Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » ANTA lancar kempen sumbangan kasut percuma sempena Ramadan

    ANTA lancar kempen sumbangan kasut percuma sempena Ramadan

    By Zubaidah IbrahimMarch 22, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEMPEN sumbangan kasut percuma bermula 20 Mac hingga 5 April 2024.

    BERSEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, ANTA, jenama pakaian sukan global memperkenalkan kempen sumbangan kasut #ANTABersamaAnda buat julung-julung kalinya.

    Kempen tersebut bertujuan untuk menerapkan nilai belas kasihan dan semangat kebersamaan serta perpaduan.

    Oleh itu, ANTA komited dalam usaha untuk memberi kembali kepada komuniti dengan menjemput orang ramai untuk turut menyumbang kasut pre-loved mereka untuk menyokong kempen ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

    Mulai 20 Mac hingga 5 April, ANTA akan mengumpul kasut-kasut terpakai di lokasi penghantaran yang ditetapkan di Lembah Klang iaitu The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid dan The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru dengan sasaran pengumpulan sekurang-kurangnya 200 pasang kasut.

    Kasut-kasut yang didermakan ini akan diedarkan kepada komuniti kurang berkemampuan yang tersenarai di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Teach for Malaysia dan Women of Will.

    Selain itu, ANTA akan turut menyediakan kasut dan pakaian baharu untuk para penerima sumbangan sebagai persediaan menyambut hari raya.

    Pengurus Negara ANTA Malaysia, Pang Sook Fong berkata, beliau percaya bahawa inisiatif ini bukan sahaja dapat memberi nafas baharu kepada kasut lama, ia juga dapat mengurangkan jejak karbon.

    “ANTA sangat teruja untuk menerajui kempen yang sangat bermakna ini dengan menjalin usaha kemampanan dengan tanggungjawab sosial.

    “Sumbangan kasut pre-loved kepada golongan yang memerlukan, terutamanya kanak-kanak dan wanita dapat memperkasakan mereka dan mendatangkan perubahan kepada kehidupan mereka untuk masa depan yang lebih cerah,” ujarnya.

    Tambah beliau, sebagai tanda penghargaan, setiap pelanggan yang menyumbang sepasang kasut akan menerima diskaun eksklusif untuk produk kasut ANTA terpilih (tertakluk pada terma dan syarat).

    ANTA mengutamakan penyediaan produk sukan berkualiti tinggi kerana mereka percaya bahawa ia mampu menaikkan semangat untuk terus ke hadapan dengan penuh yakin.

    Untuk menyempurnakan lagi kempen #ANTABersamaAnda, ANTA akan menganjurkan beberapa siri acara dalam kedai bermula 15 Mac 2024. Pelanggan boleh mengunjungi kedai ANTA atau layari  web rasminya untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran dan acara menarik yang tersedia.

    Di samping itu, para pelari yang berminat boleh menyertai Run-Madan bersama ANTA Running Team (ART) dan kelab larian tempatan di Lembah Klang. Pelari boleh mendapatkan butiran lanjut acara ini di platform media sosial ANTA.

    Bukan itu sahaja! Pada April 2024, ANTA akan memperkenalkan ANTA KAI 1, keluaran pertama daripada koleksi kasut bola keranjang Kyrie Irving di pasaran Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut tentang ANTA, kempen sumbangan kasut #ANTABersamaAnda dan pelancaran ANTA KAI 1, sila layari laman web, https://my.anta.com/ atau @AntaMalaysia di Instagram atau Facebook.- RELEVAN

    Previous ArticlePencemaran makanan: Kenali jenis sarung tangan yang selamat untuk penyediaan makanan
    Next Article Kewartawanan muzik: Kontang, mati atau kita saja yang sudah putus harap?

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.