Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beras hibrid padat dengan protein daging lembu dan sel lemak

    Beras hibrid padat dengan protein daging lembu dan sel lemak

    By February 21, 2024Updated:March 4, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PASUKAN penyelidik dari Universiti Yonsei berjaya mencipta hibrid beras yang dicampur dengan protein daging lembu dan sel lemak. - Foto Universiti Yonsei

    PASUKAN saintis dari Universiti Yonsei, Korea Selatan berjaya mencipta beras hibrid baharu yang bukan sahaja mempunyai warna merah jambu seakan daging tetapi juga padat dengan protein daging lembu dan sel lemak.

    Beras sudah menjadi salah satu makanan paling berkhasiat dan makanan rugi di beberapa negara. 

    Dengan bantuan ‘magic’ saintifik, tidak lama lagi beras boleh menjadi alternatif yang berdaya maju dan mampan untuk daging.

    Sehubungan itu, pasukan penyelidik dari Universiti Yonsei membawa misi yang besar  dan berjaya mencipta hibrid beras yang dicampur dengan protein daging lembu dan sel lemak. 

    Beras merah jambu hibrid itu mempunyai lapan peratus lebih protein dan tujuh peratus lebih lemak berbanding beras biasa.

    Walaupun ia belum mempunyai rasa seperti daging lembu, tetapi beras ini membawa campuran aroma yang unik, termasuk sedikit kekacang dan umami yang merupakan ciri daging.

    Nasi daripada beras merah jambu ini suatu hari nanti boleh menjadi hidangan lengkap dengan sendirinya, memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan mampan untuk seluruh dunia.

    “Bayangkan memperoleh semua nutrien yang kita perlukan daripada beras protein sel dikultur.

    “Nasi sudah mempunyai tahap nutrien yang tinggi, tetapi penambahan sel daripada ternakan boleh meningkatkannya lagi,” kata Pengarang Bersama Kajian, Park So-hyeon yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Matter

    Jadi, bagaimanakah untuk meresapkan nasi dengan daging lembu? Oleh kerana mengetahui bahawa sel yang tumbuh di makmal memerlukan perancah tiruan untuk mencipta tisu, penyelidik dari Universiti Yonsei itu memutuskan bahawa sifat beras yang berliang akan menjadikan perancah yang ideal.

    Untuk membantu sel daging lembu melekat pada butir beras ia akan disalut dengan gelatin ikan dan dibiarkan untuk dikultur dalam piring petri sehingga 11 hari.

    Bukan hanya mengandungi protein dan lemak. Bijirinnya juga lebih pejal dan lembut malah apabila di masak ia mengekalkan rupa tradisionalnya.

    Walaupun nasi itu belum benar-benar rasa seperti daging lembu tetapi ia menawarkan pengalaman rasa yang menyenangkan dan baharu. Nasi ini juga enak digandingkan bersama pelbagai jenis hidangan lauk.

    Untuk eksperimen pertama mereka, saintis menggunakan sel daripada lembu hanwoo yang disembelih di rumah penyembelihan tempatan.

    Pada masa hadapan, mereka merancang untuk menggunakan bekalan sel yang mampan yang boleh dikekalkan di makmal.

    Mereka juga meneroka kemungkinan menggabungkan nasi dengan jenis daging atau ikan lain untuk memenuhi cita rasa yang berbeza.

    Buat masa ini, peratusan protein dalam beras hibrid masih agak rendah. Untuk benar-benar menggantikan daging, penyelidik perlu meningkatkan kandungan protein dengan ketara.- Relevan

    beras daging featured hibrid
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.