Facebook Twitter
    Trending
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hilang pendengaran akibat pakai fon kepala selama 2 tahun

    Hilang pendengaran akibat pakai fon kepala selama 2 tahun

    By March 12, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEORANG wanita dari China yang tidur dengan memakai fon telinga selama dua tahun untuk mendengar muzik setiap malam telah kehilangan pendengaran.- Gambar hiasan Andrea Piacquadio/Pexels

    SEORANG wanita muda yang tidur dengan memakai fon telinga selama dua tahun untuk mendengar muzik setiap malam, kini terpaksa memakai alat bantuan pendengaran kerana kehilangan pendengaran.

    Wanita dari Shandong, China itu yang bekerja sebagai setiausaha di firma tempatan, baru-baru ini pergi ke hospital untuk pemeriksaan telinga selepas menyedari bahawa dia mengalami masalah pendengaran.

    Ini kerana, apabila penyelianya berbisik kepadanya semasa mesyuarat, dia menghadapi masalah untuk memahami kata-kata penyelia itu dan dia bimbang ini akan menyebabkan masalah di tempat kerja.

    Pemeriksaan menyeluruh mendapati wanita tersebut mengalami kerosakan pendengaran neurologi kekal di telinga kirinya yang menyebabkan dia mengalami masalah pendengaran.

    Ditanya sama ada dia mengalami sebarang trauma atau jika telinganya telah mengalami bunyi yang kuat untuk jangka masa yang lama, Wang berkata, satu-satunya perkara yang dia boleh fikirkan ialah mendengar muzik melalui fon kepalanya setiap malam.

    “Semasa saya di kolej, saya suka tertidur sambil mendengar muzik. Sudah menjadi tabiat saya akan tidur dengan fon kepala sepanjang malam. 

    “Tabiat itu berlanjutan sehingga melakukannya selama kira-kira dua tahun,” beritahu wanita itu kepada doktor yang merawatnya.

    Pengarah Jabatan Otolaryngology di hospital itu, Li Tao, berkata, kehilangan pendengaran Wang berkemungkinan besar disebabkan oleh muzik yang dia dengar setiap malam.

    Walaupun volumnya tidak berlebihan, telinga telah mengalami bunyi bising untuk jangka masa yang lama dan ini akhirnya menyebabkan kerosakan pendengaran kekal.

    Nasib baik untuk kes Wang, hanya telinga kirinya yang terjejas oleh bunyi yang berterusan dan kerosakannya cukup ringan sehingga kehilangan fungsi pendengaran boleh dikompensasikan dengan alat bantuan pendengaran.

    Kisah Wang menjadi tular di China baru-baru ini dan dianggap sebagai kisah peringatan untuk golongan belia.

    Kes sebegini bukanlah kali pertama dilaporkan kerana situasi serupa terjadi pada 2019  apabila seorang lelaki dari Taiwan bangun pekak sebelah telinga selepas tertidur semasa mendengar muzik melalui sepasang fon telinga.

    Doktor menasihatkan orang ramai untuk mengikuti tiga prinsip “60” untuk mengelakkan masalah yang sama.

    Jangan dedahkan telinga anda kepada persekitaran melebihi 60 desibel untuk masa yang lama, jangan memakai fon kepala atau mendengar muzik yang kuat selama lebih daripada 60 minit dan apabila menggunakan elektronik yang memainkan bunyi, cuba pastikan kelantangan di bawah 60 peratus.- RELEVAN

    featured fon muzik muzik pendengaran telinga
    Artikel Terkini

    Realiti kesusahan mencari kerja

    May 26, 2025

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.