Facebook Twitter
    Trending
    • Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi
    • Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya
    • Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

      August 20, 2025

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025
    • Kewangan

      Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

      August 20, 2025

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bina tabiat membaca dengan enam langkah

    Bina tabiat membaca dengan enam langkah

    By January 11, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TABIAT membaca boleh dibina jika anda mahu. - GAMBAR HIASAN/MATIAS NORTH (Unsplash)

    BERAPA buku anda berjaya baca tahun lepas?  

    Ini bukanlah soalan untuk mengejek atau memperlekeh sebab dalam era ini, memang sukar untuk berjumpa orang yang mampu baca beratus, malah berpuluh buku setahun.

    Cabarannya berbeza. Buku, khususnya yang fizikal, hanya sebuah objek yang pegun. Mungkin dapat dicantikkan dengan rekaan kulit yang menarik untuk mendapat perhatian kita.

    Pesaingnya lebih maju dan canggih. Media sosial, permainan video, pelbagai platform video – semua ini perumah untuk teknologi bujukan (persuasive technology) yang wujudnya untuk mencuri perhatian manusia.

    Namun, sebagai manusia, kita boleh memilih untuk menjadi teguh hati dan melawan bujukan teknologi lalu mengalihkan perhatian pada gudang ilmu paling kecil dan kalis luput – buku.

    Sehubungan itu, Relevan mahu berkongsi tip membina tabiat membaca yang diberikan pakar produktiviti, Dan Silvestre. Cuba amalkan dan hujung tahun nanti, lihat berapa banyak buku anda boleh baca.

    • 25 muka surat sehari

    Langkah penting untuk membina tabiat membaca adalah dengan membaca setiap hari. Mungkin sukar untuk dilakukan jika anda membayangkan membaca sebagai aktiviti yang memenatkan dan mengambil masa yang lama.

    Tak perlu paksa diri jika tak mampu. Letakkan sasaran yang mudah, seperti membaca 25 muka surat sehari. 

    Kalau tak mampu, kurangkan lagi. Jika anda sedang seronok membaca, lebihkan muka surat yang dibaca. Perlahan-lahan, anda akan makin selesa membaca lebih banyak dan lebih lama.

    Yang penting, tentukan satu jumlah muka surat minimum dan baca setiap hari!

    • Baca pada waktu sama setiap hari

    Untuk menjadikan membaca sebagai rutin harian, peruntukkan masa yang khusus untuknya.

    Silvestre mencadangkan supaya kita membaca betul-betul selepas bangun tidur. Itu yang dilakukannya sebelum ini.

    Anda rasa itu sesuai? Jika tak, pilih masa anda sendiri. Sebelum tidur, semasa rehat tengah hari, pada waktu senja – bila-bila masa saja asalkan anda peruntukkan masa yang sama setiap hari untuk membaca.

    • Guna teknik ‘sandwich’

    Silvestre mengambil ilham dari kisah yang diceritakan Charles Duhigg dalam buku The Power of Habit, tentang cara lagu Hey Ya! oleh Outkast menjadi popular.

    Caranya, eksekutif syarikat rakaman memastikan radio memutarkan lagu tersebut di antara dua lagu popular lain. Dengan cara itu, pendengar tidak menukar stesen dan lagu tersebut menjadi mesra di telinga pendengar.

    Ini dipanggil teknik sandwich yang juga boleh digunakan untuk membina tabiat-tabiat lain.

    Sebagai contoh, untuk membina tabiat membaca, selitkannya di antara dua tabiat lazim lain. Katakan rutin anda setiap malam ialah menonton televisyen kemudian tidur. Selitkan aktiviti membaca di antara kedua-dua rutin itu.

    • Masukkan membaca dalam rutin sedia ada

    Selain teknik sandwich, anda juga boleh memasukkan aktiviti membaca dalam rutin sedia ada.

    Silvestre membaca ketika berada dalam tandas (dia membaca buku digital). Mungkin ada yang tak selesa membawa buku fizikal ke tandas; tak apa, boleh masukkan dalam rutin lain.

    Kalau anda ke tempat kerja menggunakan pengangkutan awam, membacalah ketika dalam perjalanan. Anda biasa makan seorang? Makan sambil membaca. 

    Apa-apa yang anda buat setiap hari yang boleh dibuat sambil membaca, jadikannya masa untuk anda membaca.

    • Membaca sebagai pembunuh bosan

    Ada banyak ruang untuk membaca yang telah dirampas teknologi. Kebiasaannya, apabila bosan, kita akan buka telefon bimbit untuk menatal media sosial atau bermain permainan video.

    Cuba gantikan tabiat itu dengan membaca. Setiap kali kebosanan, buka buku untuk membaca.

    Bosan tunggu LRT? Baca buku. Penat tunggu pasport tak siap-siap di pejabat Kastam? Baca buku. Tunggu temu janji dengan doktor? Baca buku.

    Bawa buku ke mana saja anda pergi. Ada saja masa terluang, buka dan baca.

    • Pilih medium terbaik

    Mungkin ada yang sudah terbiasa dengan skrin menyebabkan mereka cepat bosan membaca buku fizikal. Tak apa, anda boleh baca buku digital.

    Mungkin ada yang memang tak boleh nak membaca. Pergerakan mata dan aliran masuk pengetahuan dalam otak itu memenatkan. Tak apa, boleh cuba buku audio.

    Ada banyak medium boleh digunakan untuk membaca. Pilih mana yang paling sesuai supaya anda tidak menggunakan terlalu banyak tenaga untuk membaca. – RELEVAN

    buku featured membaca pendidikan

    Artikel berkaitan

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    August 20, 2025

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    August 20, 2025

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025
    Artikel Terkini

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    August 20, 2025

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    August 20, 2025

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.