Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Yayasan Maghfirah kongsi rezeki Ramadan, buka 6 pakej infak

    Yayasan Maghfirah kongsi rezeki Ramadan, buka 6 pakej infak

    By Zubaidah IbrahimFebruary 6, 2024Updated:February 7, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    YAYASAN Maghfirah meneruskan projek Kongsi Rezeki Ramadhan 2024 dengan melancarkan Kempen Raikan Ramadan Tahun 2024 yang bertemakan ‘Berkongsi Rezeki, Manisnya Memberi’.

    BERSEMPENA kedatangan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Yayasan Maghfirah (YM) meneruskan Projek Kongsi Rezeki Ramadhan 2024 di seluruh Malaysia dan luar negara.

    Rentetan daripada itu, YM meneruskan Projek Kongsi Rezeki Ramadhan 2024 dengan melancarkan Kempen Raikan Ramadan Tahun 2024 yang bertemakan ‘Berkongsi Rezeki, Manisnya Memberi’.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YM, Muhammad Shuib Norudin, kempen ini membuka ruang kepada orang ramai untuk merebut keberkatan Ramadan untuk berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana.

    “YM menyasarkan lebih 10,000 orang bakal menerima manfaat kempen Raikan Ramadan Tahun 2024 dengan sasaran jumlah agihan sebanyak RM 500,000.00.

    “Kami juga berbesar hati untuk meneruskan perlaksanaan Majlis Amal Maghfirah (MAM) yang bakal meraikan 350 orang asnaf iaitu terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak-anak tajaan Kelas SAQ,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat YM di Kajang baru-baru ini.

    Pada tahun lalu, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan Ramadan sebanyak RM313,466.242 kepada lebih 10,609 asnaf di seluruh negara.

    AGIHAN bantuan Ramadan juga diberikan kepada golongan yang memerlukan di luar negara iaitu Lubnan, Indonesia dan Mesir.

    Di samping itu, YM juga mengagihkan bantuan Ramadan kepada golongan yang memerlukan di luar negara iaitu Lubnan, Indonesia dan Mesir.

    Tambah beliau, dua agihan khusus Ramadan iaitu projek Kongsi Rezeki dan projek Jiwa Peduli akan digerakkan ke beberapa tempat yang telah ditetapkan.

    Antara tempat yang bakal diagihkan pek kongsi rezeki antaranya adalah golongan asnaf, pusat anak yatim, pusat kebajikan, hospital terpilih, pusat tahfiz, kelas sahabat al-Quran dan pusat komuniti.

    Agihan ini juga bakal dilaksanakan di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan Sarawak dan Sabah bersama-sama Skuad Kita Bantu (SKB) yang merupakan kumpulan sukarelawan YM di seluruh negara.

    Selain itu, bantuan iftar dibawah projek Kongsi Rezeki juga melibatkan agihan ke luar negara seperti Kemboja, Mekah, Afrika, Turki, Indonesia dan Lubnan.

    Manakala projek Jiwa Peduli akan turut sama dijalankan seperti program bank makanan (foodbank) Ramadan, bantuan barangan asas ambang Ramadan dan bantuan persediaan raya.

    Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh memilih enam pakej Raikan Ramadan yang disediakan oleh YM.

    •   Infaq Ramadan Diamond – RM1,000 percuma eKomik Misi Mencari Keampunan
    •   Infaq Ramadan Platium – RM300 percuma ebook 30 Tips Mencapai Puasa Mabrur
    •   Infaq Ramadan Gold – RM150 percuma ebook 10 Resepi Mudah Iftar
    •   Infaq Ramadan Silver – RM60 percuma ebook 7 Doa Eksklusif Ramadan
    •   Infaq Ramadan Bronze – RM50 percuma ebook Ramadan Guideline: Puasa dan Tarawih
    •   Infaq Ramadan – RM30

    Pada Ramadan tahun ini juga, YM mengadakan pertandingan yang menarik dengan hadiah bernilai RM5,000.00.

    Syarat-syaratnya boleh ditonton di Malaysia Hari Ini (MHI) yang bersiaran pada 6 Mac 2024.

    Turut dilancarkan Tabung Operasi YM. Dana yang terkumpul melalui tabung ini akan digunakan khusus untuk menampung kos pengurusan agihan bantuan

    Menurut Ketua Pegawai Operasi YM, Siti Nor Mariam Said Abdul Malek Shah, pihaknya mensasarkan agihan bantuan pada tahun ini berganda melebihi tahun-tahun sebelumnya bagi memastikan lebih ramai yang dapat dibantu.

    “Oleh itu, kami mengalu-alukan para dermawan budiman di luar sana untuk bersama-sama YM bagi menjayakan misi ini.

    “Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank (5622 6355 2802) dengan rujukan ramadan 03 atau lebih mudah melalui laman web di sedekahym.my,” ujarnya.

    Di samping projek Kongsi Rezeki dan Jiwa Peduli, YM juga kini sedang mengusahakan Pembangunan Pusat Latihan dan Dakwah (PLD) Yayasan Maghfirah di Lenggeng, Negeri Sembilan dan rangkaian sekolah Maghfirah.

    Pada tahun 2023, Maahad Tahfiz Al Maghfirah (MATAM) telah mula beroperasi dan bermula Mac ini dua cawangan Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah (SRII Maghfirah) akan mula beroperasi.

    YM juga mensasarkan penubuhan Maghfirah International Leadership Boarding School (MILBOS) Malaysia iaitu sebuah sekolah menengah berasrama penuh yang akan beroperasi pada tahun 2027.- RELEVAN

    Previous ArticleElak jadi mangsa penipuan tawaran kerja dengan panduan ini
    Next Article Kurangkan ketagihan TikTok, ubah tabiat demi kehidupan sejahtera

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.