Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tetuang maklumat buku alternatif

    Tetuang maklumat buku alternatif

    By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 26, 2024Updated:January 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IZZAT (kiri) dan Atoi bekerjasama sebagai penyampai RabakLit FM. - GAMBAR FARIZ RUSADIO/RELEVAN

    GELOMBANG buku alternatif – atau yang sesetengah orang gelar buku indie – pernah memuncak beberapa tahun sudah. Sambutannya meriah, terutamanya dalam kalangan anak muda.

    Kini, gelombangnya mungkin tidak sebesar dan berimpak seperti dulu, namun ia masih terus wujud dan bergerak. Ada penerbit baharu yang lahir, malah penulis juga masih ramai yang selesa berkarya dalam jalur alternatif.

    Sesuatu yang istimewa pada mereka yang hidupnya berselimut budaya alternatif: mereka sentiasa mencari jalan untuk tampil berbeza dan unik. Keseragaman merimaskan, trend dipandang dengan ekor mata.

    Inilah inti cerita dua manusia yang menjadi Ikon Relevan bulan ini. Atoi Tohet dan Izzat Amir berjumpa, berkawan dan bekerja bersama hasil pertembungan dua dunia yang berbeza.

    Mereka disatukan oleh idea dan budaya alternatif.

    Menembung dunia

    Sekitar Ogos, tiba-tiba bertebaran hebahan tentang RabakLit FM, sebuah program khas di radio Rakita tentang buku-buku alternatif. 

    Ia disambut dengan keterujaan, malah juga sedikit kekeliruan kerana ia nampak aneh. Jarang sangat mana-mana radio di negara ini menerbitkan rancangan khusus untuk bercerita tentang buku atau sastera, apatah lagi buku atau sastera alternatif.

    Bermula bulan itu, RabakLit FM terus berlangsung secara konsisten. Topik dan tetamu jemputannya juga semakin hari semakin menarik, sehinggalah ia tiba pada episod terakhirnya untuk musim pertama pada 23 Januari lalu.

    Sebanyak 13 episod dirakamkan (termasuk dua episod rakaman dari lapangan) tentang pelbagai isu dunia perbukuan. Dari puisi healing, kekecohan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), orang muda vs orang tua sehingga penerbitan zine, semuanya sudah selamat dibual dan dibincangkan.

    ARTIKEL BERKAITAN: RabakLitFM: Penghubung dunia buku dengan radio

    RabakLit FM membawa kelainan dari kedua-dua sudut. Dari sudut radio, mereka berani mengangkat industri buku alternatif dan secara konsisten membawa cerita industri itu dalam frekuensi radio perdana. Dari sudut buku, mereka meneroka platform promosi dan media baharu, iaitu radio.

    Percubaan berani itu juga mempertembungkan dua dunia berbeza. Khalayak muzik dan hiburan dari radio ditemukan dengan khalayak pembaca dan penulis dari industri buku.

    Buku jumpa radio

    Cerita RabakLit FM tak boleh diungkap tanpa melibatkan seorang lagi figura, iaitu bekas Naib Presiden Operasi dan Pertumbuhan Rakita, Loy Ekzan.

    LOY EKZAN

    Kata Izzat, idea RabakLit FM datang dari Loy ketika mereka berjumpa beberapa bulan lalu. Ia dilihat sesuai dengan kedudukan Rakita sebagai rakan pelaksana Rakan Muda, khususnya untuk segmen gaya hidup Rakan Ekspresi.

    Bagi Izzat sendiri, idea memulakan program berkala yang konsisten berkenaan buku alternatif di radio memang tak pernah melintas kepala. Dia hanya mencari peluang untuk mempromosikan produknya di radio, pada awalnya.

    Berbeza dengan Atoi. Dia menyimpan hasrat mengangkat sastera melalui radio sudah lama, cuma tidak nampak ruang untuk dilaksana.

    Idea Loy membuka peluang buat Izzat dan memberi ruang untuk Atoi. Di situ RabakLit FM bermula, apabila buku alternatif bertemu radio alternatif. – RELEVAN

    Previous ArticleSelalu cepat marah? Ini 7 cara untuk menjadi orang yang lebih sabar
    Next Article RabakLitFM: Penghubung dunia buku dengan radio

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.