Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 jawapan selamat untuk cerita mengapa mahu cari kerja baharu ketika temu duga

    5 jawapan selamat untuk cerita mengapa mahu cari kerja baharu ketika temu duga

    By Umi FatehahJanuary 17, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 jawapan selamat untuk cerita mengapa mahu cari kerja baharu ketika temu duga. - GAMBAR HIASAN ANNA SHVETS/PEXELS

    MENCARI pekerjaan baharu semasa anda masih bekerja bukanlah satu perkara yang pelik. Malah, lebih baik anda mula mencari pekerjaan lain sekiranya mempunyai perancangan untuk berhenti daripada pekerjaan semasa sebagai pelan sandaran.

    Sekiranya anda berada dalam situasi di atas, salah satu kerisauan yang mungkin dihadapi ialah bagaimana jika penemu duga bertanya soalan “mengapa anda mahu meninggalkan pekerjaan semasa?” 

    Soalan tersebut mungkin membuatkan anda cemas dan terpinga-pinga untuk menjawab. 

    Seperti soalan temu duga yang lain, pertimbangkan perkara yang penemu duga ingin ketahui apabila ditanya mengapa anda ingin meninggalkan pekerjaan semasa. 

    Dengan kata lain, mereka mungkin bertanya: “Mengapa anda mencari kerja baharu?”. Dalam situasi ini, tumpuan utama adalah pada faedah yang disediakan oleh pekerjaan baharu dan adakah anda berminat dengan tawaran yang diberikan. 

    Jangan burukkan syarikat dan pekerjaan semasa

    Mereka hanya penemu duga yang ingin mengenali anda untuk mempertimbangkan sama ada layak diambil kerja atau tidak. 

    Apabila ditanya sebab anda mahu meninggalkan pekerja semasa, jangan sesekali anggap seperti anda sedang mengadu kepada rakan baik.

    Jangan ceritakan alasan seperti bos toksik, rakan sekerja busuk hati dan segala yang mempunyai konotasi negatif. Penemu duga mungkin mempunyai tanggapan negatif terhadap anda berdasarkan jawapan yang diberikan.

    Mereka juga mungkin menganggap anda tidak menghormati syarikat dan majikan semasa serta melabel anda sebagai seseorang yang suka mengadu dan mengeluh. Besar kemungkinan, anda tidak akan diambil bekerja.

    Cara jawab soalan dengan betul tanpa memburukkan majikan semasa

    1. “Saya mahukan perkembangan kerjaya”

    Sesetengah syarikat mungkin menyediakan lebih banyak peluang untuk berkembang daripada yang lain. Cara lain selain berhenti pekerjaan semasa untuk mengembangkan kerjaya ialah menukar jabatan tetapi ia mungkin agak mencabar. 

    Jadi, keinginan untuk bergerak ke tahap baru dalam kerjaya anda adalah sebab biasa untuk meninggalkan pekerjaan. Berikut ialah contoh jawapan yang boleh digunakan:

    “Saya sukakan pekerjaan dan rakan sekerja semasa tetapi saya telah sampai ke tahap di mana tiada lagi peluang untuk berkembang. Bolehkah Tuan/Puan memberitahu saya sedikit tentang peluang pertumbuhan untuk pekerjaan ini dan apakah yang syarikat lakukan untuk membangunkan kerjaya pekerja?”

    • “Saya ingin menukar laluan kerjaya”

    Menukar laluan kerjaya sudah menjadi satu perkara normal bagi orang yang gemar meneroka. Penjelasan mahu menukar laluan kerjaya ialah contoh bagus untuk anda memberitahu penemu duga mengapa anda mahukan pekerjaan baharu.

    “Saya sedang mencari peluang baharu yang tidak ada di syarikat semasa, di mana saya boleh mengembangkan kemahiran pengurusan akaun saya.”

    • “Saya mahu mengejar peluang yang lebih baik.”

    Mungkin keinginan untuk meninggalkan pekerjaan semasa adalah kerana anda mahukan peluang yang lebih baik. 

    Sama ada anda maksudkan mahu persekitaran yang lebih positif atau gaji yang lebih tinggi, adalah munasabah sekiranya anda menyatakan hasrat itu sebagai mahukan peluang yang lebih baik.

    “Walaupun saya banyak belajar di syarikat semasa, saya dapat melihat bahawa jawatan dan faedah yang ditawarkan oleh syarikat Tuan/Puan lebih bersesuaian untuk saya.”

    • “Saya ditawarkan pekerjaan oleh bekas rakan sekerja.”

    Jika dihubungi oleh bekas rakan sekerja dan mencadangkan jawatan di syarikat mereka, ini menunjukkan anda memahami nilai rangkaian.

    “Saya telah berada di tempat kerja saya selama tiga tahun dan merasakan saya telah maju sejauh mana peranan itu boleh memajukan kerjaya saya. Saya berhubung dengan bekas rakan sekerja jadi apabila jawatan baharu tersedia di syarikat mereka yang bersesuaian dengan kemahiran dan matlamat saya, mereka mencadangkan untuk saya cuba mendapatkan kerja di sini.”

    • “Saya mahukan keseimbangan kerjaya dan kehidupan”

    Work-life balance sudah menjadi impian bagi ramai orang. Jadi, tidak salah sekiranya anda menyatakan keinginan untuk menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan. 

    Tidak kiralah sama ada anda bujang atau berkeluarga, semua orang layak mahukan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi.

    Mungkin penemu duga juga akan lebih jelas tentang cara anda mahu bekerja dan akan diambil kira sama ada jawatan yang ditawarkan bersesuaian atau tidak.

    Tip tambahan

    Jawapan kepada soalan mengapa anda mahu mencari pekerjaan baharu atau mengapa mahu meninggalkan kerja semasa hendaklah mengikut tiga prinsip utama:

    • Ringkas

    Anda tidak perlu memberi penjelasan yang panjang berjela mengenai soalan ini,  beberapa ayat sudah memadai. Penemu duga mungkin meminta anda untuk mengembangkan beberapa perkara tetapi anda tidak perlu menawarkan lebih banyak maklumat daripada yang diperlukan.

    • Kekal positif

    Sekali lagi diingatkan, jangan memburukkan atau bercakap apa-apa yang berunsur negatif tentang majikan semasa. Kebanyakan majikan atau penemu duga mempunyai hubungan sesama mereka meskipun syarikat yang berbeza. 

    Jadi, sekiranya anda bercerita buruk tentang majikan semasa, tidak mustahil penemu duga atau majikan di syarikat yang anda ingin bekerja akan menceritakan tentang anda memburukkan majikan semasa. Sekiranya ini berlaku, reputasi anda akan menjadi buruk. 

    Jangan jual cerita buruk mengenai sesiapa. Sebaliknya, ‘jual’ kemahiran yang dimiliki dan nyatakan mengapa anda calon yang bersesuaian untuk jawatan tersebut.

    • Jujur

    Ramai orang yang meninggalkan pekerjaan lama demi mengejar peluang yang lebih baik. Selagi alasan anda bernas dan positif, anda berada dalam keadaan yang baik. 

    Dalam erti kata lain, jujurlah berpada-pada. Jangan terlalu jujur sehingga memburukkan mana-mana pihak. – RELEVAN

    Previous Article7 cara keluar dari zon selesa, jadi orang baharu yang berwawasan
    Next Article Pusingan vs ansuran: Dua jenis kredit untuk dipertimbang

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.