Tentukan produk penanggal solek yang manakah bersesuaian dengan jenis kulit dengan membaca kandungan. Contohnya, sekiranya anda mempunyai jenis kulit yang berminyak, tidak digalakkan untuk menggunakan oil-based makeup remover. 

    Langkah kedua dalam double cleansing ialah mencuci muka dengan pencuci muka. Pembersihan pertama berfungsi untuk membersihkan kotoran di sekitar wajah anda. 

    Jadi, pencucian kali kedua akan memudahkan anda untuk mencuci pori-pori muka agar ia tidak tersumbat. Pori-pori yang tersumbat adalah punca utama kepada jerawat.

    1. Penyegar muka atau toner

    Menambah penyegar muka pada rutin penjagaan kulit bermakna anda mendapat satu lagi peluang untuk membersihkan dan dalam pada masa sama mengimbangi semula nilai pH kulit. Penyegar muka memulihkan nutrien pada kulit yang mungkin telah hilang apabila anda mencuci muka.

    Terdapat pelbagai jenis penyegar muka untuk fungsi yang berlainan. Antaranya ialah hydrating toner (melembabkan kulit) dan exfoliating toner (membuang sel kulit mati).

    1. Serum

    Selepas mencuci muka dan memakai penyegar muka, serum vitamin C adalah langkah seterusnya.

    Menurut kajian The Roles of Vitamin C in Skin Health yang dilakukan pada 2017, vitamin C boleh menggalakkan penghasilan kolagen dan memudarkan hiperpigmentasi atau bintik hitam. Ia juga dapat memudarkan parut jerawat.

    Sebagai antioksidan, ia juga boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh kerosakan matahari.

    Selain vitamin C, terdapat pelbagai jenis serum lain yang boleh anda cuba. Pastikan anda tahu apa yang ingin dicapai, sama ada meningkatkan kelembapan kulit atau menghilangkan bintik hitam. 

    1. Retinol

    Penggunaan retinol terbukti dapat melambatkan proses penuaan. Namun, ada cara dan pantang larangnya. Anda sebaiknya mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum membeli dan mencuba memakai retinol.

    Pengarah Perubatan di Dermourra Medical Clinic, Dr. Nadya Amin Shaharudin telah kongsikan beberapa panduan pemakaian retinol. Klik pautan yang disediakan untuk pembacaan lanjut.

    1. Urutan muka

    Urutan muka atau urut menggunakan face roller boleh membantu menghilangkan kedutan kulit. Alat tersebut juga boleh meningkatkan aliran darah, membuatkan anda kelihatan lebih segar. – RELEVAN

    Previous Article75 tahun penderitaan Palestin: Perang Enam Hari, Naksa dan Garis Hijau
    Next Article Cat groomer bukan sekadar mandi, cantikkan kucing

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.