Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Syaza Nazura, one woman show di sebalik Kejar Kerjaya

    Syaza Nazura, one woman show di sebalik Kejar Kerjaya

    By Umi FatehahFebruary 22, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Syaza Nazura, one woman show di sebalik Kejar Kerjaya. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

    BOLEH kata, hidup sebagai seorang dewasa bermula apabila kita melangkah masuk ke alam kerjaya.

    Kitaran hidup berkerjaya pula tidak semudah seperti menyediakan resume, mencari kerja, hadir ke temu duga dan mula bekerja. 

    Benar, apa yang disebutkan di atas ialah fasa yang perlu dihadapi untuk mula bekerja tetapi terdapat banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan seperti minat, kemahiran, kelayakan, gaji dan sebagainya. 

    Bila sudah mula bekerja, muncul pula situasi-situasi yang membuatkan kita berada dalam dilema. Persekitaran toksik, tiada perkembangan kerjaya, sudah mula hilang minat atau sebenarnya tidak tahu pun apa yang kita minat.

    Graduan baharu terutamanya banyak mengalami situasi yang disebutkan di atas. Apabila sudah menjadi dewasa, kita bertanggungjawab untuk membuat keputusan yang sesuai dan betul demi kehidupan yang lebih terjamin.

    Tetapi, macam mana pula kita nak tahu apa keputusan yang betul dan sesuai? Kalau anda perasan di media sosial X, ramai yang meluah, mengadu dan bertanya pendapat berkaitan kerjaya masing-masing melalui pautan NGL (Not Gonna Lie). 

    Salah seorang individu yang sering menerima pelbagai persoalan daripada rakyat Malaysia yang bingung dengan laluan kerjaya masing-masing ialah Syaza Nazura.

    Syaza Nazura, fasilitator kerjaya – Foto SHIDDIEQIIN ZON

    Syaza Nazura Noor Azmi merupakan Eksekutif Kanan Strategi di TalentCorp serta Pengasas dan Fasilitator kerjaya di Kejar Kerjaya. Beliau aktif menjawab setiap persoalan yang diajukan dengan niat untuk membantu mereka yang buntu memikirkan hal ehwal berkaitan kerja.

    Syaza yang sering membantu graduan baharu berkata, dia seronok melihat perkembangan mereka. Bermula dengan malu-malu dan tidak tahu hala tuju, dia bangga melihat mereka akhirnya semakin yakin dan tahu keinginan, minat masing-masing.

    Permulaan Kejar Kerjaya

    Pada awalnya, dia menerima tawaran untuk menjadi sukarelawan jurulatih kerjaya di bawah program #KisahSiswa yang dikendalikan oleh pihak TalentCorp pada tahun 2020. Syaza, berserta sukarelawan jurulatih kerjaya yang lain, berganding bahu untuk membantu kebolehpasaran graduan baharu melalui perancangan kerjaya.

    Melalui #KisahSiswa, Syaza telah banyak membimbing graduan baharu mencari identiti mereka sendiri bagi membantu pemilihan kerjaya yang bersesuaian.  

    “Sambil menawarkan khidmat nasihat kerjaya di bawah TalentCorp, saya juga banyak membuat perkongsian dalam media sosial. Pada peringkat awal, setiap perkongsian hanya dibuat dalam akaun peribadi.

    “Saya mula giat membuat perkongsian apabila Covid-19 melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan. Dalam tempoh inilah saya mula membina jenama Kejar Kerjaya,” kongsinya.

    Kejar Kerjaya telah banyak membantu para graduan baharu merangka pelan kerjaya masing-masing melalui nasihat dan dorongan yang dikongsikan. Apa yang lebih menarik, Kejar Kerjaya merupakan one woman show – semuanya diuruskan oleh Syaza sendiri.

    Sejak ia mula diperkenalkan, Kejar Kerjaya telah mengadakan banyak program yang membantu ke arah perkembangan kerjaya. Salah satu program yang diadakan ialah “Transitioning Into Your First Managerial Role” bagi membantu individu yang bakal memulakan peranan mereka sebagai pengurus.

    Pada 23 Mac 2024 akan datang, Kejar Kerjaya bakal mengadakan bengkel resume secara dalam talian, di mana Syaza akan berkongsi beberapa petua tentang cara menghasilkan resume, cara menyerlahkan kemahiran dan pengalaman dan bagaimana anda boleh menyesuaikan resume untuk jawatan atau bidang tertentu.

    Sekiranya anda berminat, dapatkan tiket penyertaan dengan harga serendah RM14.90 di kejarkerjaya.peatix.com. – RELEVAN

    Previous ArticleKod Etika Wartawan Malaysia: 6 prinsip utama, 8 kod etika dan penjelasannya
    Next Article Resume yang hebat bukan satu-satunya kunci untuk dapat kerja idaman

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.