Facebook Twitter
    Trending
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kisah seorang lelaki yang minta kambing dan radio dari Tuhan

    Kisah seorang lelaki yang minta kambing dan radio dari Tuhan

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 24, 2024Updated:April 25, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KISAH lelaki, kambing dan radio yang mungkin jadi penyelesai masalah kemiskinan dunia. - GRAFIK OLEH RELEVAN

    ADA lebih 700 juta manusia di seluruh dunia hidup dengan pendapatan kurang RM10 sehari.

    Letak diri anda dalam kasut mereka. Kalau sehari hanya mampu buat RM10 (maknanya sebulan hanya RM300), apa strategi anda untuk terus hidup? Mahu tinggal mana? Mahu makan apa? Nak ke sana-sini naik apa?

    Begitulah situasi manusia yang hidup di bawah paras kemiskinan tegar. Mereka tidak mampu hidup normal macam kita – hidupnya bergantung pada ihsan dan pemberian orang.

    Kerajaan-kerajaan dunia sudah melabur bertrilion dolar untuk menghapuskan kemiskinan tegar tapi sehingga sekarang, hasilnya belum kelihatan. Kenapa?

    Seekor kambing, sebuah radio

    Seperti juga kemiskinan, punca ia gagal dihapuskan juga ada banyak dimensi. Namun, Timbalan Pengarah ATD Fourth World, Martin Kalisa ada cerita menarik.

    Ketika umurnya 15 tahun, dia bertemu jirannya yang sangat miskin. Dia bertanya pada lelaki itu, “Kalau awak dapat jumpa Tuhan, awak tahu Dia Maha Besar dan awak boleh minta satu benda yang boleh buatkan awak gembira, awak minta apa?”.


    Ketika bertanya, Kalisa sudah dapat agak jawapan yang diberikan: sama ada mahu rumah, wang atau harta.

    Tapi jawapannya berbeza. Kata lelaki itu, “Kalau saya dapat bertemu Tuhan, saya tahu apa nak minta. Seekor kambing”.

    Apabila ditanya mengapa, jawabnya: “Kalau saya ada kambing, saya boleh kahwinkan anak lelaki saya sebab teman wanita dia minta hantaran, iaitu seekor kambing.

    “Kalau dapat, saya akan jadi bapa paling gembira dalam dunia. Kalau dapat kahwinkan anak saya, saya akan jadi seorang bapa yang bangga,” katanya.

    Kalisa malah bertanyakan perkara kedua yang lelaki itu akan minta dan dia masih tak mahu rumah, wang atau harta. Dia mahu radio.

    “Supaya saya boleh dengar muzik, ucapan Presiden dan jadi gembira.

    “Saya tak akan minta benda lain, itu saja. Saya akan jadi manusia paling gembira dalam dunia,” kata lelaki itu.

    Menyatu pengetahuan

    Kisah itu mengajar Kalisa bahawa mana-mana pihak yang mahu membantu orang miskin perlu faham apa yang orang miskin mahu. Orang miskin perlu dilibatkan dalam projek pembasmian kemiskinan.

    Kita boleh cuba duga apa yang mereka mahu dan perlu tapi jawapan paling tepat hanya ada pada mereka.

    Itu yang dilakukan Kalisa dan ATD Fourth World: mereka menggunakan pendekatan penyatuan pengetahuan (merging of knowledge). 

    “Kita tak boleh ada polisi antikemiskinan dan membina polisi antikemiskinan tanpa bertanya kepada orang miskin sendiri yang mempunyai kepakaran – pengalaman beberapa generasi bergelut (dengan kemiskinan).

    “Kalau kita bina program antikemiskinan dan projek dan polisi tanpa mengambil kira pengetahuan orang yang ada pengalaman itu sendiri, kita tak akan berjaya,” kata Kalisa.

    Bagi membentuk polisi antikemiskinan yang terbaik, bagi Kalisa, ia perlu menggabungkan pengalaman sebenar daripada golongan miskin dengan pengetahuan mendalam golongan akademik.

