Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kewangan peribadi dari mata sang niagawan

    Kewangan peribadi dari mata sang niagawan

    By KU SYAFIQ KU FOZIMarch 30, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEBAGAI seorang niagawan, Amirul Mu'min mempunyai pandangan tersendiri tentang kewangan peribadi. - GAMBAR SHIDDIEQIIN ZON/RELEVAN

    PELUANG bertemu dengan pengasas KiraUntung, Amirul Mu’min Saharul Badri saya manfaatkan sebaik mungkin untuk meneroka pemikiran seorang niagawan.

    Secara teknikalnya, bidang keusahawanan dengan kewangan peribadi ada jurang. Ia bukan bidang yang sama walaupun mempunyai sasaran yang sama, iaitu pengumpulan dan pengurusan wang.

    Tapi saya mahu tahu, bagaimana seorang usahawan yang otaknya dipenuhi kira-kira wang sepanjang hari menguruskan kewangan peribadi sendiri? Adakah keusahawanan membentuk pengurusan kewangan peribadi mereka? Dunia niaga yang penuh desakan melabur dan mengambil risiko itu, sesuaikah mahu diterap untuk individu?

    Sehubungan itu, selepas selesai mengorek rahsia dia dengan KiraUntung, saya mahu korek rahsia lain pula.

    ARTIKEL BERKAITAN: KiraUntung: Sokongan asas buat peniaga

    Saya minta Amirul Mu’min memasang kaca mata kewangan peribadi, sekadar mahu mendalami pemikiran seorang niagawan dalam hal kewangan yang lebih tertutup dan intim.

    Sebab saya percaya, cara seorang niagawan berfikir berbeza dengan orang lain, terutamanya dalam apa-apa hal yang berkaitan wang. Jadi, saya nak tahu, adakah cara seorang niagawan mentadbir kewangan sendiri sama dengan kita yang tidak berniaga?

    “Bagi saya, sama sahaja caranya jika kita makan gaji atau bekerja sendiri, asalkan kita tahu formula untuk mencapai sasaran kewangannya. Pengurusan duit secara peribadi juga tak jauh beza dengan pengurusan kewangan syarikat,” katanya.

    Mendengar pandangan itu, saya cadangkan analogi diri sendiri sebagai sebuah syarikat untuk mereka yang sukar faham tip-tip kewangan peribadi yang diberi dan Amirul Mu’min setuju.

    “Satu-satu perniagaan yang nak hidup dan berjalan itu sama seperti manusia yang nak hidup dan berjalan. Perlu ada komitmen wajib, ada simpanan dan ada pilihan. Dalam perniagaan ada, dalam kewangan peribadi juga ada.

    “Cuma bezanya pada jumlah. Kalau makan gaji, jumlahnya terhad, kecuali jika ada kerja sambilan. Kalau berniaga, tak ada had dan angkanya lebih besar,” jelasnya. 

    Bagi Amirul Mu’min, yang membezakan satu manusia dengan manusia lain ialah pemikirannya, sama ada mempunyai pemikiran untuk tumbuh (growth mindset) atau tidak.

    “Pemikiran untuk tumbuh ini ada juga dalam kalangan pekerja yang makan gaji. Yang sentiasa mahu maju dalam hidup dan kerjayanya. 

    “Begitu juga, para usahawan juga ada yang berpemikiran cukup (stagnant), yang tak mahu maju,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleMAM 2024: Rai asnaf, anak yatim dan penganugerahan Pelajar Terbaik SAQ
    Next Article Laila yang qadar: Sejarah, tanda dan galakan menyembunyikan penemuannya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.