Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pokai di hujung bulan, apa yang boleh dibuat?

    Pokai di hujung bulan, apa yang boleh dibuat?

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    APA yang boleh dibuat bila kita pokai pada hujung bulan? - GAMBAR HIASAN/EMIL KALIBRADOV (Unsplash)

    ADA masa kita tak perasan, tiba-tiba saja wang di bank tinggal dua angka. Gaji lagi 10 hari, duit makan pun dah tak cukup. Apa nak buat?

    Ini bukan masalah kecelikan kewangan semata-mata. Ada orang dah buat belanjawan, dah cuba kawal perbelanjaan dan buat tabungan kecemasan tetapi banyak faktor boleh jadi sebab kita pokai pada hujung bulan.

    Belanja mengejut datang tak berbau. Kereta rosak, pinjaman keluarga atau masalah kesihatan – semua ini sukar dijangka dan tak semua orang punya pendapatan cukup untuk membina perisai kewangan yang utuh.

    Lebih-lebih lagi selepas perayaan, tanpa dirancang kita perlu keluar belanja beli mi kuning, kordial Sunquick dan eh, tiba-tiba kena keluar duit bayar khemah yang nenek guna untuk sambut tetamu.

    Dalam keadaan ini, kita perlu kemahiran mengorek wang segera dari lubang-lubang peluang yang tak ramai nampak. Dalam waktu terdesak, kita perlu kreatif.

    Ini cadangan Relevan untuk mereka yang kering poket di hujung bulan.

    Pecah tabung cemas

    Menurut portal The Balance, langkah pertama yang perlu dipertimbang ialah menggunakan simpanan dalam tabung kecemasan. Sebab memang kita dalam keadaan cemas.

    Kalau wang untuk makan pun tak cukup, kita perlu cemas. Dan, tolonglah, kalau masih ada simpanan kecemasan, jangan seksa diri dengan makan mi segera selama seminggu. Nanti usus rosak, kena keluar belanja besar pula untuk ke hospital.

    Cuma, kalau setiap bulan pokai dan simpanan kecemasan pun semakin mengering, itu tanda anda perlu semak semula perbelanjaan bulanan. Ingat, ini hanya untuk keadaan tak terduga.

    Wang segera

    Ada banyak sebenarnya peluang menjana wang dengan segera, walaupun mungkin jumlahnya tak lumayan. Ini antaranya:

    • Paling mudah, jual barang yang tak lagi digunakan. Pakaian, buku, cakera padat muzik atau apa saja. Banyak aplikasi boleh digunakan, seperti Carousell, Facebook Marketplace atau Mudah.
    • Cari kerja sampingan yang berikan bayaran secara harian atau mingguan. Banyak syarikat atau orang persendirian yang mahukan pekerja dalam tempoh pendek. Asalkan tidak ganggu kerja hakiki, anda boleh mohon.
    • Jangan terkejut, anda juga boleh jual plasma darah, rambut, sperma, ovum atau susu badan. Cuma, setiapnya mempunyai risiko tersendiri dan sukar untuk ditemui (kebanyakannya tidak diiklankan). Malah, anda juga boleh jadi peserta ujian klinik di fasiliti kesihatan dengan bayaran yang lumayan.
    • Kadang kala, ada ibu bapa yang mahukan pengasuh atau tutor untuk tempoh yang pendek. Pekerjaan sebegini tidak sukar dan menawarkan bayaran yang cepat.

    Manfaatkan ansuran dan kredit

    Jika apa-apa yang anda perlu bayar boleh dibuat secara ansuran, gunakannya. Namun, haruslah berdisiplin melunaskannya.

    Begitu juga, jika anda mempunyai kad kredit, gunakannya untuk membeli barang keperluan atau bayaran mendesak. Ini termasuk kemudahan bayaran ansuran seperti beli-dulu-bayar-kemudian (BNPL). 

    Memang ada kesannya – anda mungkin perlu membayar faedah – tetapi dalam keadaan terdesak, ia sangat membantu. 

    Selesaikan masalah utama

    Walaupun masalah sesak wang di hujung bulan kebiasaannya disebabkan hal-hal tak terduga, anda boleh persiapkan diri dengan lebih baik pada masa hadapan.

    Cuba semak semula belanjawan bulanan, adakah perbelanjaan anda setiap bulan sangat sempit dan cukup-cukup makan? Jika ya, cuba untuk kurangkan perbelanjaan seboleh mungkin. 

    Berjimat pada hal-hal yang kecil seperti snek, makan luar atau langganan platform penstriman boleh beri anda wang lebih pada hujung bulan, sekali gus menjadi kusyen untuk menyerap hentakan perbelanjaan luar jangka. 

    Dengan lebihan wang, anda mungkin tak perlu jual rambut dan sperma lagi selepas ini. – RELEVAN

    Previous ArticleAwas ketoksikan vitamin D, pengambilan berlebihan boleh bawa maut
    Next Article Kuala Lumpur antara bandar terbaik untuk kerja jarak jauh, duduki tempat ke-22 dunia

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.