Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baik buruk menjadi penjamin pinjaman

    Baik buruk menjadi penjamin pinjaman

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 13, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SAMA ada anda mahu atau tidak menjadi penjamin, pengetahuan tentangnya tetap penting. - GAMBAR HIASAN/ANDREA PIACQUADIO (Pexels)

    DALAM urusan peminjaman wang, kita selalu dengar istilah penjamin atau guarantor. 

    Penjamin merupakan individu yang berjanji untuk menyelesaikan satu-satu pinjaman sekiranya peminjam gagal berbuat demikian.

    Setiap bank mempunyai syaratnya tersendiri untuk mengiktiraf seseorang sebagai penjamin. Namun, secara amnya, syarat menjadi penjamin adalah seperti berikut:

    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Mampu memahami tanggungjawabnya sebagai penjamin.
    • Bersetuju menjadi penjamin secara sukarela, bukan dipaksa atau diperdaya.
    • Tidak muflis

    Bagi sesetengah orang, istilah penjamin itu menakutkan kerana selalu kedengaran cerita penjamin ditinggalkan dengan beban kewangan besar akibat keculasan peminjam. 

    Namun, untuk mengelakkan diri daripada menjadi penjamin juga tidak mudah, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ahli keluarga. 

    Sehubungan itu, daripada membiarkan diri diselubung rasa takut semata-mata, lebih baik bersedia dengan maklumat dan pengetahuan tentang menjadi penjamin.

    Jenis penjamin

    Syarikat agensi pinjaman wang, BlueBricks Holding mengkategorikan penjamin kepada dua jenis utama, iaitu penjamin sosial dan penjamin bukan sosial.

    Penjamin sosial merupakan individu yang menjadi penjamin tanpa jangkaan keuntungan kewangan. Individu itu kebiasaannya membantu ahli keluarga atau rakan untuk jaminan pinjaman seperti pembelian kereta, rumah atau pendidikan.

    Penjamin bukan sosial pula merujuk kepada individu yang menjadi penjamin untuk pinjaman bermotifkan keuntungan, seperti pinjaman komersial atau perniagaan.

    Investopedia pula menyenaraikan dua jenis penjamin, iaitu penjamin terhad dan tidak terhad yang berbeza mengikut perjanjian pinjaman yang ditandatangani.

    Penjamin terhad boleh mengehadkan jaminannya kepada tempoh masa tertentu atau peratusan pinjaman tertentu. 

    Penjamin tidak terhad pula perlu menjamin keseluruhan pinjaman, baik dari segi tempoh masa atau jumlah.

    Tanggung risiko

    Secara amnya, pinjaman dengan penjamin lebih menguntungkan peminjam berbanding penjamin. Menjamin sesuatu pinjaman bererti anda menanggung risiko bersama peminjam tanpa mendapat apa-apa keuntungan (kecuali dalam kes penjamin bukan sosial).

    Penjamin perlu bersedia menanggung hutang peminjam sekiranya mereka gagal melangsaikan bayaran. Malah, markah kredit penjamin juga boleh terkesan sekiranya peminjam gagal membayar semula pinjaman dengan baik.

    Oleh itu, kelebihan menjadi penjamin yang disenaraikan di sini lebih memberi kesan kepada peminjam berbanding penjamin.

    Kelebihan

    • Memudahkan peminjam mendapatkan pinjaman.
    • Membolehkan pinjaman yang lebih tinggi dibuat.
    • Membantu peminjam menambah baik markah kredit.

    Kekurangan

    • Penjamin mungkin bertanggungjawab atas bayaran yang tertunggak.
    • Berpotensi memburukkan markah kredit penjamin.
    • Peluang untuk mendapatkan pinjaman lain mungkin terjejas.

    Kesimpulannya, menjadi penjamin lebih banyak kekurangan tetapi dalam banyak keadaan, ia diperlukan. Lebih-lebih lagi apabila ahli keluarga yang lebih muda memerlukan bantuan untuk membuat pinjaman.

    Mereka yang kurang sejarah pinjaman atau baru mula bekerja, kebiasaannya, sukar untuk mendapat kepercayaan bank dan agensi pinjaman. Dalam keadaan itu, penjamin diperlukan.

    Walau bagaimanapun, sama ada anda mahu atau tidak menjadi penjamin, pengetahuan tentangnya tetap penting. Sekurang-kurangnya, apabila berhadapan situasi yang memerlukan anda menjadi penjamin, anda lebih celik dan jelas tentang baik buruknya. – RELEVAN

    Previous ArticlePantai di Jepun dilitupi lapisan tebal tulang ikan
    Next Article Susah turunkan berat badan? Cuba makan mengikut jenis darah

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.