    “Kita tak boleh sokong dan bantu orang jika kita tak tanya mereka bagaimana mereka hidup dan apa yang penting untuk mereka, juga apa yang boleh dilakukan.

    “Awak beritahu mereka apa yang awak tahu. Mereka beritahu awak apa yang mereka tahu. Gabungkan ia. Awak bina pengetahuan sepunya dan projek sepunya. Begitulah caranya,” katanya.

    Dimensi tersembunyi

    Tanpa penyatuan pengetahuan dan pengetahuan sepunya, ramai pakar terlepas pandang dimensi-dimensi kemiskinan yang tersembunyi. Sebagai contoh, seperti dikongsikan Kalisa, ialah penganiayaan institusi (institutional maltreatment). 

    Kata Kalisa, perkhidmatan institusi hanya menganggap orang miskin sebagai nombor. Mereka tidak dilayan seperti manusia.

    Banyak pembuat polisi yang menganggap orang miskin tiada emosi, kongsi Kalisa, dan itu yang dimaksudkan dengan penganiayaan institusi.

    “Kami tak ada definisi pada awalnya. Mereka (orang miskin) utarakannya dan beritahu, bagaimana ia membuatkan mereka menderita, sebab mereka dilayan dengan berbeza,” katanya.

    Sebab itu, Kalisa menyimpulkan perasaan sama yang ditanggung semua orang miskin di seluruh dunia adalah apabila mereka tidak dihormati dan dihina. Baginya, kemiskinan adalah apabila kita kehilangan maruah.

    Ini sama seperti yang disuarakan kugiran UK, Pulp dalam lagu Common People. Lagu britpop yang rancak itu ada cerita yang gelap – bagaimana orang kaya, walau bagaimana mereka mencuba, tidak akan dapat memahami hidup orang miskin.

    Dalam lagu itu, Jarvis Cocker menulis,

    “Like a dog lying in a corner
    They will bite you and never warn you, look out
    They’ll tear your insides out
    Cause everybody hates a tourist 
    Especially one who thinks it’s all such a laugh
    And the chip stains and grease
    Will come out in the bath”

    Ini tentang orang kaya yang datang melawat orang miskin seperti sedang melancong. Oh ya, ada istilah khusus untuk aktiviti itu. Cuba Google slum tourism, poverty tourism, ghetto tourism atau trauma tourism.

    Sikap sebegitu yang buat orang miskin membenci orang kaya dan orang kaya pula tak mungkin faham kehidupan orang miskin.

    Lipas di dinding

    Ada banyak dimensi hidup orang miskin yang sukar difahami orang kaya, terutamanya golongan yang kaya disebabkan warisan harta. Mereka boleh cuba hidup seperti orang miskin – seperti gadis Greece dalam lagu Common People – tapi untuk faham, sangat sukar.

    Dalam lagu itu, Cocker kata,

    “Rent a flat above a shop
    Cut your hair and get a job
    Smoke some fags and play some pool
    Pretend you never went to school
    But still you’ll never get it right
    ‘Cause when you’re laid in bed at night
    Watching roaches climb the wall
    If you call your dad he could stop it all”

    Realitinya, orang miskin tiada jaringan keselamatan (safety net). Kalau gagal buat sesuatu, mereka akan gagal sepenuhnya. Kalau dalam kesusahan, mereka perlu hadap sendiri.

    Kalau nampak lipas merayap di dinding, mereka tak boleh telefon daddy.

    Itu antara pelbagai lagi dimensi kemiskinan yang tersembunyi, selain penganiayaan institusi yang dibangkitkan Kalisa.

    Dan mungkin, inilah kunci untuk menghapuskan kemiskinan di dunia: fahami dan libatkan orang miskin sendiri dalam pembuatan polisi. – RELEVAN

    Previous Article5 masalah mental paling biasa berlaku pada warga emas
    Next Article Apa yang perlu dibuat 24 jam selepas diberhentikan kerja

    Artikel berkaitan

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.