Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Persediaan peperiksaan pada saat akhir dengan 7 langkah ini

    Persediaan peperiksaan pada saat akhir dengan 7 langkah ini

    By Zubaidah IbrahimJanuary 31, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEPERIKSAAN merupakan masa yang sangat tertekan dan mendebarkan lebih-lebih lagi jika tidak sempat mengulang kaji pelajaran. - Foto Mindandi/Freepik

    SEBAGAI pelajar, peperiksaan merupakan masa yang sangat tertekan dan mendebarkan lebih-lebih lagi jika masa semakin suntuk dan tinggal beberapa hari sahaja lagi anda akan menempuh peperiksaan. Selain itu, ada juga sesetengah orang yang lebih gemar mengulang kaji pada saat-saat akhir kerana katanya otak lebih cergas bekerja.

    Walau apapun alasannya, bertenang dan jangan panik. Gunakan masa yang ada itu untuk mengulang kaji sebaik mungkin dan dengan lebih sistematik.

    Sehubungan itu, anda boleh cuba tujuh tip ini untuk belajar pada saat-saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan seperti berikut: 

    1. Jangan panik

    Bertenang, jangan panik dan cuba rangka pelan yang bersesuaian untuk anda lakukan pada saat-saat akhir. Cuba atur jadual ulang kaji yang bersesuaian dengan tarikh peperiksaan setiap mata pelajaran kerana setiap minit pada ketika ini sangat berharga.

    Bahagikan masa kepada topik dan subtopik serta tentukan berapa banyak masa yang tinggal untuk anda mengulang kaji. Pastikan bahawa masa yang diperuntukkan adalah realistik dan boleh dicapai.

    1. Fokus topik yang lemah

    Kerana anda sedang belajar pada saat-saat akhir, anda tidak akan mempunyai masa untuk membaca semua bahan pembelajaran.

    Sebaliknya, anda perlu fokus kepada topik yang anda lemah dan cuba ulang kaji serta membuat latihan supaya anda lebih bersedia menghadapi peperiksaan.

    Anda juga boleh buat beberapa latihan soalan peperiksaan dan kenal pasti kelemahan anda. Kemudian beri tumpuan lebih kepada topik tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN:  Syarikat China keluarkan bateri 50 tahun tanpa cas

    1. Buat peta minda

    Anda juga boleh belajar dengan cepat dan cekap dengan membuat peta minda. Kaedah ini boleh membantu anda untuk mengingati perkaitan dan pautan antara konsep atau istilah tertentu.

    Anda boleh melukis peta minda pada sekeping kertas atau menggunakan perisian peta minda pada komputer untuk memudahkan anda mengulang kaji pelajaran.

    1. Gunakan kad imbas

    Kad imbas boleh mencipta sesi belajar yang cekap pada saat-saat akhir. Anda boleh menggunakan kad imbas berwarna untuk menulis istilah atau frasa yang berbeza untuk membantu anda bersedia menghadapi peperiksaan. 

    Kad imbas terbukti dapat meningkatkan ingatan dan membantu meningkatkan kebolehan pembelajaran visual anda.

    Cuba uji diri anda dengan meminta bantuan rakan atau adik-beradik untuk menguji anda mengenai sesuatu istilah yang ditulis pada kad imbas itu untuk memastikan anda benar-benar ingat dan faham.

    1. Bersenam pada waktu rehat

    Walaupun anda sedang belajar pada saat-saat akhir dan mungkin cuba memasukkan sebanyak mungkin maklumat dalam otak, tetapi anda perlukan masa untuk berehat, bersenam dan beriadah.

    Lakukan senaman untuk kekal bertenaga selepas habis mengulang kaji pelajaran. Ambil masa untuk bersenam selama lima hingga 10 minit bagi membantu anda kekal cergas dan bersedia dari segi mental serta fizikal untuk menghadapi peperiksaan.  

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu sindrom patah hati? Simptom sama dengan serangan jantung

    1. Sekat gangguan

    Untuk belajar dengan berkesan pada saat-saat akhir, anda harus membuat zon bebas gangguan di dalam bilik atau kawasan umum. Anda mungkin memerlukan masa bersendirian di dalam bilik tanpa sebarang gangguan.

    Jika belajar di tempat awam seperti perpustakaan, anda boleh menggunakan fon kepala untuk kekal fokus. Anda juga boleh mematikan telefon bimbit dan elakkan menggunakan media sosial ketika mengulang kaji pelajaran.

    1. Dapatkan tidur malam yang nyenyak

    Banyak kajian telah menunjukkan bahawa tidur malam yang nyenyak sebelum peperiksaan boleh membantu anda mencapai prestasi yang lebih baik.

    Walaupun mungkin menarik untuk belajar sepanjang malam tetapi tindakan ini sebaliknya akan membuatkan mental dan fizikal anda menjadi penat sehingga mengganggu fokus ketika menjawab kertas peperiksaan.

    Walaupun anda perlu menyemak nota dan mengingati banyak perkara sebelum tidur tetapi cuba tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam sebelum peperiksaan.

    Anda juga harus menetapkan penggera supaya bangun pada awal waktu pagi untuk menyemak nota sekali lagi sebelum menuju ke peperiksaan.

    – RELEVAN 

    Previous ArticleTolak cara baik kawan minta pinjam wang dengan 5 langkah ini
    Next Article 11 pekerjaan yang sudah pupus, dari penyusun pin boling sampai pencuri mayat

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.