Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Katak lekit tanah rendah spesies rare di Malaysia

    Katak lekit tanah rendah spesies rare di Malaysia

    By Zubaidah IbrahimJanuary 4, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MARINA memilih kumpulan haiwan amfibia Anura (katak) sebagai bidang kajian kerana katak adalah haiwan liar yang aktif pada waktu malam dan memainkan peranan besar kepada kehidupan manusia.

    APABILA hujan turun, kedengaran bunyi katak riuh seolah-olah sedang berpesta. ‘Suara’ katak yang kuat itu telah memukau pencinta katak sehingga Prof Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah menjadikan katak sebagai model atau haiwan kajian beliau.

    Beliau yang merupakan Pensyarah Ekologi dan Pengurusan Hidupan Liar, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memilih katak sebagai haiwan kajian kerana ia memainkan peranan penting dalam ekosistem alam sekitar.

    Marina memilih kumpulan haiwan amfibia Anura (katak) sebagai bidang kajian kerana katak adalah haiwan liar yang aktif pada waktu malam dan memainkan peranan besar kepada kehidupan manusia.

    Haiwan ini sangat memikat hati beliau kerana ia jarang ditemui sehingga Marina perlu ke habitat hutan, bukit atau paya untuk melihat sendiri keunikan pada kata-katak ini yang tidak boleh ditemui di tempat lain.

    TERDAPAT lebih 42 spesies katak berjaya ditemui di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong (HSAH), Selangor.

    “Sering kali kita terserempak dengan katak pada waktu malam dan dendangan irama ‘suara’ katak pada musim hujan membuatkan jiwa saya nekad untuk menjadi penyelidik haiwan ini.

    “Bukan itu sahaja, bagi saya bunyi hujan dan katak adalah bunyi alam yang menjadi terapi minda di waktu malam.

    “Bunyi-bunyi alam ini memberikan getaran yang positif dan berhubungan dengan emosi. Oleh itu, semasa melakukan penyelidikan di dalam hutan pada waktu malam, ia lebih tenang ketika mendengar bunyi alam semula jadi ini.

    “Saya seorang yang aktif pada waktu malam. Mungkin disebabkan itu saya memilih haiwan ini kerana sifat katak itu sendiri juga membuatkan saya mempelajari dan mengenali haiwan ini dengan hati yang sangat terbuka,” katanya.

    Sebagai seorang penyelidik yang mengkaji habitat katak, beliau bercita-cita untuk melakukan pemuliharaan habitat ini di Malaysia. Ini kerana banyak spesies katak terancam dek kerana tahap kesihatan alam sekitar yang mempunyai hubungan signifikan terhadap populasi katak.

    Tambahnya, usahanya ini serba sedikit dapat melindungi habitat dan mengurangkan kesan buruk alam sekitar yang terganggu kepada katak dan mengakibatkan kematian serta banyak spesies yang akan pupus pada masa hadapan.

    Beliau merupakan ahli zoologi yang mengkaji haiwan liar di Malaysia, sepanjang melakukan penyelidikan ini Marina berjaya merekodkan pelbagai spesies katak yang jarang ditemui (rare) di Malaysia. 

    “Alhamdulillah, sepanjang menjadi penyelidik haiwan Amfibia di UPM, terdapat lebih 42 spesies katak berjaya ditemui di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong (HSAH), Selangor.

    “Salah satu katak ‘rare’ yang berjaya ditemui di HSAH adalah katak lekit tanah rendah. Spesies yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia ini biasanya menghabitat kawasan hutan tanah rendah dan spesies ini di bawah status pemuliharaan Terancam (IUCN, 2018),” ujarnya.

    Beliau berharap agar semua orang menilai dan memelihara setiap lingkungan halaman kediaman kita daripada tercemar kerana katak serta manusia berkongsi kediaman yang sama.

    “Kehadiran katak di kediaman kita bergantung pada tahap kebersihan dan kesejahteraan persekitaran untuk katak meneruskan kehidupan,” ujarnya.- RELEVAN

    Previous Article5 rahsia bina keluarga bahagia
    Next Article Punca tersembunyi berat badan bertambah

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.