Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ahli politik dan 4 lagi kerja yang tidak akan pupus sebab AI

    Ahli politik dan 4 lagi kerja yang tidak akan pupus sebab AI

    By Umi FatehahMarch 6, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ahli politik dan 4 lagi kerja yang tidak akan pupus sebab AI. - GAMBAR HIASAN LUKAS/UNSPLASH

    KITA kini berada dalam fasa revolusi kerja kerana sejak pengenalan kecerdasan buatan (AI), ramai pakar meramal ada beberapa jenis bidang akan pupus dek kepintaran AI. 

    Tidak dinafikan, AI sangat membantu untuk memudahkan kerja. Tetapi sekiranya teknologi ini semakin canggih dan kebergantungan manusia terhadapnya juga meningkat, apa akan jadi kepada peluang pekerjaan?

    Walau bagaimanapun, tidak semua pekerjaan mampu digantikan oleh AI. Malah di Sweden iaitu negara yang terkenal dengan teknologi inovatif, pekerjaan tertentu akan sentiasa memerlukan sentuhan manusia. 

    Berikut adalah beberapa pekerjaan yang tidak akan pupus dimamah kepintaran teknologi AI.

    1. Guru dan pensyarah

    Proses pembelajaran adalah satu aspek penting dalam kehidupan yang tidak terganti nilainya. Kepentingan pembelajaran juga terbukti apabila kita meluangkan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun awal kehidupan untuk belajar, sebelum memulakan fasa kehidupan bekerja. 

    Secara realistiknya, bagaimana teknologi akan berkembang sekiranya sudah tidak ada generasi yang mengajar dan belajar? Setiap kepakaran dalam bidang teknologi juga merupakan idea daripada golongan berpendidikan. 

    AI seperti ChatGPT dan sebagainya wajar digunakan sebagai alat bantuan dalam pembelajaran, tetapi hampir mustahil untuk manusia bergantung kepadanya 100 peratus. Justeru, kerjaya seangkatan guru, pensyarah dan sebagainya tidak akan pupus dan digantikan dengan AI.

    1. Peguam dan hakim

    Kerjaya dalam bidang undang-undang ini mempunyai komponen rundingan, strategi dan analisis kes yang kuat. Setiap undang-undang dan perkembangan berkaitan kerjaya ini juga berdasarkan pengalaman peribadi dan pengetahuan setiap pakar.

    Ia memerlukan satu set kemahiran tertentu untuk dapat mengemudi sistem undang-undang yang kompleks dan berhujah untuk membela klien di mahkamah. 

    Terdapat faktor manusia seperti ihsan, kasihan dan budi bicara perlu dilibatkan untuk mempertimbangkan pelbagai aspek perbicaraan sebelum membuat keputusan muktamad.

    Ini bukan jenis profesion yang boleh diambil alih oleh Android atau sebarang jenis AI yang mahir dalam perundangan. Selain itu, cuba bayangkan adakah anda akan berasa selesa sekiranya robot mewakili anda di mahkamah?

    1. Ahli politik

    Salah satu perbezaan terbesar dalam kualiti yang ada pada manusia berbanding AI ialah kita sebenarnya cukup mahir dalam menghasilkan penyelesaian kreatif untuk keadaan yang tidak dijangka. Ahli politik antara individu yang sepatutnya menguasai kemahiran ini.

    Dengan keputusan yang baik atau buruk, kita dapat melihat bagaimana keputusan yang dibuat ketika situasi genting seperti pandemik Covid-19 memberi kesan kepada kadar penyebaran virus, vaksin, kawalan ekonomi dan sebagainya.

    Adakah anda benar-benar akan mengundi robot untuk menjadi pemimpin? Adakah anda sanggup diperintah oleh robot yang tidak mempunyai perasaan? 

    1. Pengurus sumber manusia (HR)

    Pengurus HR merangkumi pelbagai tugas yang sangat penting dalam sesebuah organisasi. 

    Menguruskan temu duga dan pengambilan staf baharu hanyalah sebahagian kecil daripada deskripsi kerja mereka. 

    HR merupakan jabatan penting dalam organisasi untuk mengekalkan motivasi kakitangan, mengesan tanda-tanda awal ketidakpuasan hati dan menguruskan para pekerja.

    Kebelakangan ini, AI telah diperkenalkan dalam dunia HR bagi memudahkan kerja-kerja penapisan dan pemilihan pekerja baharu. Walau bagaimanapun, tidak semestinya calon yang kelihatan ideal di atas sekeping resume akan menjadi pilihan terbaik, begitu juga sebaliknya. 

    Jumlah kemahiran insaniah yang diperlukan bagi menentukan faktor-faktor ini adalah sangat sukar untuk diprogramkan pada mesin. Jadi, sesiapa yang bekerja dalam bidang HR tidak perlu risau kerana AI tidak akan mampu untuk menjajah kerjaya ini sepenuhnya.

    1. Pakar bedah

    Tidak dinafikan teknologi membantu meningkatkan ketepatan diagnosis dan mengesan penyakit dalam mana-mana laporan perubatan. Robotik mikro juga meningkatkan ketepatan pakar bedah semasa operasi yang menjadikan prosedur itu kurang invasif.

    Tetapi menjadi pakar bedah memerlukan keupayaan untuk berhubung dengan pesakit pada tahap yang berbeza sambil mengambil kira faktor dari segi risiko, keadaan kesihatan dan kaedah rawatan yang terbaik untuk pesakit.

    Pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengalaman bekerja perlu dimampatkan dan diguna pakai sepanjang tempoh operasi. Jadi, jika ibu bapa menasihatkan anda untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan, tidak ada salahnya. – RELEVAN

    Previous ArticlePentas akhir ALI2023: Persembahan istimewa, juri dan hal-hal lain
    Next Article Beruntung majikan ada pekerja wanita, ini 5 kelebihan kaum hawa

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.