Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Semua yang anda perlu tahu tentang Akaun 3 KWSP

    Semua yang anda perlu tahu tentang Akaun 3 KWSP

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AKAUN 3 atau Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan bermula 11 Mei ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    Bermula 11 Mei ini, simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga jenis, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

    Penstrukturan itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, dibuat untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan kewangan berkenaan simpanan persaraan.

    Kata beliau, melalui inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, ahli dapat membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

    “Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan kelak,” katanya dalam kenyataan pada 25 April.

    Berikut Relevan senaraikan hal-hal penting yang perlu anda tahu tentang inisiatif tersebut.

    • Akaun baharu

    Penstrukturan Semula Akaun KWSP melibatkan penamaan baharu dua akaun sedia ada, iaitu Akaun Persaraan untuk Akaun 1 dan Akaun Sejahtera untuk Akaun 2. Kedua-dua akaun  tersebut akan kekal dengan fungsi sama, iaitu:

    Akaun Persaraan: Untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan (hanya boleh dikeluarkan apabila sampai umur bersara).

    Akaun Sejahtera: Untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan (boleh dikeluarkan dengan alasan yang ditetapkan).

    Akaun ketiga, iaitu Akaun Fleksibel ialah akaun baharu yang memberikan keanjalan kepada pencarum untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan apa-apa alasan.

    • Pecahan caruman

    Pada 11 Mei ini, baki Akaun 1 dan Akaun 2 ahli yang menjalani penstrukturan semula akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

    Caruman yang dimasukkan selepas 11 Mei akan dipecahkan seperti berikut:

    Akaun Persaraan: 75 peratus

    Akaun Sejahtera: 15 peratus

    Akaun Fleksibel: 10 peratus

    • Pilihan amaun permulaan

    Walau bagaimanapun, KWSP memberikan pilihan untuk ahli mengisi Akaun Fleksibel dengan amaun permulaan. Pilihan ini akan diberi sekali sahaja dalam tempoh 11 Mei hingga 31 Ogos 2024.

    Pemindahan itu akan melibatkan simpanan dalam Akaun Sejahtera (atau sebelumnya Akaun 2).

    Kaedah pindahannya terbahagi kepada tiga, bergantung kepada jumlah baki dalam Akaun Sejahtera. Berikut kaedahnya:

    Baki RM3,000 dan ke atas

    • 10/30 daripada baki Akaun Sejahtera dipindahkan ke Akaun Fleksibel
    • 5/30 daripada baki Akaun Sejahtera dipindahkan ke Akaun Persaraan
    • 15/30 daripada baki Akaun Sejahtera kekal dalam akaun tersebut

    Baki RM1,001 hingga RM2,999

    • RM1,000 daripada Akaun Sejahtera dipindahkan ke Akaun Fleksibel
    • Baki selebihnya kekal dalam Akaun Sejahtera

    Baki RM1,000 dan ke bawah

    • Semua amaun dipindah ke Akaun Fleksibel

    Ahli hanya boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan sekali. Pilihan yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan.

    Oleh itu, buat kira-kira dan nilai keadaan kewangan sendiri sebelum memuktamadkan keputusan. Permohonan boleh dibuat bermula 11 Mei hingga 31 Ogos ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau Terminal Khidmat Sendiri di cawangan KWSP seluruh negara.

    • Pengeluaran Akaun Fleksibel

    Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada jumlah minimum RM50. 

    Permohonan pengeluaran boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

    Ahli yang belum mendaftar di aplikasi KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran dibuat secara dalam talian.

    Akaun 55 dan Akaun Emas

    Tiada perubahan akan berlaku kepada Akaun 55 atau Akaun Emas.

    Semua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel untuk ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan disatukan dalam Akaun 55. Caruman baharu yang diterima ahli mulai umur 55 tahun pula akan dikreditkan dalam Akaun Emas. – RELEVAN

    Previous ArticleAnak tidak mahu makan? 7 perkara ini boleh bantu ibu bapa pujuk mereka
    Next Article Jururawat lelaki di hospital psikiatri, melawan penyakit ‘halimunan’

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.