Facebook Twitter
    Trending
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025
    • Pendidikan

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pusingan vs ansuran: Dua jenis kredit untuk dipertimbang

    Pusingan vs ansuran: Dua jenis kredit untuk dipertimbang

    By January 17, 2024Updated:January 17, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KONSEP asas hutang sangat mudah difahami. Anda meminjam sejumlah wang dan berjanji untuk membayar semula wang tersebut kepada pemberi. 

    Namun, semakin lama dan semakin besar ‘industri’ hutang, semakin ia menjadi rumit, lebih-lebih lagi untuk orang biasa yang tiada pendidikan khusus dalam bidang kewangan.

    Untuk faham bentuk hutang yang wujud sekarang, kita perlu tahu jenisnya dahulu. Dua jenis hutang (atau disebut kredit) yang paling lazim ialah kredit pusingan (revolving credit) dan ansuran (installment credit).

    Kredit pusingan

    Kredit pusingan merupakan jenis hutang yang mempunyai had jumlah pinjaman tetapi boleh digunakan berulang kali, asalkan anda membayar sedikit daripada jumlah pinjaman setiap bulan.

    Contoh kredit pusingan ialah kad kredit. Anda meminjam setiap kali anda berbelanja menggunakan kad kredit dengan had tertentu (disebut sebagai had kredit – credit limit). 

    Setiap bulan, anda akan menerima penyata yang menunjukkan berapa jumlah yang dibelanja, berapa hutang yang dibuat dan berapa jumlah terendah yang perlu dibayar (disebut sebagai bayaran minimum – minimum payment).

    Konsep kredit pusingan, anda boleh memilih untuk membayar jumlah minimum, lebih daripada itu atau menyelesaikan semua hutang dengan membayar baki penuh setiap bulan.

    Sekiranya anda tidak membayar baki penuh, faedah akan dikenakan terhadap baki yang tidak dibayar.

    Kredit ansuran

    Kredit ansuran merujuk kepada pinjaman sejumlah wang yang akan dibayar secara ansuran pada jumlah tetap tertentu dalam tempoh tertentu. Contoh lazim untuk kredit ansuran ialah pinjaman peribadi. 

    Untuk kredit ansuran, anda akan menerima kontrak yang menyatakan jumlah pinjaman, jumlah ansuran setiap bulan dan kadar faedah yang dikenakan.

    Kebiasaannya, kadar faedah yang dikenakan adalah tetap. Jumlah ansuran juga tetap, kecuali jika anda memilih untuk membayar lebih atau terlepas bayaran untuk bulan tertentu.

    Perbezaan

    Perbezaan kredit pusingan dengan ansuran terletak pada tiga perkara, iaitu pembayaran semula, faedah dan baki.

    • Pembayaran semula

    Dengan kredit pusingan, anda boleh memilih jumlah yang mahu dibayar setiap bulan, asalkan ia sama atau lebih daripada jumlah minimum.

    Dengan kredit ansuran, anda perlu membayar jumlah tetap tertentu setiap bulan sehingga langsai.

    • Faedah

    Kebiasaannya untuk kredit pusingan, kadar faedah adalah pelbagai. Ia boleh berubah berdasarkan keadaan pasaran atau markah kredit anda.

    Faedahnya juga terkompaun (compounded), yang bermakna anda membayar faedah di atas faedah.

    Untuk kredit ansuran, faedah lazimnya tetap sepanjang tempoh pinjaman. Kadar juga mudah, anda hanya perlu bayar faedah atas jumlah prinsipal.

    • Baki

    Dengan kredit pusingan, baki anda boleh meningkat atau berkurang, bergantung kepada jumlah yang digunakan atau dibayar.

    Dengan kredit ansuran, baki anda sentiasa menurun asalkan anda membayar pinjaman prinsipal.

    Lebih dan kurang

    Kedua-dua jenis kredit mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Relevan mudahkan pemahaman anda dengan jadual di bawah:

    Jenis kredit Kelebihan Kekurangan
    Kredit Pusingan Fleksibel dan memudahkan Berisiko dan melibatkan kos yang tinggi
    Boleh digunakan untuk pelbagai keperluan dan kecemasan Boleh menyebabkan perbelanjaan berlebihan dan timbunan hutang
    Boleh meningkatkan markah kredit dengan bayaran tepat waktu dan penggunaan rendah Boleh mengurangkan markah kredit dengan bayaran lewat dan penggunaan tinggi
    Menawarkan ganjaran dan manfaat Kadar faedah tinggi jika bayaran kurang dan tidak tepat waktu
    Boleh mewujudkan kitaran hutang sekiranya anda hanya membayar jumlah minimum atau membuat pembelian baharu
    Kredit Ansuran Tetap dan boleh dijangka Kaku dan terhad
    Boleh menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kredit pusingan dengan kredit dan cagaran (collateral) yang baik Tidak boleh digunakan untuk tujuan atau kecemasan lain tanpa pembiayaan semula atau pinjaman baharu
    Boleh membantu perancangan belanjawan dan perbelanjaan dengan bayaran bulanan yang tetap Tidak boleh diakses semula selepas langsai bayaran
    Boleh bina sejarah dan markah kredit dengan pembayaran penuh atau tepat masa Boleh dikenakan denda atau fi jika lewat bayar atau pelangsaian awal
    Boleh langsaikan hutang awal dengan bayaran lebih atau penuh Boleh merosakkan markah kredit jika terlalu banyak permohonan atau bayaran tertunggak
    Jadual diterjemah dari Khan Academy 

    – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025
    Artikel Terkini

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.