Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 intipati penting sidang akhbar Anugerah Lagu Indie 2023

    6 intipati penting sidang akhbar Anugerah Lagu Indie 2023

    By February 21, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BARISAN peserta akhir Anugerah Lagu Indie 2023 bersama penganjur dan penaja. - GAMBAR IHSAN RAKITA

    ANUGERAH Lagu Indie (ALI) tampil dengan penganjuran kali keempatnya, membawa pelbagai pembaharuan untuk terus kekal relevan sebagai platform penerokaan bakat muzik independen Malaysia.

    Berbeza dengan tiga edisi sebelum ini, ALI kini mempertandingkan lagu-lagu dalam tiga kategori, iaitu Hip Hop, Pop dan Rock.

    Malah, untuk edisi keempat, hanya peserta akhir yang akan mempersembahkan lagu-lagu mereka secara langsung, memberikan lebih pemberat terhadap penilaian lagu yang dirakam.

    Relevan menghadiri sidang akhbar pengumuman peserta akhir ALI yang diadakan di Spacerubix, Puchong pada 21 Februari sebagai rakan media. Berikut merupakan intipati utama sidang akhbar tersebut.

    • Hadiah terkumpul

    Hadiah yang ditawarkan untuk edisi keempat merupakan yang tertinggi, dengan jumlah wang tunai terkumpul mencecah jumlah RM36,000.

    Ini termasuk hadiah utama RM15,000 untuk pemenang Anugerah Lagu Terbaik. Empat anugerah lain, iaitu Persembahan Terbaik, Anugerah Rock Terbaik, Anugerah Pop Terbaik dan Anugerah Hip Hop Terbaik menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

    Satu lagi kategori, iaitu Anugerah Lagu Terpaling Platinum Carta Indie Kita menawarkan wang tunai RM1,000.

    • Juara antara juara

    Format berbeza tahun ini menimbulkan beberapa tanda tanya. Antaranya ialah pemilihan pemenang Anugerah Lagu Terbaik – adakah ia dipilih dalam kalangan tiga pemenang kategori atau diberi berasingan?

    Menurut Penerbit Eksekutif Bersama ALI2023, Jennifer Thompson, pemenang Anugerah Lagu Terbaik adalah dalam kalangan tiga pemenang kategori. Ini bermakna, juara keseluruhan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

    • Sistem pemarkahan

    Seperti pertandingan lain, sistem pemarkahan antara perkara yang akan menjadi tumpuan. Dalam kes ALI2023, apakah sistem pemarkahan yang akan diguna pakai untuk memilih pemenang?

    Jelas Penerbit Eksekutif ALI2023, Ahmed Faris Amir, pemarkahan di peringkat akhir akan menggabungkan 70 peratus markah dari juri profesional dan 30 peratus undian awam. Ini bermakna, undian penonton akan turut memberi kesan kepada keputusan akhir.

    Selain itu, Jennifer turut menjelaskan, 70 peratus markah juri profesional adalah sepenuhnya dinilai terhadap kualiti lagu rakaman dan tidak dipengaruhi persembahan di peringkat akhir. Ini kerana anugerah khusus untuk persembahan telah diwujudkan, iaitu Anugerah Persembahan Terbaik.

    AHMED FARIS (kiri) dan JENNIFER THOMPSON – GAMBAR KU SYAFIQ/RELEVAN
    • Tiga kategori

    Buat kali pertama, ALI memperkenalkan kategori genre. Tiga kategori tersebut, iaitu Hip Hop, Pop dan Rock boleh dikira sebagai genre induk yang menaungi banyak genre-genre khusus lain.

    Menurut Jennifer, kategori-kategori tersebut tidak dipecahkan kepada genre-genre yang lebih khusus kerana ia akan melibatkan terlalu banyak kategori. 

    Tambah Ahmed Faris, memandangkan tahun ini merupakan kali pertama ALI memperkenalkan kategori genre, ia boleh dilihat sebagai proses yang mungkin dikembangkan pada masa hadapan.

    • Enam anugerah

    Secara keseluruhannya, ALI2023 menawarkan enam anugerah dalam pentas akhir nanti, iaitu Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Rock Terbaik, Anugerah Pop Terbaik, Anugerah Hip Hop Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Lagu Terpaling Platinum Carta Indie Kita.

    Anugerah Lagu Terpaling Platinum Carta Indie Kita akan mempertandingkan tiga lagu, iaitu Trek 8 oleh Iqbal M., Noisy Punk oleh Armpunk Sindicate dan Berbisik oleh Plague of Happiness. Ketiga-tiga lagu tersebut merupakan lagu yang berjaya meraih gelaran platinum dalam Carta Indie Kita pada 2023.

    • Senarai peserta akhir

    Akhir sekali, yang paling ditunggu-tunggu, senarai peserta akhir untuk setiap kategori. Setiap kategori akan menampilkan lima peserta. Berikut senarainya.

    KATEGORI HIP HOP

    ICE COLD CA$tLE  

    Komposer: Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff, Danish Hakimi

    Lirik: Jeffery Chong, Ammar Ariff, Danish Hakimi

    Artis: Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru

     

    Candy Mind  

    Komposer: SYA

    Lirik: SYA & SENNA

    Artis: SYA

     

    LXF

    Komposer: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, JayMHD7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & DJ Ruckes 

    Lirik: Sabbala, Rahhh5Kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, ADK, Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & DJ Ruckes

    Artis: LXF

     

    Gard O Gard 

    Komposer: Uzayr Muhammad, Jeffrey Affandy

    Lirik: Uzayr Muhammad, Jeffrey Affandy

    Artis: 53 UNIVERSE

     

    Mimpi Untuk Semalam  

    Komposer: dafreakinaz, JAYSTATION, Quai

    Lirik: JAYSTATION, Quai

    Artis: SLATAN, JAYSTATION, Quai

     

    KATEGORI POP

    pura  

    Komposer: Fatin Faizal

    Lirik: Fatin Faizal

    Artis: Fatin Faizal

     

    Pembunuh Malam  

    Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq

    Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq

    Artis: Lunar

     

    stargazing  

    Komposer: odelia tirza

    Lirik: odelia tirza

    Artis: odelia tirza

     

    Luka  

    Komposer: Lily Jannah

    Lirik: Lily Jannah

    Artis: Lily Jannah

     

    Derana  

    Komposer: Syahir Cherpen

    Lirik: Syahir Cherpen

    Artis: Heidi And Ruang Hati

     

    KATEGORI ROCK

    Jiwa (Takhta Milik Kita) 

    Komposer: Aimran, Faz, Adry, Shahril

    Lirik: Shahril Redzwan

    Artis: AKTA

     

    In The Haze

    Komposer: Chia Shock Hong, Bryan Lu

    Lirik: Chia Shock Hong

    Artis: Math Class

     

    Inti Sari

    Komposer: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad & Harith Zikry

    Lirik: Hayzeeq Iman & Daniel Aswad

    Artis: Zerophobia

     

    Terraluna

    Komposer: CRAZY GRIZZLY

    Lirik: Mustika Sari

    Artis: CRAZY GRIZZLY

     

    Souled Out

    Komposer: VOTA

    Lirik: VOTA

    Artis: VOTA

    Pentas akhir ALI2023 akan diadakan pada jam 8 malam, 7 Mac 2024 secara langsung di saluran Youtube Anugerah Lagu Indie. – RELEVAN

    Anugerah Lagu Indie artikel pilihan featured muzik pendidikan

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.