Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bercita-cita bekerja di luar negara? 5 tip ini dapat bantu anda

    Bercita-cita bekerja di luar negara? 5 tip ini dapat bantu anda

    By Umi FatehahFebruary 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bercita-cita bekerja di luar negara? 5 tip ini dapat bantu anda. - GAMBAR HIASAN KRISTIN WILSON/UNSPLASH

    BERMINAT untuk memulakan kerjaya di luar negara? Sebagai pencari kerja, jangan anggap batas geografi menjadi halangan kepada perkembangan kerjaya. Bekerja di luar negara boleh dilihat sebagai aset berharga kepada prospek kerjaya anda.

    Walau bagaimanapun, anda mesti tahu bahawa pilihan untuk bekerja di luar negara ada banyak perkara yang perlu difikir dan diselesaikan. Mencari pekerjaan di luar negara boleh menjadi misi yang sukar. 

    Proses dan perkara yang perlu diambil kira tidak sama seperti anda merancang untuk bercuti ke luar negara. Menurut Jobstreet, berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sekiranya anda mempunyai perancangan untuk bekerja di negara lain.

    1. Fikirkan mengapa anda ingin bekerja di luar negara

    Mencari pekerjaan di luar negara, memproses keperluan visa dan segala yang berkaitan bukan seperti bercuti. Meskipun keseluruhan proses mungkin mencabar, ia boleh dicapai sekiranya anda sudah membuat keputusan yang muktamad.

    Seperti mana-mana peringkat mencari kerja, kunci kejayaan ialah perancangan teliti. Fikirkan pekerjaan yang ingin diceburi dan pastikan anda cukup bersedia untuk menukar kerjaya.

    Pertimbangkan alternatif kerjaya dengan menyelidik pilihan kerjaya lain di luar negara. Menurut laporan JobStreet Decoding Digital Talent, kebanyakan pencari kerja Malaysia dalam bidang media dan maklumat, undang-undang dan teknologi maklumat bersedia untuk meneroka peluang pekerjaan di Singapura, Australia dan United Kingdom. 

    1. Tentukan di mana anda ingin bekerja

    Ambil kira budaya negara yang anda bakal jejaki. Buat senarai pendek dan selidik prospek pekerjaan di setiap negara. Lakukan juga penyelidikan dan nilai persekitaran kerja untuk tentukan adakah ia selari dengan minat anda.

    Selepas sudah memilih negara yang anda ingin bekerja, ketahui tentang budaya dan adat resam negara tersebut. Ia akan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup dan masyarakat di sana.

    1. Nilai semula kemahiran yang anda ada dan sesuaikan dengan resume

    Proses pencarian kerja di luar negara bagi individu yang sudah biasa bekerja di tanah air mungkin agak mencabar. Lihat kembali latar belakang serta kemahiran anda dan apa yang boleh menjadi kekuatan untuk menarik minat bakal majikan di luar negara.

    Sesetengah negara mempunyai pekerjaan dengan permintaan tinggi dan menggalakkan bakat global memohon untuk meningkatkan tenaga kerja mereka. Oleh itu, persaingan antara calon-calon global lain mungkin sengit. Apa yang perlu dilakukan ialah pastikan profil anda menonjol.

    Pertama, surat iringan (cover letter) dan resume mestilah cukup kukuh untuk menarik perhatian majikan antarabangsa. Sebagai contoh, majikan di Australia dan New Zealand memerlukan calon menyerahkan surat iringan atau pengalaman bekerja yang lebih terperinci. 

    Jadi, menghasilkan resume dan surat iringan yang sepadan dengan jangkaan majikan di sesebuah negara itu akan membuat anda lebih menyerlah.

    1. Lakukan lawatan singkat ke destinasi impian

    Jika mampu dari segi kewangan, lakukan lawatan ringkas ke destinasi sasaran. Ketahui bagaimana penduduk tempatan menjalani hari mereka akan memberi gambaran dan memudahkan anda untuk menyesuaikan diri.

    Anda juga boleh menggunakan masa ini untuk menyelidik kos sara hidup dan bagaimana ia akan mempengaruhi kewangan anda.

    1. Renungkan semula keinginan anda untuk bekerja di luar negara

    Berpindah ke luar negara adalah satu lonjakan besar untuk kerjaya anda. Walaupun ia membuka kepada banyak peluang cerah, perlu ambil kira juga kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.

    Ia akan memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada kehidupan profesional anda tetapi termasuk kehidupan peribadi. Dengan meninggalkan rumah dan keluarga di sini, anda berisiko tidak mempunyai sistem sokongan sedia ada untuk bersandar.

    Segelintir orang mendapati bahawa tinggal di luar negara adalah berbeza daripada apa yang mereka jangkakan. Pastikan anda membuat penyelidikan sebanyak mungkin untuk menyokong setiap keputusan. 

    Dapatkan nasihat individu yang berpengalaman dan pertimbangkan keadaan anda. Sekiranya anda kekal bersemangat dan tidak ragu-ragu, mungkin ia petanda bahawa cita-cita ini perlu diteruskan. – RELEVAN

    featured kerja luar negara kerjaya luar negara melancong

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.