Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ketagih TikTok? Ini kesannya kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi

    Ketagih TikTok? Ini kesannya kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi

    By Umi FatehahFebruary 5, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ketagih TikTok? Ini kesannya kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi. - GAMBAR HIASAN SOLEN FEYISSA/UNSPLASH

    SIAPA sahaja yang tidak mempunyai akaun TikTok pada hari ini? Hampir setiap daripada kita mempunyai TikTok dan selalu meluangkan masa menonton video di aplikasi tersebut.

    Ada sahaja masa lapang, pasti ramai yang memilih untuk skrol TikTok daripada melakukan aktiviti lain. Banyak video atau kandungan menarik berunsur komedi, ilmiah, fesyen, makeup dan sebagainya. Bukan sahaja dapat mengisi masa lapang, ia juga menghiburkan.

    TikTok telah dimuat turun hampir tiga bilion kali di seluruh dunia dan merupakan salah satu aplikasi paling popular. Namun, sesetengah orang terlalu kerap menggunakan aplikasi itu sehingga menyebabkan ketagihan TikTok. 

    Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan tekanan kesihatan mental yang ketara. TikTok berkongsi beberapa persamaan dengan Instagram, Facebook dan YouTube, tetapi sistem algoritmanya yang terus memaparkan kandungan yang menepati minat pengguna membuatkan mereka akan terus skrol laman For You Page (FYP).

    Tidak dinafikan ada yang mampu mengawal penggunaan mereka tetapi sama seperti seseorang yang ketagihan permainan video atau ketagihan bahan terlarang, mereka juga mungkin mengalami ketagihan media sosial terutama TikTok.

    Tanda-tanda ketagihan TikTok

    Cuba anda lakukan refleksi diri. Sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, itu bermakna anda mempunyai ketagihan TikTok. 

    • Rasa resah apabila tidak menggunakan TikTok
    • Rasa mudah terganggu (distracted) apabila tidak menggunakan TikTok
    • Mempunyai perasaan Fear of Missing Out (FOMO) atau perasaan takut terlepas apabila tidak menggunakan TikTok
    • Mengabaikan hubungan atau tanggungjawab penting kerana TikTok
    • Ingin mengurangkan penggunaan TikTok tetapi rasa seperti tidak mampu berbuat demikian
    • Mengalami masalah tidur atau tidur lewat hampir setiap malam kerana menggunakan TikTok

    Anda ada tak tanda-tanda di atas? Kalau ada, mungkin sudah tiba masanya untuk anda cuba bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kebergantungan terhadap TikTok ketika mengisi masa atau menghilangkan rasa bosan.

    Kesan ketagihan TikTok 

    • Mengurangkan kemampuan untuk terus menumpukan perhatian

    TikTok beroperasi dengan menayangkan video pendek. Pakar mempercayai bahawa peningkatan penggunaan media sosial dikaitkan dengan kemampuan menumpukan perhatian yang lebih singkat (short attention span).

    Secara keseluruhannya, sekarang ini sudah ramai orang menjadi kurang sabar dan sukar untuk melakukan aktiviti yang sama secara berterusan dalam jangka masa panjang seperti membaca buku dan menonton filem. 

    Sebagai contoh, anda tidak mampu untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama semasa menonton filem. Jadi, timbul perasaan untuk melakukan perkara lain seperti skrol media sosial sambil menonton filem itu untuk mengelakkan rasa bosan.

    • Buli siber

    Buli siber adalah masalah yang berleluasa di semua platform media sosial termasuk TikTok. Penyelidikan menunjukkan bahawa 37 peratus remaja pernah dibuli secara dalam talian dan 15 peratus remaja perempuan telah menjadi sasaran untuk sekurang-kurangnya empat jenis tingkah laku buli siber. 

    Sejarah buli siber dikaitkan dengan kemurungan, kecederaan diri dan pemikiran membunuh diri. Jika anda perasan, apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain di sosial media yang tidak menepati cita rasa orang lain pasti akan dibuli.

    Sama ada dari segi pemakaiannya, pemikirannya atau tingkah lakunya. Ada sahaja yang tidak kena dan ada sahaja yang akan dikritik. 

    • Kandungan kurang bersesuaian

    Walaupun TikTok mempunyai tetapan keselamatan, risiko untuk terdedah kepada kandungan yang tidak bersesuaian mengikut peringkat umur masih tinggi. Kebanyakan ibu bapa langsung tidak mengetahui jenis kandungan yang anak-anak mereka tonton.

    Algoritma unik TikTok juga mungkin menjadikan pengguna lebih cenderung melihat kandungan yang mempengaruhi berdasarkan rasa ingin tahu semula jadi seseorang. 

    Tidak dapat dinafikan, banyak kandungan yang berunsur lucah atau melibatkan bahan terlarang seperti dadah atau rokok dan vape. Mungkin kandungan sebegitu pernah muncul di laman FYP anak-anak dan tentunya perkara ini sangat merisaukan kerana mereka lebih mudah terpengaruh.

    • Kurang berinteraksi dengan dunia sebenar

    Hubungan yang memuaskan adalah salah satu aspek terpenting dalam kesejahteraan emosi. Media sosial bertujuan untuk menghubungkan kita, tetapi kesannya jauh lebih rumit. Media sosial mempunyai cara untuk membuatkan kita berasa tidak mencukupi, tidak selamat dan kesunyian. Semuanya boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan mental kita.

    Apabila terlalu bergantung dengan media sosial, ada kemungkinan kita akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan manusia dalam dunia sebenar. Ia akan membuatkan kita menjadi lebih sunyi dan sukar untuk diterima masyarakat disebabkan kemahiran bersosial yang lemah.

    Untuk mengetahui cara mengurangkan ketagihan TikTok, nantikan artikel kami yang seterusnya. – RELEVAN

    featured FYP kesihatan ketagih media sosial skrol tiktok

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.