Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Alba Renai pengacara jelita AI, ramai bimbang ‘pencerobohan’ mesin

    Alba Renai pengacara jelita AI, ramai bimbang ‘pencerobohan’ mesin

    By Zubaidah IbrahimMarch 28, 2024Updated:March 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ALBA Renai bakal mengacarakan segmen khas rancangan realiti popular versi Sepanyol 'Survivor'.

    RUPA parasnya yang cantik dan menarik tidak ubah seperti manusia sebenar membuatkan sesiapa sahaja terpukau dengan Alba Renai iaitu seorang pempengaruh digital yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

    Wanita cantik itu baru-baru ini mengumumkan bahawa dia akan mengacarakan segmen khas rancangan realiti popular versi Sepanyol ‘Survivor’.

    Dicipta pada musim luruh tahun lalu oleh Be a Lion, anak syarikat gergasi televisyen Mediaset Spain, Alba Renai dengan pantas menjadi selebriti Instagram dan menarik lebih 10,000 peminat di Instagram.

    Penjanaan imej Alba Renai dikuasakan oleh AI berdasarkan hasil kumpulan fokus 350 orang muda yang ditanya tentang sifat fizikal dan personaliti yang mereka anggap paling penting. Kemudian, pasukan di Be a Lion menggunakan data ini untuk mencipta avatar yang akan menarik minat seramai mungkin orang.

    Tetapi apa yang benar-benar melonjakkan Alba Renai ke mata umum ialah berita yang dia akan mengacarakan sebuah segmen khas dalam versi Sepanyol ‘Survivor’.

    Beberapa minggu lalu, Alba menggunakan Instagram dan TikTok untuk memberitahu dunia bahawa dia akan muncul di saluran TV Sepanyol Telecinco dan di media sosial sebagai sebahagian daripada segmen khas yang dipanggil “Super Secretos con Alba Renai” di mana dia akan berkongsi pelbagai jenis kandungan eksklusif peserta Survivor.

    SERAMAI 32 orang bekerja secara langsung dalam projek Alba, termasuk pakar AI, jurutera, penerbit, pembuat filem dan pengurus komuniti.

    Video pengumuman itu hanya berdurasi beberapa saat, tetapi ia tular dengan pantas dan mendapat pelbagai reaksi.

    Ramai orang memuji Alba pada penampilannya di platform sosial itu. Masing-masing mendoakan kejayaannya dalam usaha baharu itu dan kemungkinan besar tidak menyedari bahawa dia adalah avatar berkuasa AI.

    Pada masa sama, ada yang menyatakan kebimbangan mereka tentang avatar digital lain yang menceroboh pekerjaan manusia.

    Di Asia sebagai contoh, beberapa negara telah bereksperimen dengan penampai berita AI. 

    Be a Lion, syarikat yang mencipta dan melatih Alba Renai baru-baru ini menjelaskan bahawa avatar mereka tidak mencuri sebarang pekerjaan manusia, sebaliknya, ia sebenarnya mencipta lebih banyak pekerjaan.

    Sepasukan 32 orang bekerja secara langsung dalam projek Alba, termasuk pakar AI, jurutera, penerbit, pembuat filem dan pengurus komuniti yang mana tiada sisi Alba yang tidak dikendalikan oleh manusia.

    Menurut  Pengarah Kandungan Jenama & Pengalaman Be a Lion,  Luis Movilla, Alba ialah kerja yang melibatkan kerjasama antara manusia dan mesin.

    “Kini, manusia mesti mempunyai kemahiran tertentu untuk dapat mengendalikan kemajuan teknologi. 

    “Kami perlu merumuskan semula rancangan pendidikan pekerja kami sendiri dan dalam pasaran buruh, kami telah mencari orang yang pakar dalam projek inovasi ini dengan kemahiran selain daripada pekerjaan biasa,” katanya.

    Alba Renai ialah salah satu daripada beberapa pempengaruh maya yang menarik perhatian antarabangsa dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termsuklah Aitana Lopez dan Lexi Love.- RELEVAN

    Previous ArticleMinum air berlebihan boleh sebabkan ketoksikan dan bawa maut
    Next Article KiraUntung: Sokongan asas buat peniaga

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.